MRAS 8 - HIS EYES

7.6K 570 23
                                    

MRS. EMEER HAYYES
"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"


Jam tangan yang menunjukkan pukul 5.30 minit pagi itu di kerling sekilas oleh Thea. Dia yang sedang menyiapkan laporan pesakit di kaunter itu terus bergegas menutup fail tersebut dan bangun dari duduknya.

"Intan, kalau ada yang cari saya, bagitahu saya dekat wad VVIP selatan ya." Pesan Thea lembut kepada jururawat Intan yang berada di situ.

"Baik doktor."

Thea terus bergegas meloloskan diri ke dalam lif lalu butang tingkat 5 di tekan. Wad VVIP itu terletak di bahagian selatan hospital itu. Kawasan itu sangat di kawal ketat oleh beberapa orang lelaki yang berpakaian hitam sejak Puan Khayla Imani berada di situ.

Sebaik sahaja kakinya terhenti di depan pintu bilik bernombor 2010, dia memandang dengan riak wajah yang serius pada pengawal yang berada di depan pintu itu sebelum bersuara.

"Boleh saya masuk? I need to check my patient." Ujarnya dengan nada sedikit tegas.

Satu kerja pula bila dia kena meminta izin. Hatinya tiba-tiba sahaja terasa geram. Yang jadi cepat terus lambat.

"Silakan." Lelaki itu beralih ke tepi dan membukakan pintu untuknya.

Thea terus melangkah masuk ke dalam. Hanya lampu malap di bahagian tepi katil pesakit sahaja yang menerangi ruang wad VVIP yang besar itu. Dia terus mendekati Puan Khayla.

Fail di atas meja hujung katil itu terus di bukanya. Dia membaca setiap laporan yang di tulis oleh jururawat yang bertugas sambil matanya jatuh kepada sekujur tubuh yang masih terbaring tidak sedarkan diri itu.

Pen di letakkan di atas fail tersebut, lalu dia melangkah ke sebelah kanan Puan Khayla. Tangannya terus menyelak sedikit baju untuk melihat luka pembedahan. Kain gauze yang di tampal di luka itu di bukanya perlahan.

Sedang ralit Thea memeriksa pesakitnya, tanpa sedar sepasang mata sedang merenungnya setiap perbuatannya itu dengan pandangan tajam. Dari sofa yang terletak di sudut kiri bilik itu, terdapat sekujur tubuh yang berada di situ sejak semalam.

Mata Emeer tidak lepas memandang ke arah Thea yang sedang memeriksa mummy nya. Sejak daripada Thea melangkah masuk ke dalam bilik itu, matanya langsung tidak bergerak. Dan sejak dua hari lepas juga, dia hanya memandang gerak geri doktor itu dalam gelap.

Disebabkan bilik itu hanya dinyalakan lampu tidur sebelah katil mummy nya, menjadikan sudut itu sedikit gelap.

"You save my mummy." Suara Husky itu mula kedengaran tapi sedikit perlahan.

Untuk sekian kali, kali ini dia bersuara dengan nada tanpa riak.

Thea yang sedang menulis di itu terus terkejut, hampir sahaja dia melatah. Sempat dia mengurut lembut dadanya. Terus matanya melilau di segenap ruang, mencari gerangan yang bersuara itu.

Tidak menunggu lama, matanya terus jatuh pada bayangan susuk tubuh yang sedang duduk di atas sofa single itu sambil kedua belah tangannya di tongkat ke atas pahanya. Tapi disebabkan bahagian itu sedikit malap, dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu.

"Who are you?" Thea bersuara perlahan.

Tap!

Automatik lampu kecil di sebelah Emeer itu bernyala. Mata dark hazel itu langsung tidak berkalih dari memandang tajam ke arah doktor muda di depannya itu.

Manakala tubuh Thea sedikit kaku apabila melihat gerangan yang berada di depannya. Masih segar dalam ingatannya, lelaki sama yang merenung tajam ke arahnya semasa di depan bilik bedah dua hari lepas. Dia kenal lelaki itu.

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now