"Aku dah dapat surat dari Trystan." Niel menunjukkan sekeping kertas ditangannya.

"Trystan cakap Duke Rochaze dah setuju untuk bekerjasama. Dia akan masuk ke Istana sendiri untuk cari bukti. Dan dia juga akan berunding dengan ahli bangsawan yang lain.

Dan.. Lepas korang dah selesai tugas kat sini, terus pergi ke Astela dan jumpa Trystan kat sana."

"Tu je?"

"Ya."

"Jadi, bila kita akan bergerak?" Tanya Scarlet kepada Ashley.

"Aku masih ada benda nak minta tolong Niel, jadi mungkin dua ke tiga hari lagi.

Jadi sementara tu, kau boleh berlatih guna pistol kau."

"Ok!" Jawap Scarlet riang.

'Dia terlalu suka kat pistol dia.' Fikir Ashley.

"Ah, aku lupa nak bagitahu kau, Ashley." Panggilan Niel membawa Ashley dari alam lamunannya.

"?.. Bagitahu apa?"

"Kawan aku yang bagitahu ni beberapa hari lepas. Kat Andal, magik hitam dapat dikesan."

"!!!" Ashley terkejut mendengar magik hitam disebut.

"Andal tu apa?" Tanya Scarlet.

"Ianya satu pulau magik dimana naga tinggal kat sana."

"Naga..?"

"Ya. Hanya naga yang boleh keluar masuk pulau tu. Makhluk lain tak boleh masuk kedalam kecuali dengan kebenaran 'Ibu Naga'." Terang Niel.

"Dan magik hitam pula hanya boleh dilakukan oleh manusia.." Ujar Ashley. Mereka bertiga mula kebingungan.

"Ada kemungkinan ke Raja juga yang lakukan semua ni?" Tanya Scarlet.

"Dia je satu-satunya suspek kita."
______________

Matahari sudahpun terbit dari timur, Scarlet juga sudah bangun dan telah mencuci badannya.

Dia berjalan menuju bengkel Niel, apabila mendengar bunyi dentingan dari tukul. Scarlet kagum akan Niel yang sangat rajin melakukan kerjanya.

"SELAMAT PAGI, NIEL!" jerit Scarlet.

"PAGI!!"

"DAH SARAPAN?!"

"BELUM!"

"NAK AKU MASAKKAN KE?!"

"BOLEH JE!"

"OKAY, AKU BANGUNKAN ASHLEY DULU!."

"OKAY!"

Niel dan Ashley semalam telah berjaga sehingga larut malam kerana saling berbincang. Namun begitu, Niel masih rajin untuk bangun lebih pagi dari mereka berdua.

Scarlet menuju kebilik dimana Ashley tidur.

Tok tok tok

Tiada jawapan.

Tok tok tok

Masih tiada jawapan.

'Budak ni masih tidur ke?'

Scarlet cuba untuk pusing tombol pintu bilik itu.

"Eh? Budak ni tak kunci pintu ke?"

Dia pun melangkahkan kakinya dan masuk ke bilik Ashley. Dia mendekati katil dimana Ashley masih nyenyak dibawah selimut tebalnya.

"Oi." Scarlet menampar pelan kepala Ashley. Membuatkan Ashley serta merta pulang dari mimpinya.

"Ah- Scarlet ke.. Terkejut aku.." Ashley bangun dan melihat Scarlet yang berdiri sambil menyilangkan tangannya.

Ashley duduk diatas katilnya dan menggeliat. Lalu melihat Scarlet dengan mata merahnya yang dipaksa buka.

'Eh?'

Scarlet memegang muka Ashley dengan kedua tangannya. Mata hitamnya mengunci mata Ashley.

"!! K-kenapa, Scarlet?" Tanya Ashley pelik.

"Sejak bila mata kau... Merah?" Tanya Scarlet.

"!! Ah-" Ashley mengalihkan mukanya dari tangan Scarlet. Lalu dia menutup kedua matanya dengan tangan.

"Um.. Kau keluar dulu.. Nanti aku datang."

Scarlet tak ingin keluar. Namun dia hormat akan privasi Ashley, jadi dia berjalan keluar bilik Ashley dan menutup pintu. Meninggalkan Ashley yang mula celaru.

"Tak mungkin dia tahu kan..? Tak mungkin....."

Ashley menukar bajunya dan terus menuju keluar biliknya. Dimana dia melihat Scarlet yang sedang menunggu disebelah pintu.

Scarlet memusingkan badan dan melihat Ashley. Mukanya serius.

"S-Scarlet?"

"Ashley.. Kau ni..."

Ashley menelan ludah.

"...Putera Diraja ke?"

METANOIA [C]Where stories live. Discover now