+ 4

69 17 28
                                    


BAEKHYUN'S

semua pelajar berdiri untuk memberi ucapan selamat pagi kepada cikgu lee yang baru sahaja masuk kedalam kelas.

aku pandang muka cikgu lee lama, sedang berfikir.

" harini ada kelas seni ke? " gumamku perlahan, aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

" omg, sahlah memang ada kelas seni hari ini .. " ujarku perlahan.

" okay class, boleh bawa keluar barang-barang lukisan kamu dan terus buat kerja kamu ya? " dengar sahaja kata-kata cikgu lee, aku mula jadi tidak keruan.

aku pandang kiri dan kanan, melihat rakan-rakan aku yang lain yang sudah pun siap sedia keluarkan alatan melukis mereka.

tinggal aku sahaja yang sedang terpinga-pinga, memikir apa yang harus dilakukan.

" byun baekhyun paboya! " kataku sendiri.

apa yang aku patut buat ni? perlukah aku minta ia kepada rakan-rakan yang lain? tapi, nampak seperti mereka bawa untuk diri mereka sendiri sahaja ..

PAP!

tiba-tiba ada satu gumpalan kertas hinggap di kepala aku, aku mendengus geram. siapalah yang berani baling kertas dekat kepala aku ni? nasiblah yang dibaling itu kertas kalau batu, tak tahulah.

aku berdecit perlahan sebelum mengambil gumpalan kertas yang sudah pun terjatuh di lantai,

" ish! siapa yang baling ni "

terus aku toleh ke belakang, dimana arah kertas itu dibaling. dibelakang meja aku ada budak lelaki, dan belakang meja budak lelaki itu, ada lagi seorang budak lelaki. manakala dibelakang meja budak lelaki itu ada budak perempuan.

sama ada mereka bertiga yang baling kertas ini, tapi— mereka bertiga nampak tekun sahaja melukis.

" pelik " gumamku.

apa-apa sahajalah. terus aku buka gumpalan kertas tersebut.


❝ hi? kenapa tu baek? awak takade berus lukisan ke? hahaha takpe, saya ada bawa lebih. cuba tengok bawah meja awak ada apa kat situ, hehe thank me later ^^ ❞ nyh ♡

aku berfikir sejenak. wah ini sticky note yang selalu aku terima itu kan? jadi mesti lah budak perempuan kan yang baling?

aku toleh kebelakang semula, aku pandang budak perempuan tersebut. nama dia pun aku tak tahu.  jangan lah terkejut, kebanyakkan budak-budak di dalam kelas ini, memang aku tak kenal pun. jangan tanyalah, jumlah murid di kelas ini sahaja sudah mencecah 45 orang, memang tidaklah aku nak ingat semua nama mereka.

tapi tak mungkinlah dia yang baling sebab dia pun sama seperti tadi juga, sedang khyusuk melukis seperti rakan-rakan aku yang lain.

pelik. siapa yang baling ye sebernanya? ah lantaklah.

aku tengok bawah meja aku, seperti yang diarahkan oleh pengirim kertas ini.

wah, terbeliak biji mata aku dibuatnya, bukan biasa-biasa si penghantar sticky note ini. ada berus lukisan— Ini untuk aku bukan? aku menghela nafas lega, haih nasiblah ada kau wahai ' secret admirer '

lalu aku pun mengambil berus lukisan yang diletakkan di bawah meja aku. aku pun tak tahu sejak bila berus lukisan ini berada di bawah meja aku.

aku pun mula melukis.

YUNHA'S

terus baekhyun ambil berus lukisan itu, aku nampak dia senyum sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya, comel! hehe mungkin lega bila dapat berus lukisan itu.

dia seronok, aku lagi seronok. suka betul aku tengok dia senyum. kacak sangat!

ah tapi kenapa aku dapat rasakan yang dia sudah tahu, yang aku ialah penghantar sticky-sticky notes itu.

manakan tidak, memang sah-sah aku yang baling, hanya aku sahaja pelajar perempuan yang duduk didalam barisan meja yang sama dengan baekhyun.

nasiblah aku pandai cover  muka ini, memang gelabah aku dibuatnya. ah habislah aku kalau baekhyun dah tahu, malu yang berat hendak ditanggunglah jawabnya!

𝘁𝗯𝗰

loveletters. ©Where stories live. Discover now