❑::Chapter Sixteen::❑

326 71 5
                                    

"Wonjeong-ssi, saya datang."

Setelah berusaha menguatkan hati, akhirnya Jaeyun berkesempatan melawat tempat perkuburan Wonjeong. Hatinya sakit dan sedih melihat nama Wonjeong yang tertulis di sebuah batu nisan itu. Sedaya upaya Jaeyun menahan agar air matanya tidak mengalir.

"Sudah lama sejak pemergian awak— saya rindu awak, Wonjeong. Sangat-sangat rindukan awak." Mujurlah tak ada sesiapa di kawasan itu. Jaeyun mengambil kesempatan itu untuk meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya selama ini. Perasaannya, segala kenangan terdahulu, semuanya Jaeyun luahkan walaupun tak ada sesiapa yang mendengar. Jaeyun tak peduli.

"Saya menyesal sebab tak confess awal-awal. Wonjeong-ssi, saya sangat sukakan awak. Saya tak boleh move on dari awak. Saya juga tidak tahu kenapa.."

Senyuman tipis terukir di bibirnya. "Nampaknya tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat awak di hati saya—"

Jaeyun terjeda sebentar apabila telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut dari belakang. Sebaik saja Jaeyun menoleh, Jaeyun mahupun orang itu—keduanya terkejut.

"Jaeyun sunbae.."

"Jungwon-ah.."

Mungkin sudah tiba masanya untuk Jaeyun memberitahu Jungwon tentang perasaan Jaeyun terhadap kakak Jungwon. Begitulah yang terjadi seterusnya. Jaeyun memberitahu segalanya pada Jungwon. Melihat reaksi Jungwon, lelaki itu sepertinya tak percaya dan terkejut kerana Jaeyun menyukai Wonjeong. Bahkan sehingga sekarang.

"Sunbae.. apa yang sunbae nak lakukan lepasni?"

"Saya baik-baik saja. Awak tak perlu risau. Saya memang menyesal tapi.. saya tak boleh buat apa-apa."









_____________________

Korang faham kan jalan cerita ni? Ala mestilah faham haha

Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now