Bahunya telah tertusuk tiga anak panah. Namun kakinya terus berlari walaupun darah telah memenuhi gaun putihnya.

"Bonda.. Sakit.." Lelaki kecil ditangannya merengek kesakitan. Terpampang jelas luka memanjang dibelakang badannya. Darah juga mengalir dari badan kecilnya itu.

"Sikit sahaja lagi. Tolong bertahan, sayang."

"KEJAR DIA!" Kelihatan beberapa pahlawan yang memakai perisai sedang mengejar wanita itu.

Kakinya terus berlari. Dia tiada tujuan, tapi dia masih berlari. Sehinggalah kakinya berada diatas tebing tinggi, dimana dibawahnya ialah lautan biru yang dalam.

Dia berusaha dengan kuat hanya untuk bernafas. Kakinya dah mula bergetar akibat kepenatan.

"Bonda.." suara kecil lelaki yang digendongnya membuatkannya risau.

"Jangan tidur, sayang.. Jangan tidur.."

STAB

Satu anak panah tertanam dibelakang badannya. Membuatkan gendongannya terlepas.

"PUTERA.!!" Wanita itu menjerit seiring melihat anaknya yang melayang jatuh ke laut.

"Bonda..?"

"PUTERA ASHE--"

*end of flashback*
_____________

"Bonda aku cuma seorang gundik dari keluarga bangsawan kecil, jadi kehilangan kitorang bukan satu hal besar."

"Tapi.. Macam mana kau selamat?" tanya Scarlet.

Mereka bertiga sedang duduk diruang tamu dimana Ashley menceritakan masa lalunya yang menyakitkan.

"Aqua tolong aku."

"Aqua?"

"Seekor Naga. Naga ada berlainan jenis dan kuasa. Dan Aqua ni tinggal didasar laut.

Aqua jumpa aku waktu aku jatuh kedasar laut dan tawarkan untuk selamatkan aku.

Dia tawarkan sebahagian kuasa dia kat aku tapi aku kena korbankan sesuatu untuk dia.

Jadi, dia bagi aku kuasa untuk kawal air." jelas Ashley panjang.

"Dan.. Apa yang kau bagi kat dia?"

"Mata aku.."

Jawapan Ashley membuatkan Scarlet terkejut. Dia melihat mata merah terang Ashley.

"Tapi.. Mata kau.."

"Normal?"

Scarlet mengangguk.

"Ya. Memang nampak normal. Tapi mata kiri aku sebenarnya tak nampak apa-apa."

'Ah- patutlah reaksi dia lambat bila aku cuba sentuh bahagian kiri dia.'

"Bukan tu je.. Aku korbankan deria rasa aku juga."

"Deria rasa?.. Ah- tu ke sebabnya...."

"Ya.. Setakat hilang deria rasa bukan masalah besar, tapi kadang-kadang aku rasa kosong.."

Hening untuk seketika. Scarlet melihat Ashley dengan tatapan penuh kasihan.

Ashley tersenyum sebelum menyambung ceritanya.

"Aku tak tahu macam mana, tapi aku sampai ke Rovaville."

"Aku jumpa dia kat pantai. Dan aku bawa lah dia balik sebab tengok dia luka parah." Sambung Niel.

"Ayah Niel dah tawar untuk hantar aku balik ke istana.. Tapi aku taknak.."

"Dan dia putuskan untuk jadikan kau sebagai anak angkat..?" Tanya Scarlet.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now