+ 10

75 18 17
                                    


BAEKHYUN'S

lepas sahaja sesi persekolahan tamat, aku bergegas keluar dari kelas untuk terus ke rumah, na yunha. agak gementar juga aku sebernanya sekarang ni, tapi tidak mengapa, asalkan aku dapat bertemu dengan si dia!

lokasi rumah yunha yang diberitahu sehun tadi, semuanya sudah aku simpan dalam memori otakku.

betul kata sehun, rumah yunha ni tak adalah jauh sangat, memang dekat sahaja dengan kawasan sekolah. dalam 5 minit hingga 6 minit kemudian, aku sudahpun sampai ke rumahnya.

terus tak senang berdiri aku dibuatnya, tangan ni sudah basah akibat berpeluh, jantung ini pula dari tadi tidak berhenti berdegup laju. sedangkan aku bukannya berlari pun datang kesini, apalah.

tanpa berlengah, pintu rumah yunha aku ketuk dengan penuh debar.

lalu pintu rumah pun terbuka, dan terpampanglah wajah yunha yang comel yang sedang mengenakan—

pijamas berwarna pink.

ah tidak yunha, jangan seksa aku begini please? kau terlalu comel, aku tak mampu nak menghadapnya ~

" b-baekhyun .. " ucapnya perlahan, dengan wajah yang agak terkejut dipamerkan. baru sahaja dia hendak masuk semula kedalam rumah, tangan aku lebih pantas memegang lengannya.

terus langkahnya terhenti, dia melepaskan keluhan .

" tunggu! " kata aku perlahan.

dia hanya mengikut arahan aku.

muka dia sekarang ini seperti menahan diri dari menangis pun ada. dear, janganlah kau takut, aku baik orangnya .

" awak na yunha kan? hehe " aku tanya sambil berikan senyuman yang paling manis di dalam alam semesta ini.

dia hanya mengangguk perlahan.

" awak yang hantar sticky notes comel tu kan? " tanya aku lagi.

kali ni dia tidak mengangguk, malah menggeleng. matanya pula dari tadi tidak bertembung langsung dengan mata aku, dia malu mungkin?

ah, takkanlah aku salah orang pula ini?

" awak jangan tipulah, saya ada bukti tau ~ " kata aku lalu menghadiahkan satu smirk buat dia.

aku keluarkan sticky notes yang ada di dalam beg aku.

" 'nyh' ni na yunha kan! ha na yunha tu awaklah kan? " aku pamerkan senyum kambing.

dia mengangguk pasrah, rahsia anda sudah terbongkar na yunha! bijak bukan seorang byun baekhyun ini?

dia langsung tak mahu pandang aku sekarang ni.

" yunha awak tau tak? sticky notes yang awak bagi dekat saya tu comel sangat, saya terhibur—

" dengan setiap hadiah yang awak bagi lagi, macam roti bun, scarf, bekal and more lah, saya suka ~

" awak lain tau dengan peminat saya yang lain. mereka lebih suka tarik perhatian saya dengan cara yang awak tahu? jerit-jerit nama saya dekat luar kelas & lain-lain lah .. tapi awak lain yunha, awak buat saya tertarik .. dengan cara bagi sticky notes yang comel n—

" saya rasa awak comel sangat. saya tak tipu .. "

dia hanya mendengar luahan aku. reaksi dia pun aku tidak dapat nak tafsirkan. malu, sedih, terharu? aku pun tak tahu.

" and yang penting na yunha—

aku sambung lagi ayat aku yang tergantung. anak mata coklat nya aku pandang dalam.

" saya suka awak "

terus memerah wajah gadis molek ini . aku pun terikut sama, ah manakan tidak aku baru sahaja confess ni. malulah!

" awak su-ka saya baekhyun? "
tanya yunha.

makin laju hearbeat aku dibuatnya lepas dengar suara lunaknya, ini baru kali pertama aku dengar suara dia. kena sangat lah suara dia dengan mukanya yang comel itu.

aku tergelak kecil sebelum menjawab soalan dia tadi.

" ye saya suka awak, jadi— sudi tak awak jadi girlfriend saya? "

mukanya yang tadi sudah sedia merah , bertambah merah lagi bila aku berkata begitu.

" saya sudi! " sambut yunha .

" yeayyy!! " aku bersorak kecil .

" baekhyun, boleh saya cakap sesuatu? "

" yes princess, of course you may .. what's it? "

" hehe i love you! " kata yunha.

aku tergelak kecil, " mwah i loveeeeee you moreeee na yunha! " kata aku lagi sebelum menghadiahkan satu ciuman di pipi gebunya.

yunha hanya tergelak kecil menahan geli yang dirasa. comel!

" awak ni baek belum apa-apa dah kiss tau hshs saya malu la macam ni "

" HAHAHAHAHAHA "

𝘁𝗵𝗲 𝗲𝗻𝗱 ✰

loveletters. ©Where stories live. Discover now