MRAS 19 - SOMETHING

7.4K 561 32
                                    

MRS. EMEER HAYYES

"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"


Kaki yang ingin melangkah naik ke tingkat atas itu terhenti sebaik sahaja telinganya mendengar suara mummynya yang berada di halaman rumah itu. Pantas kaki itu mula mengorak langkah menuju ke sana. Beg kerja yang berada di tangannya segera di letakkan di atas sofa di ruang tamu itu.

Melihat sahaja mummynya berada di sofa yang terdapat di hadapan kolam renang yang terbentang luas itu, dia terus mendekatinya lalu dengan selamba dia mencium dahi Khayla dan melabuhkan punggung di situ.

"How are you mummy?"  Soalnya perlahan sambil tangannya mula membuka butang baju tiga dari atas dan melipat lengan baju hingga ke siku.

Khayla yang melihat gelagat Emeer itu hanya tersenyum kecil.

"Alhamdulillah.. Much better. Kenapa balik lambat?" Sejak akhir-akhir ini anak sulungnya itu kerap kali berulang alik balik ke rumahnya.

"Banyak kerja, daddy tak bagi along rehat sikit pun." Balas Emeer perlahan sambil menjeling ke arah Ethan yang sedang mengadap tabnya itu.

"Jangan nak salahkan daddy kalau sendiri cari masalah." Ujar Ethan keras.

Tanpa menghiraukan jelingan tajam daddynya, dengan selamba Emeer melabuhkan kepalanya ke atas paha mummynya. Mata segera di pejamkan. Cuba mententeramkan hati yang mula tidak stabil sejak berjumpa dengan Shawn sebentar tadi.

Tangan Khayla naik mengusap lembut rambut keperangan milik anak sulungnya itu. Wajah yang kepenatan di renungnya sekilas sebelum dia bersuara.

"Pergilah naik atas, mandi. Lepas tu kita dinner sama-sama." Arah Khayla sambil menepuk bahu Emeer beberapa kali.

Dia melepaskan keluhan berat lalu dia bangun. Wajah Khayla di renungnya sekilas sebelum dia beralih ke arah Ethan.

"Papà, posso parlare con te per un po '? (Daddy, can I talk with you for a while?)"

Dahi Ethan berkerut apabila mendengar bicara anaknya itu. Matanya menjeling ke arah isterinya sekilas sebelum menumpukan perhatian terhadapnya.

"Riguardo a cosa? (About what?)"

Dia tahu pasti sesuatu serius ingin dibincangkan oleh anaknya apabila Emeer mula menggunakan bahasa asing mereka. Tidak mahu diketahui oleh isterinya. Itu cara mereka berdua berkomunikasi secara rahsia.

"Il mio fidanzato. (My fiance)" Jawab Emeer sepatah. Dia mula membalas pandangan daddynya itu.

Khayla yang melihat keadaan dua beranak yang kelihatan tegang itu mengeruhkan dahi. Terus sahaja dia berdeham.

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Pantas Emeer mengelengkan kepalanya.

"Nothing miey. Ada masalah sikit dekat office. Along naik dulu. Love you, mummy." Kepala Khayla di kucupnya serentak dia berlalu dari situ.

Khayla mengangguk.

Sebaik sahaja kelibat Emeer hilang, dia terus memberi tumpuannya kepada suaminya.

"Ada apa-apa yang biey dan Emeer cuba sembunyikan dari sayang ke?" Tanya Khayla perlahan sambil mengangkat sebelah keningnya.

Ethan beriak selamba.

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu