Chapter 10: Menziarah

Start from the beginning
                                    

Aku bangkit daripada tempat tidur aku lalu meregangkan sedikit otot-otot dan segala urat saraf yang ada di dalam tubuh badan akh yang lesu ini supaya ianya menjadi lebih segar daripada yang sebelumnya. Selesai meregangkab otot, aku menatap seketika ke arah cermin. Plaster yang membalut luka di kepala aku itu masih lagi aku tak tanggalkan. Tetapi darahnya dah kering dan rasa sakit pun dah tak terasa sangat, jadi maknanya aku dah boleh tanggalkan plaster ni lah kot.

Aku menyentuh sedikit plaster yang menutup luka di kepala aku ni untuk memastikan samada rasa sakitnya masih ada lagi ataupun tidak dan rasa sakit tu masih ada cuma ianya tidaklah sakit seteruk seperti yang sebelum-sebelum ni. Semalam doktor yang merawat luka aku ni kata kalau ada rasa sakit lagi, plaster ni tak boleh dibuka sebab takut lukanya belum sembuh. Hmm... Nampaknya aku kena biarkan jelah plaster ni duduk kat kepala aku. Haih... Dah tak hensem dah rupa aku jadinya...

''Assalamualaikum!!! Isa!!! Kau ada kat dalam tak?'' Sedang aku sibuk menatap cermin itu, tiba-tiba aku terdengar suara Aizat jerit memberi daripada luar rumah. Aku pun dengan sepantas kilatnya terus bergegas ke arah pintu rumah lalu membukanya daripada dalam. Kelihatan Aizat yang masih lagi berpakaian uniform sekolah lengkap bersama dengan beg sekolahnya sedang berdiri di hadapan tangga rumah aku sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar.

''Waalaikumusalam... Ha Aizat, sorry lah aku tak pergi sekolah tadi sebab aku terbangun lambat. Lupa nak set alarm kat dalam handphone aku.'' Kata aku kepadanya sambil menggaru kepala di belakang.

''Ah tak apalah, aku pun selalu juga jadi macam tu. Hahahaha... Eh Isa, hari ni jom ikut aku kejap.'' Balas Aizat sambil ketawa lalu mengajak aku untuk pergi mengikutinya.

''Ha? Nak pergi mana?'' Soal aku kepadanya.

''Pergi melawat Aisyah dekat hospital. Sekarang ni dia dah sedar dah. Pak Bilal yang kata kat aku tadi. Katanya Aisyah nak jumpa dengan kita berdua hari ni.'' Balas Aizat dengan nada yang tenang dan lancar.

''Ouh... Kalau macam tu, tunggu kejap eh... Bagi aku masa 5 minit, aku nak pergi bersiap kejap.'' Kata aku dengan nada separa tergesa-gesa.

''Ah... Aku bagi 10 minit sebab aku pun nak pergi bersiap juga ni. Nanti lepas aku dah bersiap, aku datang rumah kau bawa motor eh. Gerak luu...'' Balas Aizat dengan nada selamba lalu terus berlalu pergi.

''Okey!'' Balas aku dengan ringkas lalu terus bergegas mengambil tuala mandi dan kemudian terus pergi mandi dan bersiap.
______________________________________

[10 minit kemudian]

Setelah 10 minit berlalu, kami berdua telahpun selesai bersiap dengan berpakaian kemas lalu terus bergerak menuju ke hospital dengan menaiki motorsikal milik Aizat itu.

Semasa di dalam perjalanan, kami berdua banyak berbual tentang perkembangan di sekolah dan juga tentang perkara-perkara yang lain.

''Wey Isa, kau nak tahu tak? Si Namrul tu kan, dia tak datang sekolah tau tadi. Ramai orang kata, rahang dia patah sebab accident dan hari ni dia kena pergi operate kat hospital lain sebab nak betulkan balik posisi kedudukan rahang dia tu. Katanyalah... Haha teruk juga eh kesan kau tumbuk dia semalam tu.'' Kata Aizat panjang dengan nada sinis sambil fokus membawa motornya itu.

''Uish! Seriuslah? Teruk betul tu. Kalau nak kata sebab aku tumbuk dia semalam tu, tak ada lah kuat mana pun aku tumbuk dia tu. Aku tumbuk dia tu ala kadar je sebab nak bagi dia pengsan. Tak ada pula sampai nak bagi patah rahang bagai. Lagipun semalam aku tumbuk pipi dia tu, tak ada pun rasa macam tulang pipi dengan tulang rahang dia tu patah. Pelik betul...'' Balas aku panjang lebar dengan rasa pelik.

''Ouh... Kalau macam tu, memang betullah tu dia ada terkena accident semalam tu.'' Kata Aizat dengan nada yang biasa.

''Tapi kalau dia terkena accident, dia terkena accident apa?'' Soal aku kepadanya.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now