Mata melihat anak Hanum dan Khalif yang sedang bermain buaian. Pipinya menjadi merah, malunyaa! Mesti mamat ni fikir dia overconfident.

"Tak apa, saya buat-buat tak ingat apa awak cakap tadi." Usik Harris.

Tengok muka gadis itu sahaja sudah tahu yang Kaisara sedang menahan rasa malu kerana menuduhnya dengan melulu.

"Diamlah." Senada suara Kaisara.

Aiskrim ditangan Harris dirampas kasar. Apa? Tadi Harris yang bagi kan, so buat apa nak malu.

"Tadi tuduh kita, tup-tup amik aiskrim kita."

Suasana sepi antara Harris dan Kaisara. Janggal kerana ada Hadi, kalau tidak sudah lama mereka bergaduh bertumbuk. Gurau...

"Harris."

"Kaisara."

Panggil mereka serentak.

"Awak cakap dulu ap.." Ucap Kaisara.

"Ladies first." Potong Harris.

Suasana sekali lagi kembali diam, tak ada bunyi kecuali bunyi beberapa orang yang datang berkunjung di taman itu.

"Awak dah ada teman wanita?" Soal Kaisara sambil mata memandang bawah.

"Kalau ada kenapa?"Harris mula memancing reaksi Kaisara.

Jelas wajah Kaisara berubah menjadi kelat, dah macam kopi pulak kelat ke manis.

Okey mengarutnya bahasa aku.

"Ouh, tak ada apa. Saja je tanya."

"Awak patah hati eh?" Harris memandang wajah Kaisara.

"Eh tak kuasalah aku."

Ada lah sikit rasa dekat dalam hati, macam pecah tapi bukan gelas.

"Uish! Terus aku eh?" Harris sembunyikan senyuman.

"Saya dah tua Kaisarah, umur saya tahun depan dah 31tahun. Kalau awak masih single dan available, saya nak ambil awak jadi isteri saya.

Saya tahu kita baru kenal dalam beberapa hari, mungkin awak boleh fikir saya main-main. Tapi tak, saya betul-betul nak melamar awak sebab saya pun nakkan keluarga."

Ucapan Harris yang panjang lebar membuatkan Kaisara terkedu. Dia baru dilamar ke? Minat dengan Harris mungkin ada, tetapi bukan cinta.

Mana mungkin baru beberapa hari berkenalan sudah jatuh cinta walau ada pepatah mengatakan mencintai seseorang mungkin memerlukan satu detik, tetapi untuk melupakan seseorang yang dicintai memerlukan sejuta detik.

Begitu juga dia, tidak senang untuk melupakan Khalif. Bahkan sekarang, jika ada ruang atau harapan untuk mendapatkan Khalif, dia akan merebutnya. Tapi dia bukan perampas, dia wanita yang juga punya hati, kalau dia di tempat Hanum isterinya Khalif, dia sendiri akan rasa sakit di hati.

"Kaisara?" Melihat Kaisara yang mengelamun membuatkan Harris risau.

Apa lamarannya terlalu melulu?

Kaisara mengeluarkan telefon bimbit dari handbag nombor Harris yang disimpan sebelum ini dibuka, alamat rumah ditulis dan..

Ting!

Harris pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar.

Kaisara
- No3, jalan sutera, taman permata, 81340 permai, Johor.

- Itu alamat rumah umi dan abi saya, kalau awak serius datang. Ini nombor umi abi saya.

Kaisara sempat memberi senyuman sebelum beredar. Harris melihat pemergian Kaisara, dada dipegang.

"Kau betul-betul buat aku jadi gila Kaisara."

Lamunan terhenti apabila punggungnya dipukul.

"Paklong dah kenapa?"

Hadi dijeling.

***

"Assalamualaikum!" Jerit Rais sambil mengetuk pintu bilik Khalif.

Hanum terkejut, lantas Khalif yang sedang tidur dikejut.

"Khalif, bangun. Rais dekat luar tuu.." Ditarik-tarik rambut suaminya.

"Ngantuklah yang.."

Hanum mendekatkan bibir pada telinga Khalif dan..

"Barang siapa yang tidak solat, maka nerakalah tempatmu."

Zap!

Mata Khalif terus terbuka dan duduk secara mengejut. Sekeliling dilihat, nasib tak ada orang baca Yaasin. Kepala dipegang, okey tak berbungkus.

Ini bermaksud dia hidup lagi.

Eh sekejap, habis suara tadi?

Hanum yang sedang berjalan ke arah tandas dengan gelak tawa dipandang tajam, buat hal lah bini dia ni.

"Assalamualaikum Khalif! Woi bapaklah, dah petang membuta lagi ke?!"

Khalif mendengus geram, dia tahu itu suara Rais. Pintu bilik dibuka dan..

"Astagfiruallah Ahmad Khalif, patut lambat bukak pintu."

Khalif melihat Rais pelik, dah kenapa pulak kawan dia mengucap panjang?

"Kau kenapa mengucap bagai? Aku bukan hantulah!" Dah la kacau nak tidur.

"Kau tak agak-agak Khalif. Nasib aku sorang, kalau ada anak bini aku?"

"Apa benda kau merepek ni?" Soal Khalif sambil mengerutkan dahi.

"Tu.." Rais menjuih bibir ke arah bawah.

Perlahan-lahan mata memandang dan..

Astagfiruallah!

Cepat-cepat dia tutup pintu, nasib Rais kalau orang lain, maunya malu tujuh keturunan.

Cuba teka?

Ya dia hanya pakai yang segitiga tu je. Dah diam, jangan cakap apa-apa.

MALU SEYTARN!

***










Aku tak tahu apa aku tulis, jangan kecam aku. Kecam mak aku (๑•﹏•)

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now