8

8.2K 288 20
                                    

bab ni ada scene geli2 little 18sx but not much la sikit je heheheheh😈😈😈

Dhiya tunduk menghirup air dengan matanya terkebil-kebil memandang Asfa. Lelaki itu diam sahaja sejurus dia menamatkan ceritanya berkenaan Yusri.

"Dia bagi bunga?"

Dengan straw masih di bibir dia mengangguk saja. Kemudian baru dia menambah, "Tapi saya buang dalam tong sampah macam saya cakap."

Asfa mengangguk-angguk kelihatan lewa.

Kening Dhiya berkerut melihatkan itu.

"Lepas tu dia ajak breakfast?"

Dia mengangguk saja lagi.

"Lepas-lepas ni dia ajak lunch la pulak, kan?"

Berkerut mukanya. "Lantak la dia ajak pun bukannya saya nak pergi. Ei. Dah lah tua. Awak ni kenapa tanya menganjing macam tu?"

Asfa memandang Dhiya. "Lelaki tu As tak rasa penting mana. Lagipun As percayakan Dhiya. Yang As nak tahu... sekarang ada pisau ke dalam beg Dhiya?"

Dhiya diam tidak menjawab. Hanya memandang Asfa tanpa kata.

Asfa menghela nafas. "Masa keluar dengan As awal-awal dulu pun Dhiya bawak pisau, kan? Setiap kali kita jumpa pun ada, kan? Sekarang pun bawa lagi?"

Dhiya menghembuskan nafas dan menjawab saja. "Ya. Saya bawa. Kenapanya? Risau saya tikam awak?"

Asfa menggelengkan kepala. "Jadikan As ni pisau Dhiya. Jadikan As ni protector Dhiya terus lepas ni. Bukan lagi pisau tu. Boleh?"

Dhiya terus merah pipi. Dia teringat novel bergenre matang yang dia baca. Pisau tu macam pedang. Dan pedang pula di dalam dialog lawak biasanya berrmaksud— Asfa bertutur biasa saja. Tetapi kepalanya pula yang tiba-tiba terpesong ke situ. Eii. Terus dia geleng kepalanya laju-laju.

Asfa yang memandang gelengan Dhiya memahami maksud yang lain. "Bukan. Dengar dulu As nak cakap. As nak Dhiya percayakan As betul-betul. Kalau masih bawa pisau masa dengan As, maknanya Dhiya masih tak percayakan As. Dan As pun taknak lah sampai benda lain pula yang jadi. Kang tak pasal-pasal Dhiya tertikam As. Dhiya dah lah suka debik As, kan? Tak risau kot-kot terjadi 'ter'kena pisau tu? Tak sayang As ke? Kang lengan As berbalut macam mana?"

Terus Dhiya berkerut memandang Asfa. "Saya mana ada gila macam tu."

Asfa menghela nafas. "As tak cakap pun Dhiya gila, sayang. As nak kita berhati-hati. Dhiya jenis cemerkap. As faham sangat sebab dah banyak kali As nampak antics Dhiya. Bila Dhiya malu, gelabah apa semua ha ada lah benda akan jadi. Gitu. So As taknak risikokan diri As, dan juga diri Dhiya. Untuk protection bila Dhiya keluar sorang, okay bawak. Tapi jangan masa keluar dengan As. Tak pun nanti As beli something yang decent tapi shock kuat. As tahu lah benda-benda tu. As boleh adjust shock dia kalau Dhiya nak letrik orang tu sampai masuk hospital sekali pun. Tapi masa dengan As, jangan bawak pisau okay? As risaukan Dhiya. Dhiya ni bukan boleh kira kang ada antara kita dua yang luka nanti. Boleh?"

Dhiya diam saja. Kerana apa yang Asfa khabarkan itu memang ada benarnya. Dia jenis clumsy. Tiap kali perkara memalukan itu jadi, memang Asfa mengusiknya dengan gelaran 'sengek'. Yelah, mana tak sengek. Jalan terlampau bahagia bersama Asfa sampai terjatuh kopi Starbuck di tangan, sampai terlanggar beg-beg di kedai, sampai terlanggar bahu orang lain akibat teruja dan tak sabar nak masuk sesuatu outlet itu terus meninggalkan Asfa di belakang.

"Dhiya jalan dah lah macam anak ayam. Memecut je buntut tu tinggal orang kat belakang."

Terus dia memandang Asfa. "Alah dah lah. Ye lah lepas ni saya tak bawa pisau."

Keringnya Sekeping Hati (in editing)Where stories live. Discover now