+ 6

72 18 25
                                    


BAEKHYUN'S

aku byun baekhyun, sudah pun tekad! untuk mencari siapa gerangan manusia yang selalu hantar sticky notes comel itu dekat aku ><

tunggulah kau perempuan comel, tak kiralah apa pun, aku tetap akan cari kau sampa ke lubang cacing!

aku berfikir sejenak, tanganku ditongkatkan kedagu. siapa sebernanya orang yang hantar sticky notes itu ya?

aku mengambil semua sticky notes yang aku simpan didalam beg sekolah ku. aku memerhatikan sticky notes itu satu-persatu mungkin ada benda yang aku boleh jadikan sebagai klu untuk menjejak si dia? tetapi- apa ya?

' nyh ♡ '

wah ini mungkin satu klu. apa itu ' nyh ♡ ' ? ah mungkin nama si pengirim? ah tetapi apa maksud disebalik perkataan nyh itu?

takkanlah aku nak cari dia di satu sekolah? kalau begitulah, memang susahlah aku nak jumpa dia.

tiba-tiba aku teringatkan akan satu perkara. ya! berus lukisan!

aku bertepuk tangan sendiri, bangga dengan otak aku yang bernas ini.

memang tepat sekali, pengirim ini hanyalah rakan sekelas aku. manakan tidak? macam mana dia boleh tahu yang aku tak bawak berus lukisan aku! memang dekat sangatlah kedudukan aku dengan dia selama ini .. cuma aku sahaja yang tidak perasan.

wah baguslah itu, tak perlulah aku cari dia satu sekolah.

tapi macam mana aku nak tahu yang dia itu siapa? nama budak-budak di dalam kelas itu pun aku tidak tahu.

" ah tak mengapa, aku boleh guna cara lain " ujarku perlahan lalu smirk terukir dibibir. tunggu ya wahai pengirim sticky notes comel!

kringgg-

loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba pun tiba. semua pelajar di dalam kelas berpusu-pusu keluar hendak ke kantin, sekali tengok sudah seperti orang tak makan setahun!

sementara aku pula hanya duduk didalam kelas, ya aku decide untuk tak keluar ke kantin harini. sebab, inilah masa yang sesuai untuk aku jalankan misi aku untuk jejak si pengirim sticky notes itu.

aku sudah dapat agak dari awal lagi. kalau aku keluar, mesti si ' dia ' akan masuk dan letakkan sticky note di dalam pencil case aku.

tetapi itulah pelik juga aku sekarang ini, tiada siapa pun yang ada dekat dalam kelas ini. entah-entah si dia pun pergi ke kantin?

ah tak mengapalah, aku yakin yang dia akan masuk juga kedalam kelas untuk letakkan sticky note.

" baik aku cepat! " terus aku bangun dari tempat duduk dan menyorok dimeja belakang sekali yang sebaris dengan meja aku. aku pun tak tahu ini meja siapa . tetapi beg dia ni berwarna pink, mungkin tempat duduk pelajar perempuan?

hampir 7 minit juga aku duduk bercangkung di bawah meja ini, memang berpeluh lah jawabnya. tapi tidak mengapa, asalkan aku jumpa si dia.

dan tiba-tiba aku nampak ada seorang pelajar perempuan masuk ke kelas menggunakan pintu hadapan, terus dia pergi kearah meja aku dan duduk disitu.

nampak seperti dia sedang menulis sesuatu, mungkin tulis sticky note untuk diletakkan di dalam pencil case aku?

sudah sahlah, tidak lain tidak bukan memang dialah si penghantar sticky notes itu. tetapi masalahnya sekarang ini, aku langusng tak nampak muka dia memandangkan dia sedang menghadap kehadapan ketika ini.


aku rasa ini lah masa yang sesuai untuk aku tahu kebenaran, aku kena cepat sebelum dia tinggalkan kelas!

berdebar juga aku sekarang ini tapi tak mengapa, aku okay.

" huh. " aku menghela nafas untuk mengumpul keberanian.

si pengirim sticky notes comel, here i come!

1!
2!
3!

" WOI KAU SIAPA HUH? " jerit aku kuat. terus perempuan itu terkejut dan toleh kebelakang, lagi terkejut muka dia bila di nampak aku.

baru sahja aku nak kejar dia, dia lebih pantas melarikan diri. aku nak pergi kejar tapi-

yah, kenapalah aku pergi terjah dia macam tu? aish memang dia akan larilah, baekhyun neomu paboya! lagi susahlah kau nak cari dia lepasni.

kringgggggg-

ah tidak! waktu rehat sudah pun tamat . aku pun terduduk pasrah disitu sebab tak dapat nak kejar dia .



YUNHA'S

masa aku hendak letakkan sticky note kedalam beg baekhyun tiba-tiba ada orang menjerit dari arah belakang. sumpah hampir berderai jantung aku, memang terkejut lah! sebeb sebelum aku masuk ke kelas, aku sudah pastikan tiada siapa pun yang berada didalam kelas.

tetapi yang lebih mengejutkan aku sekarang ini ialah bila aku toleh sahaja kebelakang dan- dang! orang yang terkejutkan aku tadi ialah byun baekhyun!

yah byun baekhyun! hanya tuhan sahaja tahu betapa takutnya aku ketika ini.

habislah rahsia aku sudah pun terbongkar dihadapan dirinya sendiri, ah mana aku nak sorok muka ni? terus aku lari pecut ke tandas, loceng waktu rehat yang berdering aku hiraukan.

aku memang tak akan masuk kelas biarlah aku dituduh ponteng kelas sekali pun asalkan aku dapat elakkan diri dari baekhyun.

sesampai sahaja aku ditandas, aku terus menangis kuat. aku ketuk kepala aku kuat berkali-kali.

" paboyaaa na yunha! kau bodoh, kau bodoh hiks hiks! " aku menangis
teresak-esak seorang diri di dalam tandas. mujurlah tiada sesiapa di dalam ini.

sumpah aku tak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang ini. ah sampai bilalah agaknya aku perlu sorok muka dari baekhyun ini!

jadi aku terpaksalah aku tunggu didalam tandas ini sehinggalah waktu persekolahan tamat, barulah aku boleh ambil barang-barang yang aku tinggalkan didalam kelas.

𝘁𝗯𝗰✰

loveletters. ©Where stories live. Discover now