Special Chapter (Khairia)

Começar do início
                                    

Nad POV

Aku sudah siap packing baju. Then aku terlupa nak bagitahu ummi. Aku pergi ke bilik ummi lalu mengetuk pintu biliknya.
"Ummi. Kakak nak masuk boleh? " Tanya aku sebelum masuk.
"Masuk lagi. Ummi baru habis solat ni. " Sahut ummi dari dalam. Aku masuk ke dalam bilik Ummi.
"Ummi. " Panggil aku lalu duduk di sebelah ummi.
"Ye kenapa? " Tanya ummi.
"Ummi. Khairil ajak kakak pergi PD. Ummi bagi ke? " Jawab aku.
"Esok kan? " Tanya ummi.
"Dia tak bagitahu pun. " Jawab aku.
"Ummi tahu. Esok dorang pergi. Ummi bagi. " Kata ummi.
"La ummi tahu? " Balas ummi. Ummi mengangguk lalu tergelak.
"Ye ummi tahu. Cik Ani bagitahu ummi semalam , dia kata nak pergi vacation dekat PD. Ummi on je. " Kata ummi.
"Nasib ummi bagi. Kakak dah siap packing baju dah. " Balas aku. Ummi mengangguk.
"Haa pergi la masuk tidur. Esok nak gerak awal. " Kata Ummi. Aku mengangguk lalu mneyalam tangan ummi.
"Okay ummi. Kakak tidur dulu. Selamat malam mi. " Balas aku. Aku keluar dari bilik ummi dan berjalan ke bilik aku.

Keesokkan paginya

Alarm aku berbunyi. Aku menutup alarm ku lalu bersila di atas katil. Sebelum mandi , aku membuka handphone dahulu. Mana tahu kot-kot Khairil chat aku. Aku membuka aplikasi whatsapp. Haa kan ada chat dari Khairil.

Boyfriend 🥺❤️

Boyfriend 🥺❤️

Assalamualaikum makwe ❤️

Good morning 😍

Me

Waalaikumussalam 😘

Good morning too 🥰
✓✓

Boyfriend 🥺❤️

Baru bangun?

Me

Haah baru bangun

Boyfriend 🥺❤️

Aku pun baru bangun juga hehe

Ouh ye aku ambil kau pukul 8 orang 8.30 macam tu tau

Me

Alright bie ❤️

Aku nak mandi ni

Bye see you later 😘
✓✓

Boyfriend 🥺❤️

Aku pun nak mandi juga ni

Byeeeee see you ❤️

Boyfriend 🥺❤️ offline

Aku bangun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air. Selepas mandi , aku terus bersiap. Outfit aku harini blouse warna hitam corak bunga dengan tudung bawal warna brown. Aku memakai sedikit makeup like sunblock , bedak sikit , maskara dengan liptint sikit. Dah siap makeup , aku menyembur sedikit minyak wangi. Aku mengambil beg baju aku , beg tangan dan handphone lalu turun ke bawah.
"Pagi ummi. " Sapa aku. Ummi tengah hidang makanan.
"Pagi kakak. " Balas ummi dengan senyuman. Aku mengambil tempat di sebelah ummi.
"Cantik anak ummi. " Kata ummi.
"Anak ummi kan. Mesti lah cantik 🤪. " Balas aku.
"Ha mari makan dulu. " Kata ummi. Beberapa minit kemudian , aku terdengar bunyi hon.
"Khairil dah sampai lah tu ummi. " Kata aku.
"Assalamualaikum " Sapa Khairil.
"Waalaikumussalam. " Balas aku lalu pergi ke pintu. Ummi pun ikut aku juga.
"Ha sampai dah. " Kata ummi. Khairil menangguk sambil tersenyum.
"Sihat makcik? " Tanya Khairil lalu menyalam tangan ummi.
"Alhamdulillah sihat. Kamu? " Jawab ummi.
"Sihat juga. " Balas Khairil.
"Eh meh la masuk dulu. Kamu dah sarapan ke belum? " Kata ummi. Khairil meggeleng.
"Belum lagi makcik. Datang sini pun kelam-kabut. " Balas Khairil.
"HAHA takpe la. Meh la makan dulu. " Kata ummi. Kami berjalan ke meja makan. Ummi menyedokkan nasi lemak ke dalam pinggannya.
"Terima kasih makcik. Susah-susah je. " Balas Khairil.
"Eh tak susah la. Ha makan-makan. " Kata ummi.
"Makcik dnegan Nad dah makan ke? " Tanya Khairil.
"Kitaorang dah makan. " Jawab aku. Selepas makan , ummi menghantar aku dan Khairil ke pintu.
"Bawak kereta elok-elok. " Kata ummi. Khairil mengangguk.
"Baik makcik. " Balas Khairil.
"Eh makcik lupa la. Kejap ye. " Kata ummi. Khairil memandang aku. Aku hanya menggeleng. Ummi datang dengan beg plastik di tangan.
"Ha ni bagi mama kamu. Makcik buat kuih sikit. Boleh la makan-makan dekat sana. " Kata ummi dan menghulurkan beg plastik itu kepada Khairil.
"Okay makcik. " Balas Khairil dengan senyuman.
"Ummi. Kakak pergi dulu ye? " Kata aku lalu menyalam tangan ummi.
"Ye la. Elok-elok dekat sana. Jaga diri. " Balas ummi. Aku mengangguk.
"Baik ummi. " Kata aku. Ummi mencium kedua-dua pipi aku.
"Bye. " Kata ummi kepada kami berdua. Aku masuk ke dalam kereta. Khairil menurunkan tingkap kereta , aku melambai ke arah ummi. Ummi membalas lambaian aku.

Crushku Pengawas Handsome (Complete)Onde histórias criam vida. Descubra agora