“Boleh tak kau jangan nak banyak tanya. Rimas aku. Bertambah pula sakit kepala aku ni.”
Malas nak bertekak dengan Ikhmar, Ana bangun menuju ke dapur dengan membawa beberapa beg plastik. Barang yang dibelinya di pasaraya tadi. Niatnya hendak memasak untuk Ikhmar. Dia tahu yang selera makan akan berkurangan apabila diserang demam seperti Ikhmar. Simpati pula dia pada anak majikannya itu.
Ana termati langkah apabila melihat keadaan dapur yang cukup bersih. Dapur kat rumahnya pun tidak sebersih dan tersusun sebegitu. Sudu, pinggan dan pisau tersusun rapi di suatu sudut. Ana tersenyum gembira melihat dapur itu menyebabkannya bersemangat untuk memasak. Dimasaknya beras merah wangi supaya mampu meningkatkan selera makan Ikhmar. Lauk pula dia masak sambal sotong dan sup tulang.
Ikhmar yang terbaring atas sofa itu pun bangun apabila terhidu bau sedap menusuk deria baunya. Pandai pula perempuan ni memasak ye. Kalau macam ni bolehlah aku selalu sakit lepas ni, bisiknya dalam hati. Senyuman di bibirnya turut terbit. Rasanya lama dia tidak senyum sebegitu. Dia terlupa untuk senyum. Kerana Ana dia mampu tersenyum. Terasa indah perasaannya ketika itu.
Ikhmar bangun daripada perbaringan lalu menuju ke dapur. Dia ingin melihat apa yang Ana lakukan. Sampai di dapur dilihatnya Ana sedang membersihkan dapurnya itu selepas habis memasak.“Awak masak apa tu?” tegur Ikhmar yang sedang bersandar di dinding dapur sambil berpeluk tubuh. Ana betul-betul terkejut dengan sapaan Ikhmar ketika itu. Dadanya diusap perlahan.
“Awak ni buat saya terkejut beruklah. Tak boleh beri salam dulu ke?” sindir Ana. Senyuman manis sengaja disembunyikan.
“Assalamualaikum cik adik.”
“Waalaikumussalam, cik abang. Macam tulah lain kali ye.”
Ana tersenyum manis memandang wajah Ikhmar yang tidak puas hati itu. Biarpun wajah itu agak kusut masai tapi pemuda ini cukup tampan. Malah lebih tampan daripada Zayn. Mempunyai mata coklat yang bercahaya. Mata yang menunjukkan seribu pengertian. Hati Ana bergetar halus apabila bertentangan mata dengan pemuda itu. Diamatinya wajah itu. Peluh sudah menitis di dahi Ikhmar. Hati Ana mengucap syukur apabila melihat Ikhmar berpeluh. Itu tandanya demam Ikhmar sedikit reda.
Ana berjalan menuju Ikhmar. Dia berdiri betul-betul di hadapan Ikhmar. Peluh di dahi Ikhmar diusapnya lembut. Tindakan Ana menyebabkan Ikhmar tergamam. Tiada sepatah kata yang mampu terucap. Godaan apakah ini? Sungguh dia tidak mahu terjerat oleh perasaannya sendiri. Degupan jantung pula semakin laju. Selama ini, tidak pernah sekalipun dia disentuh sebegitu rupa. Ikhmar pun berlalu dari situ. Sengaja melarikan diri daripada situasi hangat itu.
“Boleh awak hidangkan makanan. Saya dah lapar ni. Bawa kat meja depan ya,” ucapnya dengan nada yang lembut sebelum menyambung langkah untuk pergi.
Dia menghempaskan diri di atas sofa. Nafasnya dihela panjang. Seolah tersekat sebentar tadi. Televisyen di depannya dihidupkan. Dia tidak mahu memikirkan perasaannya tentang kejadian tadi.
Tidak lama kemudian, Ana membawa sepinggan nasi dan lauk menghampiri Ikhmar. Diletaknya di atas meja dengan penuh sopan. Ana mengambil tempat duduk di sebelah Ikhmar yang sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya. Euw... lelaki ni tengok cerita kartun Hagemaru. Lelaki jenis apa pulak dia ni? Hampir saja Ana ketawa. Pelik tapi benar.Ana mengambil semula pinggan di atas meja tersebut.
“Awak, makan ya. Biar saya suapkan.” Tangan Ana yang memegang sudu sudah pun berada dekat dengan mulut Ikhmar. Hanya menunggu Ikhmar untuk menyuapnya. Ikhmar memandang wajah Ana yang menunjukkan riak tenang.
“Biar saya suapkan sendiri ya. Saya belum nak mati lagi. Awak pergi ambilkan saya air.” Ikhmar memberi arahan. Melebih-lebih pulak, omel Ikhmar tapi dia suka. Pinggan di tangan Ana beralih kepadanya. Ana bangun mengambil air ke dapur tanpa banyak alasan.
Geram betullah dengan anak Dato’ ni. Lecek betul, omel Ana sendirian. Ana berasa letih melayan Ikhmar. Perangai Ikhmar benar-benar menguji kesabarannya.“Awak buat apa lama sangat kat dapur tu. Ambil air ke buat air. Saya ni hampir tercekik ni,” jeritan Ikhmar dari ruang tamu kedengaran di cuping telinganya. Ana cepat-cepat melangkah meninggalkan dapur sambil membawa segelas air putih di tangannya.
Air di tangannya diletakkan di atas meja. Ana melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Ikhmar. Kali ini matanya hanya tertumpu pada televisyen. Tiada apa yang hendak dicakapkan dengan Ikhmar. Ikhmar menjeling seketika ke arah Ana. Diamatinya wajah comel Ana. Rambutnya lurus paras pinggang. Naluri lelakinya terusik. Jika dilayan makin teruk jadinya nanti. Ikhmar menyambung semula makanan yang masih bersisa.
Selesai saja makan, Ikhmar ke dapur untuk mencuci pinggannya sendiri. Itu sudah kebiasaan hidupnya yang bujang. Semuanya dilakukan sendiri. Bukan tidak mahu untuk berumahtangga tetapi kepercayaannya terhadap perempuan sudah hilang. Sempat lagi dia termenung sendiri mengenang nasib hidupnya itu. Tapi sekarang hati sudah dibuka setelah dipertemukan dengan Ana. Mungkin dia harus memberi peluang kedua untuk diri sendiri. Bolehkah dia percaya cinta pandang pertamanya terhadap Ana?
Dia kembali ke sofa. Tubuhnya dibaringkan menghadap Ana yang sudah lama terlena. Direnungnya wajah Ana yang comel dengan pandangan matanya. Angin yang sepoi-sepoi meniup rambut Ana. Ikhmar tersenyum sendiri. Hatinya gembira tiba-tiba. Sah! Dia sudah angau. Bulan jatuh ke riba rupanya. Tak perlu dicari.
![](https://img.wattpad.com/cover/247283968-288-k51838.jpg)
YOU ARE READING
Rahsia JANJI
RomanceTak kenal maka tak cinta.... Pertemuan pertama Ikhmar Dan Ana semasa Dato Danny mengarahkan Ana untuk menjaga Ikhmar yg sakit. Ikhmar Seorang pemuda yg telah membawa diri selama tujuh tahun kembali ke tanahair namun perasaan benci kpd keluarga sen...
bab 2
Start from the beginning