"Ah.. Maaf." Ashley menunduk.

"Kekanda sudah lama tahu apa yang ayahanda telah lakukan."

"!! Apa..maksud Yang Mulia."

"......"

"Ehem.. Um.. Kekanda..."

Puteri mengambil nafas.

"Kekanda sudah tahu yang ayahanda menculik penduduk dan mengorbankan mereka untuk dapatkan magik hitam.

Tapi kekanda terlalu takut untuk melawan ayahanda, jadi kekanda berdiam untuk 2 tahun."

"2 tahun.."

"Kekanda juga perasan yang ayahanda cuba untuk memanggil makhluk dari dunia lain. Jadi kekanda rosakkan lingkaran magik hitam itu.

Kekanda hanya buat perubahan kecil supaya ayahanda tak perasan, tapi.. Kekanda tak tahu sama ada ianya berjaya atau tak.."

"Ianya berjaya."

"! Eh?"

Puteri memandang Ashley bingung.

"Gadis yang sekarang tak sedarkan diri itu lah yang ayahanda panggil."

"Ah.. Jadi bukan satu makhluk berbahaya.. Syukurlah.."

"Ya.

Tapi.. Apa kaitan itu semua dengan kekanda serahkan takhta?"

"......

Kekanda hanya berdiam walaupun penduduk dibawah kekanda dalam bahaya. Itu bukan ciri pemerintah yang bagus."

"......"

Puteri memandang Ashley dengan mata tegas.

"Jadi.. Bolehkah kau terima takhta itu, dengan pertukaran kemaafan atas kesalahan kekanda?"

Ashley terpegun melihat keyakinan dimata Puteri.

"Baiklah." jawap Ashley tanpa ragu.

Puteri terus berlutut dihadapan Ashley.

"Saya, Valerie Grace Sevalon akan memberi kesetiaan kepada Raja baru Sevalon."

"Beta terima kesetiaan anda."

*end of flasback*
____________

Trystan tak mampu mengutarakan apa-apa.

"Tolong jangan pandang aku macam tu...."

"Aku tak sangka yang Puteri pun bagi sumpah setia dia kat kau."

"Aku pun terkejut juga.. Tiba-tiba je dia berlutut kat depan aku macam tu..

"Jadi.. Bila hari pemahkotaan kau?"

"Dalam dua hari.."

"Cepatnya.." Trystan menggaru kepalanya.

"Trystan.."

"Apa..?"

"Kau tak perlu terlalu hormat kat aku. Layan je aku macam kau layan aku selama ni. Aku masih Ashley, budak bawah kau."

Ashley tersenyum kekok. Risau jika hubungannya kekeluargaan antara dia dan Trystan akan pudar.

"...... okay."

Ashley tersenyum lebar.

"Apa benda pertama yang kau akan buat lepas jadi Raja?"

"Hm.. Tunaikan janji aku dengan Scarlet.

"Janji?"
____________

Hari pemahkotaan Ashley berjalan lancar.

Hampir semua bangsawan di Sevalon menghadiri majlis yang diadakan diistana itu. Mereka melihat sendiri Puteri memakaian mahkota diatas kepala Ashley.

Gadis-gadis bangsawan yang hadir kecewa kerana Ashley terus menghilangkan diri dan tak memberi peluang untuk melakukan tarian pertamanya.

Sebulan telah berlalu. Scarlet masih tak sedarkan dirinya. Magik hitam dalam badannya telah hilang dengan sempurna atas bantuan Trystan, Rita dan Lillian.

Dalam masa sebulan itu juga, walaupun sibuk dengan dokumen, Ashley menyempatkan diri menjenguk Scarlet dan menemaninya ditepi katil. Dia bercerita dan berbual sendiri, berharap Scarlet mendengarnya dan cepat membuka mata.

"Scarlet.. Aku.. dah tunai janji aku. Tak sepenuhnya, tapi..

Aku dah hantar pahlawan ke Dapta untuk halang lanun dan orang asing masuk. Aku pun hantar biji benih supaya diorang bercucuk tanam. Aku tawarkan pekerjaan buruh untuk lelaki-lelaki kat sana. Dan aku bagi makanan dan pakaian untuk budak-budak kat sana.

Dalam beberapa tahun, aku yakin Dapta akan jadi negeri yang selamat dan selesa untuk penduduk."

Jadi.. Cepatlah bangun.. Aku akan bawa kau kesana."

Ashley menggenggan tangan Scarlet yang pucat. Tangan kanannya mendekati wajah Scarlet dan mengalihkan rambut Scarlet yang menutup wajahnya.

Ashley tersenyum. Dia bangun dari kerusinya dan mendekati wajah Scarlet.

"Aku pergi dulu. Esok aku datang lagi."

Satu kucupan diberikan didahi Scarlet.

Dia pun keluar dari bilik itu.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now