HCE 24

4K 386 52
                                    

Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50- an duduk di kerusi pejabat sambil termenung melihat kertas yang berada di tangannya.

Sepanjang hidupnya sejak 17 tahun yang lalu dia tidak hidup dalam keadaan yang aman. Dia rasa bersalah sepanjang 17 tahun itu sehingga ke harini. Dia masih tidak dapat menunaikan janji yang telah dibuat.
Dia mengeluh.

"Mana kau sekarang?"

Itu yang selalu dia menungkan. Masih tidak dapat menemui keadaan seseorang yang dicarinya.

"Daddy, may i come in?"

Seorang gadis masuk ke dalam pejabat dengan secawan kopi panas.

"Eh? Kenapa anak daddy tak sekolah harini?"

Gadis itu duduk dan tergelak sopan. "Apalah daddy ni, harini kan hari sabtu sekolah i mana ada bukak."

Lelaki tua itu turut tergelak sama. "Haah lahh dah tua daddy ni."

Gadis itu bangun dan mengurut perlahan bahu daddynya. Dia tau daddynya sedang rungsingkan tentang seseorang yang dah lama ingin dia temui. Tapi daddy tidak pernah beritau siapa dan namanya.

"Daddy pegang surat apa tu?" Si gadis bertanya.

"Nothing my dear. It's just some busnisses thing."
Dato' Azimi Rasyid menyimpan kertas yang berharga tadi di dalam drawer.

"Haihhh daddy ni rest lah dekat rumah. Ni hujung minggu pun duduk dekat pejabat. Kesian mommy duduk dekat rumah sorang sorang. "
Dato' hanya diam. Dia mengeluh dalam hatinya. Apa lah nasib.

--------

"Woi Aryan! Kau kenapaa?! Cuba fokus sikit!" Naqiuddin membaling bola rugbi tepat pada badan Aryan. Termenung dari tadi. Siapa tak bengang?  Ini lah contoh leader yang tak baik.

Thaqif duduk di tengah tengah padang dan mereka yang lain mula turut serta. Penat woi!
Dari tadi berlatih, dengan sikap Aryan yang tak fokus dari tadi.

Hilang mood mereka yang lain.

"We Aryan.." Airis memanggil.

Aryan hanya membalas 'hmm'. Sepanjang hari itu dia tiada mood. Tapi game mereka dah nak dekat.

"Petang ni kau nak gerak hospital tengok Ary kan? Aku nak ikut boleh?"

"Hmm.."

Itu saja yang dibalas. Daneal di sebelah mereka diam sambil tertunduk.

"Eerkk.. nak stop praktis ke? Sambung esok je ah. Aku pun emm.. ada kerja. " Daneal bersuara. Dia melihat telefonnya kemudian segera meninggalkan mereka yang lain.

"Si Daneal nak pergi mana? Selalu dia paling kuat bantah kalau praktis habis awal.. kalau boleh tengah malam baru nak balik. " Thaqif menghantar kepergian Daneal melalui anak matanya sehinggalah bayang lelaki itu hilang.

Airis mengangkat bahu. Memang lah diorang kawan rapat. Tapi entah kenapa dia rasa harini Daneal perangai lain macam sikit. Pagi tadi bila mereka berdua berjumpa, kebiasaanya mesti ada ja benda untuk berbual. Tapi kalini bila Airis bersuara, Daneal hanya membalas ayat yang pendek sahaja.

Kasut ragbi ditanggal digantikan dengan selipar. Pakaian juga ditukar.

Aryan dan Airis menuju ke hospital di mana Aryanna ditempatkan. Sepatutnya mereka kena praktis sampai pukul 10 malam tapi Aryan perlu menjaga Aryanna. Mamanya ada urusan bisnes dengan orang luar.

Di dalam kereta Aryan dan Airis hanya duduk diam tanpa bersuara. Hanya ada lagu yang dimainkan untuk menghilangkan rasa sepi.

"Weyh.. macam mana kau boleh tau time rumah Aryanna terbakar? Sebab tu ke malam tu kau balik awal?"

Her Colourful Eyesजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें