"Ye doh! Kalau manja macam tu, haih!" Sokong Kamal.

Zikir hanya mengangguk-angguk. Sempat dia bermain mata dengan si isteri, flying kiss diberi.

Misha pantas berdiri menyambut dan di bawa ke arah dadanya. Tersengih Zikir melihat karenah isterinya.

Pak!

"Kau ingat aku tak nampaklah?"

Zikir memegang bahu yang dipukul Rais. Mata Misha yang seolah bertanya okey tak dipukul begitu dibalas dengan senyuman.

Tak lama selepas itu,

Pak!

"Sakitlah sial!" Jerit Rais kuat.

Membulat mata Aisyah, telinga Raisyah pantas ditutup. Anaknya dah lah pantang dengar apa yang babah dia cakap semua nak ikut.

"Eh terkuat ke? Hehe.." Zikir menggaru kepala dan meminta maaf.

"Buu.. cial?" Ucap Raisyah sambil tersenyum.

"Eh babah cakap sian, maksudnya kesian." Kalut Aisyah membetulkan sebutan si anak.

"Bah akap cial?" Tersembur-sembur air liur Raisyah nak bercakap.

"Sian, bukan cial."

"Bah, cial!" Jerit si anak kuat dengan teruja sambil menepuk-nepuk tangannya.

Rais yang mendengar mula meneguk air liur. Mampus anak dia dengar, dah la Raisyah tu jenis cepat tangkap apa orang cakap. Jelas wajah Aisyah marah kepadanya.

Mati aku, mati. Sumpah!

***

"Kenapa ni? Orang semua tengok awak, tu Mimi gelak tengok boss dia macam ni." Kepala Khalif diusap.

"Rais bagitahu diorang yang saya pakai spender."

"Apa nak malunya? Semua orang pakai Khalif."

"Diorang tahu saya pakai warna pink."

Hanum menahan ketawa, kenapalah banyak-banyak topik, benda itu juga si Rais dan yang lain nak mengusik.

"Dah-dah, tak ada apa lah."

"Saya malu.." Wajah semakin ditekup ke perut Hanum.

"Nanti saya marah diorang okey? Dah bangun, orang tengok ni."

"Ala.." Kata-kata Khalif dipotong dengan satu suara.

"Hello bro, manjanya!"

Khalif terus berdiri, dia kenal suara itu.

"Kawan baik! Jom kita berbual-bual dekat sana tu?" Asiddiq terus merangkul bahu Khalif.

Dan menyeret secara tidak rela ke arah hujung pantai.

"Goodluck!" Jerit Rais.

Khalif cuba melepaskan rangkulan di bahu, sempat mata memandang Hanum seolah meminta tolong, tetapi Hanum hanya balas dengan senyuman.

Semoga hati seorang Ahmad Khalid lembut dan memaafkan mereka.

***

"Lepaslah!" Khalif terus merentap tangan Asiddiq di bahunya.

"Sakit ke? Sorry-sorry."

Mereka berlima memandang ke arah Khalif, tanpa sebab tubuh itu dipeluk.

Erat.

"Kami minta maaf. Sangat-sangat minta maaf." Ucap Aiman dengan sebak.

Khalif hanya kaku membisu, kejadian lapan tahun lalu bukan senang untuk dilupakan. Dia sakit, dia yang perit, diri yang memegang agama erat hanyut kerana hasutan mereka.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now