❑::Chapter Nine::❑

372 75 15
                                    

Jika hari-hari sebelum ini Jaeyun berasa gembira, namun hari itu dia berasa tak sedap hati. Banyak persoalan bermain di fikirannya.

Kenapa?

Semalam dia ternampak seseorang menjemput Wonjeong dan Jungwon pulang. Apalagi yang menjemput itu ialah seorang lelaki. Semalaman Jaeyun memikirkan hubungan Wonjeong dengan lelaki itu. Sehingga Jaeyun nak belajar pun tak dapat fokus. Gila bukan? Bahkan kawan-kawan Jaeyun turut mengatakan bahawa Jaeyun banyak berubah sejak akhir-akhir ini.

"Aku rasa kau jeles ni." kata Minhee. Jaeyun hanya diam. Tak menafikan dan juga tak bersetuju. Tapi serius ia kerap mengganggu fikiran Jaeyun.

"Kenapa kau tak confess je terus yang kau suka dia?"

"Gila ke? Kalau aku kena reject macam mana?"

Minhee sekadar angkat bahu."Terima je lah. Lagipun kau dah banyak reject perempuan sebelum ni. It's karma you know."

Decitan halus terhasil dari mulut Jaeyun. Sebenarnya Jaeyun sudah merancang untuk meluahkan perasaannya pada Wonjeong. Tapi bukan masa yang sesuai. Lagipun Wonjeong kelihatan lebih fokus pada adiknya. Jaeyun risau dia kena reject sebab terlalu awal. Wonjeong juga pernah mengatakan yang dia belum bersedia menerima mana-mana lelaki kerana tanggungjawabnya sebagai kakak kepada Jungwon belum selesai.  Wonjeong ingin tumpukan perhatian pada Jungwon kerana dia sangat menyayangi adiknya itu.

Apa yang Jaeyun harus lakukan sekarang ialah menyelidik siapa lelaki yang selalu menjemput adik-beradik itu. Macam mana kalau itu teman lelakinya? Eh mustahil pula sebab Wonjeong sendiri pernah cakap yang dia tak suka mana-mana lelaki.

'Bermakna aku masih ada peluang. Huhh syukur~'

Regret | Jake SimDove le storie prendono vita. Scoprilo ora