"OI! JANGAN TINGGALKAN AKU SORANG!" Dave kesal kerana Niel berhenti menahan serangan raksasa hitam.

"Pistol ni takkan boleh tembak jauh. Guna ni." Niel mengambil kotak panjang yang tersimpan didalam beg yang sedari tadi digalasnya. Dia membuka kotak itu dan menunjukkan isinya.

"Senapang?"

Ianya senapang panjang berwarna hitam yang berhias batu magik hitam.

"Ah, namanya senapang ke?"

"Sejak bila kau buat ni?"

"Aku rasa pistol tu boleh buat lagi baik, jadi aku cuba untuk cipta yang macam ni."

"Ah.."

"OI! CEPATLAH! AKU TAK BOLEH TAHAN SEMUA NI SORANG!!" Jerit Dave.

"O-oh, maaf." Niel kembali membantu Dave.

Scarlet mengalirkan magik yang diserap tadi. Dia mula mengambil posisi sambil memegang senapangnya.

Sasaran ditetapkan.

BAM

GRAAAAA~

Naga itu tumbang.

"??!!"

"!! Eh?"

Pahlawan bangsawan keliru melihat naga besar itu tumbang.

"SEMUA! TOLONG JANGAN APA-APAKAN NAGA TU!" Scarlet menjerit sekuat hati.

Semangat pahlawan bangsawan mula kembali melihat naga besar dan kuat itu tumbang.

Mereka kembali fokus melawan raksasa hitam.

Scarlet mengalirkan baki-baki magik [Sedative] tadi kedalam senapang. Dia mensasarkan raksasa hitam pula.
___________

"Hah... Hah..."

Puteri cuba sekuat tenaga untuk bernafas dengan betul. Kepalanya rasa berdenyut.

Mata merahnya melihat badan adiknya yang dipenuhi darah, dibawahnya.

"Maafkan kekanda.."

Tombak milik Puteri tertanam didada kiri Putera Pertama. Air mata yang jatuh mengena wajah pucat adiknya.

"Maaf adinda.."

Puteri mula melangkahkan kakinya. Ingin pergi jauh dari badan adiknya yang sudah tak bernyawa.

BRUK

Kakinya tak mampu untuk melangkah walaupun selangkah lagi. Akhirnya Puteri tak sedarkan diri akibat kelelahan.
___________

BAAM

BAAM

Badan Ashley menghentam dinding istana dengan kuat berkali-kali sehingga dia memuntahkan darah.

Badannya dijatuhkan keatas lantai. Asap hitam yang tadi mencengkam kaki Ashley kembali ketangan Raja Nelius.

"Hah-" Ashley berusaha sebaik mungkin untuk bangun dengan kakinya yang serasa sudah patah.

"Masih boleh bergerak, ya?"

"……"

Pedangnya yang tak dilepaskan digenggam. Kali ini, semua magiknya yang dah dia kumpulkan sedari tadi dialirkan kedalam pedang itu.

"!!" Raja terkejut melihat pedang Ashley yang bercahaya terang.

"Tuanku... Tuanku jangan gembira dulu."

"Apa..?"

Ashley menyeringai. Mata merahnya kelihatan kerana gelangnya patah.

'Aqua.. Sekarang waktunya aku guna kuasa kau.'

WOOSH

"!!" Lorong itu tiba-tiba dibanjiri air yang datang entah dari mana. Bahkan airnya deras mengalir di bawah kaki mereka. Raja Nelius mula panik kerana kuasa letupan apinya mungkin takkan berguna.

"Aku dah simpan kuasa ni dari dulu. Hanya untuk bunuh kau sahaja."

Mata merah Ashley bersinar, menunjukkan amarah yang selama ini dia simpan.

Ashley mengangkat tangan kanannya. Air dibawahnya mula melayang-layang mengikut pergerakan tangan Ashley. Dia membentuk beberapa tentakel air yang runcing dan tajam di hujungnya.

Kesemua tentakel air itu menyerang Raja. Raja ingin menggunakan letupannya untuk menahan, tapi air mengalahkan apinya.

STAB

"GAH!" Keseluruh badannya ditusuk-tusuk oleh tentakel air itu. Tentakel air itu tak berhenti menusuk badan Raja.

'Jangan bagi peluang untuk dia sembuhkan diri.'

Ashley berlari mendekat kearah Raja dengan pedang ditangannya.

"!!" Raja Nelius terkejut melihat Ashley yang tiba-tiba muncul dihadapannya.

STAB

"GAH!" Pedang Ashley menusuk dada kiri Raja. Tepat dijantungnya.

"Kau fikir boleh bunuh Beta dengan ni. Beta boleh pulihkan jantung Beta dengan senang." Kata Raja Nelius yang menahan sakit.

"Cubalah kalau boleh." Ashley menyeringai.

"!!

AGH! K-kenapa.. Beta tak boleh...?"

Raja Nelius marah. Tangannya diangkat.

STAB

"GAH!" Ashley memuntahkan darah.

Perut Ashley ditusuk oleh tentakel asap berwarna hitam yang dikawal oleh Raja Nelius.

Walaupun berada dalam kesakitan, Ashley tak melepaskan pedang yang masih menikam dada Raja.

"Ugh."

METANOIA [C]Where stories live. Discover now