"Dia cuma nak minta duit dekat Khalif, dia nak beli jajan. Mengidam."

"Habis yang awak cemas kenapa?"

"Mana ada cemas, penat lah lari." Aisyah mengerutkan kening.

Bila masa dia cemasnya?

"Kau lari Cah? Kau mengandung kot!" Zikir membeliakkan biji mata.

Rais mula memandang Aisyah tajam, tahulah Aisyah bahawa Rais sedang warning dia.

Senyuman ditayangkan sebelum berlalu meninggalkan Rais dan para suami di situ. Baik dia pergi tengok anak Tiara, gebu je pipi.

Macam belon!

***

"Saya cuma pesan dekat Aisyah yang saya nak duit dari awak, saya teringin jajan."

Khalif menghembus nafas lega, ingatkan Hanum jatuh ke apa ke. Tangan Hanum ditarik menuju ke kedai yang menjual jajan, dibiar isterinya memilih apa sahaja.

"Hadi tinggal dengan siapa?" Soal Hanum yang sedang memilih jajan.

"Lepas makan dia main tab dalam kereta, saya suruh Rais tengokkan."

Hanum hanya mengangguk, hmm dia nak jajan yang jenama Contoz tu. Tak ada masalahnya, rasa nak menangis betul.

"Lah, kenapa mata berair pulak? Ini kan jajan."

"Nak jajan lain.."

Khalif menghembus nafas, sabar Khalif. Ini isteri dan sedang mengandung, jadi dia emosi.

So, sabar Khalif.

***

"Seorang?" Soal Harris.

"19 orang." Jawab si dia kasar.

"Ouh, bilangan anak kita eh?" Harris menayangkan raut wajah nakal.

Kaisara berdecit geram, kenapa lelaki ni selalu ganggu dia? Daripada awal perjalanan sehingga kini. Sudahla terpaksa naik satu kereta bersama ibu bapa Khalif.

"Nama saya Harris, abang Hanum dan bakal bapa kepada anak-anak kita." Ucap Harris semangat.

Sejak pertama kali dia memandang gadis itu, hatinya terpaut. Tak pernah dia merasakan berbunga begini sepanjang 30tahun hidup.

"Ada saya tanya?" Makanan dimakan secepatnya, kalau bukan sebab dia makan dah lama dia beredar tinggalkan lelaki miang ni.

"Memang lah tak ada, tapi awak mesti tertanya siapa gerangan yang kacak ni kan?"

Lesung pipit gadis itu dilihat Harris, cantik. Baru tadi dia tahu yang gadis ini bernama Kaisara dan bekas PA Tan Sri Ahmed. Kini gadis itu bekerja dibawah Khalif.

"Nama awak Kaisara apa?"

"Tak payah sebok." Dia tak suka dan sebal.

Makanan ni pun terasa banyak pula, tak reti nak habis, haish!

"Okay biar saya teka. Siti Kaisara?"

Kaisara menggeleng,

"Marwah Kaisara?"

Kaisara menggeleng.

"Kaisara Maimunah?"

Kaisarat berdecit geram.

"Wan Peah Kaisara?"

Sudu dilepaskan, geramnya!

"Nama saya Humaira Kaisara binti Ahmad Lee."

"Ouh, sedap! Macam nama bakal makmum saya tu. Awak ada mix?"

Kaisara hanya mengangguk, abi seorang cina mualaf sebelum berkahwin dengan umi. Maka lahirla dia anak tunggal.

"Abi cina mualaf."

"Nanti mesti comel anak kita."

Kaisara buat tak layan, setelah minum tegukan terakhir dia beredar meninggalkan lelaki itu.

"Hey, awak tinggal saya? Tunggu lah!"

Harris mula mengatur langkah mendekati gadis itu, kalau hati dah tersuka apakan daya?

***

Sebaik sahaja sampai di hotel lima bintang yang gah itu, mereka mula bergerak masuk. Pihak pekerja akan diuruskan oleh pembantunya, mereka sudah menetapkan aktiviti sesuai dengan pekerja.

Dan mereka pula aktiviti keluarga, cuma ada beberapa aktiviti antara mereka dan pekerja yang bakal bercampur.

Hanum menghembus nafas lega, sampai pun setelah berejam dalam kereta. Jam tangan dilihat, baru pukul satu tengahari. Mereka bertolak dari pukul lapan pagi. Ada lebih kurang lima jam perjalanan mereka.

"Solat Zuhur tak masuk lagi, rehat lah dulu. Kesian awak." Ucapnya kepada Khalif yang sedang mengunci pintu.

"Tak adalah, biasa je drive. Awak yang nampak penat sayang, bawa baby, muntah lagi. Tidurlah sekejap, nanti petang lepas asar baru ada aktiviti." Tubuh dijatuhkan ke atas sofa empuk.

Kepala dibaringkan di atas peha isterinya, terasa rambut diramas lembut oleh Hanum.

"Hadi sudah main tab, mandi dulu sana." Arah Hanum tegas.

Kalau tak memang hanyut anaknya dengan gadget.

"Nak tengok sikit je lagi ibu, upin ipin ni ada rambut ibu."

"No, mandi dulu ambil wudhu. Lepas solat baru tengok balik tab."

Mendengar arahan ibunya garang, Hadi melepaskan keluhan dan terus beredar ke dalam bilik air. Baju di dalam beg diambil, ibu dah susun semua berserta seluar. Tinggal pilih je nak yang mana.

Mudah dan senang.

"Lapar ke? Nak makan tak?" Rambut Khalif dimain.

Comel je, nasib dah potong rambut. Kalau tidak, mahu dia bising. Paling pantang orang selekeh tak jaga diri ni.

"Nak, tapi malas." Muka dilekap ke perut Hanum.

Ada bonjol!

"Hye baby, sehat ke? Baby dah makan? Apa?! Belum? Nanti ayah babap ibu. Apalah tak bagi baby makan." Ucap Khalif seorang diri.

Tangan naik memeluk pinggang Hanum, sambil wajah masih menyembam di hadapan perut Hanum.

Sejak dia mengandung, sikap Khalif selalu begini. Dia menjadi garang, Khalif menjadi terlebih manja.

Tapi dia pun manja sebab isteri selamanya manja.

Iyooooooolah! Ucap baby di dalam perut dengan meluat, dah la ibu fitnah baby haritu.

Huh!

***













Salam spm, dan salam kene scam. TAHNIAH KEPADA CALON SPM YANG DAH HABIS PAPER. TAHNIAH. AKU JE TAK HABIS LAGI.
BTW, COVER BARU YANG ENTAHLA

 BTW, COVER BARU YANG ENTAHLA

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
Romance : Ahmad Khalif ✓Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ