MRAS 13 - I HAVE TO DO THIS

7.7K 611 60
                                    

MRS. EMEER HAYYES
"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"





"How do you feel, sweetpie? Much better?" Tanya Doktor Hafiez sambil melabuhkan punggung di sebelah Thea.

Thea yang sedang bersandar di kepala katil itu hanya mengangguk kecil. Walaupun hakikatnya dia masih tidak larat. Sudah dua hari dia demam dan hari ini baru bertenaga sikit untuk bangun.

"Papa dah bagitahu Doktor Danny?" Tanya Thea dengan suara sedikit serak.

Sepatutnya semalam dia perlu laporkan diri tapi disebabkan keadaannya dan di tambah pula dengan emosinya kurang stabil, dia terpaksa meminta tolong papanya. Dia masih belum bersedia untuk memulakan tugasnya. Semuanya seakan berubah sekelip mata.

"Dah. Papa dah call dia bagitahu Thea tak sihat. Kenapa anak papa boleh demam ni? Thea tak cukup rehat ke?" Soal Doktor Hafiez sambil tangannya mengusap lembut pipi Thea. Dia tahu ada sesuatu yang anak perempuannya itu cuba sorokkan.

Tapi bukan dia jenis yang memaksa.

"Thea busy sikit lately ni, selalu skip breakfast and lunch. Maaf papa."

Kedua belah tangannya di mainkan sesama sendiri. Cuba hilangkan rasa gugup apabila papanya memandang dengan pandangan yang mencurigakan.

Tak akan sesekali dia bercerita tentang apa yang berlaku. Cukuplah rahsia itu tersimpan sebagai mimpi buruknya.

"That's why papa pesan pesankan. Sibuk macam mana sekali pun, kita kena juga cari masa untuk diri kita sendiri. Kalau kita tak sihat, macam nak rawat pesakit sendiri. Hurm?"

Thea hanya diam sambil menunduk.

"I'm sorry." Ucapnya perlahan.

"Hurm.. Don't do that again. Esok Thea ada temujanji dengan Puan Khayla kan? Larat ke nak masuk kerja esok?" Soalan Doktor Hafiez itu betul-betul buat Khayla tersentak.

Bibir bawahnya di gigit perlahan.

"Thea nak cuti seminggu. Nanti Thea sendiri call Doktor Danny."

Kalau boleh dia tak nak lagi berjumpa atau berkait dengan keluarga itu. Walaupun papanya selalu pesan, jangan campur adukkan between personal and kerja tapi bukan untuk kali ini.

Doktor Hafiez mengangguk kecil,  "Okaylah kalau itu yang Thea cakap. Papa kena pergi kerja sekarang. If you need me, just call okay. I will always be with you, sweetpie." Dahi Thea di ciumnya lembut sebelum dia bangun dan berlalu dari situ.

Dia mengeluh.

Macbook yang berada di atas meja sisi katil itu dicapai lalu diletakkan di atas pangkuannya.

Dengan lafaz bismillah, jarinya mula menari di atas papan kunci laptop tersebut. Thea mula nekad. Dan dia sanggup menanggung segala risiko yang akan dia hadapi selepas ini. Tapi dengan keputusan ini, mungkin cara ini adalah yang terbaik.

"I'm sorry but I have to do this. Bismillah.." Bisik Thea lalu surat yang di taip tadi terus di hantar ke alamat email ketuanya.

"Harap tak mengamuk Doktor Danny nanti." Thea terus menutup laptopnya kembali dan diletakkan di tempat yang asal.

Dia terus merebahkan dirinya di atas katil. Tanpa menunggu lama, matanya mula layu kembali.

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now