+ 7

60 17 4
                                    


BAEKHYUN'S

kelas seterusnya dimulakan setelah miss song masuk kedalam kelas. aku sangkakan yang perempuan itu akan masuk, tapi kelibat dia pun aku tak nampak. dia pergi kemana agaknya?

mesti dia dah malu dengan aku, kalau begini lagi susahlah aku nak jumpa dia.

aku perhatikan sekeliling kelas untuk mencari tempat duduk yang kosong, kalau tempat duduk itu kosong bermaksud itulah tempat duduk perempuan itu.

YES! aku dah jumpa, agak terkejut aku mulanya sebab— tidak tahu pula aku tempat duduk dia sedekat ini dengan aku. mungkin sebab itulah dia dapat baling kertas tepat kena kepala aku.

tiba-tiba aku rasa menyesal dan agak bersalah. itulah kau baekhyun, tak mahu ambil tahu pasal rakan sekelas, sampaikan nama mereka pun ada yang kau tak tahu langsung.

" BYUN BAEKHYUN! " jerit miss song yang sedang mengajar dihadapan. terus aku tersedar dari lamunan.

semua mata-mata di dalam kelas ini memandang aku. aku tertunduk malu.

" err y-ya miss? "

" awak dengar tak apa yang saya terangkan dekat depan ni! " aduh seramlah aku dengan miss song ni, macam manalah dia nampak yang aku ni sedang tak fokus.

" dengar miss! "

" BAGUS! nasib baik, kalau lagi sekali saya nampak awak termenung, siap awak! "aku hanya mengangguk faham akan kata-kata miss song.


baguslah! waktu persekolahan sudah pun tamat, aku tunggu rakan-rakan yang lain keluar dari kelas terlebih dahulu. selepas sudah pastikan yang tiada sesiapa berada didalam kelas, aku pun bergegas bangun dari tempat dudukku lalu pergi ke tempat duduk perempuan itu.


aku belek buku-buku yang ada di atas meja dia.

'na yunha' nama yang ditulis di atas buku kerjanya. aku meangguk kepala beberapa kal.

" owh .. na yunha rupanya hehe aku dah tahu pun nama kau " kata aku sambil tersengih.

aku kemaskan buku-buku yang berselerak di atas mejanya lalu dimasukkan ke dalam begnya dengan pantas, takut-takut dia masuk kelas pulak kan—

aku menekup kedua-dua belah pipiku . ah tidak aku malulah! aku pun terus keluar dari kelas, bye yunha esok kita jumpa okay?

𝘁𝗯𝗰✰

loveletters. ©Where stories live. Discover now