Chapter 10: Menziarah

Start from the beginning
                                    

''Tak tahulah. Ramai juga yang tertanya-tanya masa kat sekolah tadi. Tapi kan, aku rasa dia tu cuba nak ponteng sekolah lah. Mungkin dia tu saja je kot nak guna alasan yang kononnya dia tu terkena accident, padahal nak ponteng sekolah je. Yelah, cuba kita fikir-fikir balik. Siapa orang yang bagitahu kat budak-budak sekolah kita yang si Namrul tu kena accident? Tak ada sesiapapun yang tahu. Punca dia accident? Lagilah semua orang tak tahu sebab semalam tak ada pun kes kemalangan yang berlaku kat kawasan pekan dengan kampung kita ni. Lagipun si Namrul tu mana ahli keluarga dah. Dia sekarang pun hidup sendiri-sendiri. Kawan tak ada, sedara-mara tak ada, awek? lagilah tak ada.'' Balas Aizat dengan panjang lebar.

''Hmm... Betul juga tu. Ah lantaklah, nanti-nanti je lah kita fikirkan pasal tu. Fokus tengok depan. Jangan melilau pula mata kau tu.'' Kata aku dengan nada yang mendatar.

''Okey bos...'' Balas Aizat dengan nada yang selamba lalu dia terua mempercepatkan pemanduannya.

[Beberapa minit kemudian]

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya kami berdua telahpun tiba di Hospital Bukit Berduri dengan keadaan yang selamat. Sebelum datang ke sini, kami berdua sempat singgah seketika di sebuah pasaraya yang berdekatan untuk membeli beberapa buah tangan untuk Aisyah. Aizat membeli beberapa biskut dengan coklat kegemaran Aisyah dan manakala aku pula hanya membeli beberapa biji buah yang sihat untuknya seperti buah epal dan juga beberapa jenis buah-buahan yang lain.

Sebelum kami berdua melangkah masuk ke dalam bangunan hospital itu, kami berdua berdiri memandang ke arah setiap sudut bangunan hospital yang tingginya 10 tingkat itu daripada kawasan tempat parking motorsikal.

''Haih... Aku benci setiap kali nak masuk hospital. Tengoklah tu, banyaknyalah yang tengah berkeliaran kat luar ni...'' Kata Aizat dengan keluhan yang perlahan sambil memerhatikan beberapa makhluk halus yang sedang bergerak-gerak terapung di sekitar kawasan hospital tersebut. Aku yang berdiri di sebelahnya itu hanya sekadar mampu tersengih sahaja sambil turut memerhatikan setiap pergerakan makhluk-makhluk halus yang sedang berterbangan di luar kawasan sekitar hospital tersebut.

''Hospital ni adalah tempat rawatan untuk orang-orang yang sakit dan juga tempat untuk orang-orang yang akan dicabut nyawanya oleh Malaikat Izrail. Tempat yang macam ni biasanya jin dengan syaitan memang suka sangat sebab diorang boleh halang orang-orang muslim untuk mengucapkan kalimah syahadah sebelum nyawanya dicabut.'' Kata aku dengan panjang lebar dan bernada tenang.

''Itu aku tahu. Aku tak ada masalah pun dengan setan-setan ni. Tapi... Aku cuma rasa tak selesa lah. Yelah... Diorang semua ni bukan setakat nak mengganggu je, nak mengancam pun boleh. Kau tahulah kan, jin-jin syaitan yang ada kat tempat-tempat macam hospital ni kan biasanya kuat-kuat? Bila jin-jin yang macam ni mengancam kita, macam-macam benda buruk yang boleh berlaku kat kita tau.'' Balas Aizat panjang lebar dengan nada yang serius.

''Alah, kau rileks je. Benda-benda macam ni dah memang tugas diorang sampai hari kiamat. Kita sebagai umat islam, kita hadap je semua benda ni dan serahkan semuanya dekat Allah SWT. Biar Dia je yang uruskan segalanya untuk kita. Mudah-mudahan, perkara-perkara yang buruk tu takkan berlaku dekat kita. Okey?'' Kata aku dengan nada yang tenang sambil tersengih.

''Hmm... Okey.'' Balas Aizat dengan ringkas sambil memberikan senyuman lalu dia terus memulakan langkah menuju ke arah pintu masuk bangunan hospital tersebut dan aku pun terus bergegas mengikutinya daripada belakang.

Langkah demi langkah kami berjalan di dalam hospital tersebut, kami berdua masuk ke dalam sebuah lif pelawat lalu terus naik ke tingkat 5 iaitu kawasan wad tempat di mana Aisyah ditempatkan. Sebaik sahaja tiba di sana, langkah kami berdua menuju ke arah sebuah kaunter pertanyaan untuk bertanyakan lokasi tempat bilik rawatan Aisyah berada. Setelah diberitahu oleh seorang jururawat perempuan yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan tersebut, kami berdua pun terus bergegas menuju ke arah bilik A10 iaitu bilik yang Aisyah ditempatkan untuk dirawat. Sebaik sahaja tiba di sana, kami berdua pun masuk ke dalamnya sambil memberikan ucapan salam dengan nada yang sopan.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now