"Kau masuklah dulu. Nanti ada orang nampak yang kau jumpa aku, kau dah tak boleh pegang watak heroin teraniaya lagi," kata Thariq. Tangan Marissa lantas ditarik.

Namun, Marissa menolak. Kakinya diundurkan setapak ke belakang. Ada rasa gerun melihat mat gian yang sesekali memandangnya. Jijik!

"Rancangan kau dah gagal! Aku nak Aisar dan Inara terpisah! Aku nak Inara percaya yang Aisar rogol aku. Tapi, apa yang aku dapat? Tak ada apa-apa! Inara nak bunuh aku saja tidak! Aisar pula, nak pandang muka aku pun tak sanggup! Satu lagi... aku masih tak boleh nak terima bila kau buat orang kampung belasah Aisar sampai hampir mati. Kau tahu kan yang aku sayangkan dia! Kalau dia mati malam tu, apa aku nak buat!" jerkah Marissa seraya menolak kasar tubuh cekung Thariq.

Thariq tersenyum sinis dengan amarah Marissa. Jari telunjuk di letak di depan bibir. Bingit telinganya mendengar amarah Marissa. Tangannya sudah meliar di pipi mulus gadis itu. Nafsunya tiba-tiba bergelojak melihat leher jinjang Marissa.

"Inara akan terpisah juga dengan putera idaman kau. Tunggu sajalah masa itu tiba. Kau relaks sudahlah. Ala, nak buat macam mana dah aku bencikan Aisar sangat. Aku cuma nak puaskan hati aku. Seronok tengok dia kena tibai."

"Kau memang tak guna! Sebab kau, dia cedera parah lepas kena belasah malam tu? Kau..."

"Diamlah! Daripada kau marah-marah, baik kau layan aku! Aisar tu tak suka dekat kau. Jijik lagi adalah! Terima sajalah hakikatnya!" bentak Thariq seraya menarik kasar tangan Marissa masuk ke dalam teratak dadah miliknya.

"Lepaslah! Aku tak nak hadap muka kau lagi. Penagih dadah macam kau ni patut mampus!"

Serentak dengan omongan Marissa, tumbukan kuat dihenyak ke wajah gadis itu. Akibatnya, Marissa yang sedang melawan tersungkur di belakang dinding. Jantung Marissa mula berdegup kencang melihat mata-mata lelaki yang sudah tersenyum sinis ke arahnya.

Buru-buru, Marissa bangun. Ketakutan mula membaluti sukmanya. Intuisi gadis itu mula berasa tidak enak tatkala dia berada di dalam sarang penagih dadah. Malangnya, Thariq sudah menahan pintu.

"Thariq... aku nak balik," rayu Marissa.

"Boleh! Tapi... kau kena kenyangkan kita orang dulu. Dah alang-alang kita orang tengah lapar," kata Thariq seraya mengunci pintu. Omongannya disambut dengan tawa sinis penagih dadah yang lain.

Tatkala itu juga, Marissa mula menggigil ketakutan. Dunianya gelap serta-merta apabila keempat-empat penagih dadah mula mengepungnya.

Akal Marissa lantas mengarahkannya untuk menjerit meminta tolong. Malangnya, tumbukan yang menghenyak perutnya saja yang diterima. Gadis itu lantas tertunduk menahan sakit. Air mata Marissa serta mengalir ke pipi tatkala dia sudah terperangkap.

SLIP keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang baru sahaja diterima ditatap dengan pandangan sayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SLIP keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang baru sahaja diterima ditatap dengan pandangan sayu. Setiap gred yang terpampang di dalam slip membibitkan rasa sayu di sudut hati Nur Inara. Hailah, Inara sudah penat jadi gadis cengeng. Seharusnya, dia bangga mendapat keputusan cemerlang!

AISARA (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now