Keluhan Ace semakin menjadi-jadi. Mungkin terasa bodoh dengan diri sendiri. Sudah beberapa kali ruangan kosong kertas jawapan peperiksaan itu diconteng, kemudian memadamkannya apabila terasa yang jawapannya itu salah. Dia sendiri tidak yakin dengan jawapannya. Tiada langsung idea di kepalanya sekarang. Adakalanya dia termenung memikirkan jalan penyelesaian soalan tersebut walaupun tahu jalan mati yang dia dapat. Setidaknya, dia mencuba daripada tidak berbuat apa.
"Ace! Jawapan nombor lima belas apa?" Kedengaran suara berbisik memanggilnya. Seperti biasa, lumrah seorang pelajar yang akan meminta-minta jawapan daripada rakan tatkala buntu akal. Amirul bertanya kepada Ace dalam nada yang berbisik.
Sejak sekolah rendah lagi , Ace memang terkenal dengan sikap pemurahnya memberi jawapan dalam peperiksaan. Sampai sekarang, sudah berada ditingkatan enam atas pun masih berkeadaan yang sama. Tiada apa pun yang berubah. Bukan tiada pelajar yang lebih pintar darinya, ada . Namun tiada yang pemurah jawapan seperti Ace.
"Aku tak tahu. Tanya Muhkriz!" Ace memuncungkan bibirnya ke arah duduknya seorang lelaki yang khusyuk menekan-nekan kalkulator. Sesekali dahinya berkerut.
Aidil Muhkriz. Seorang yang genius dalam mata pelajaran matematik. Tiap kali Ace menghadapi kesukaran untuk setiap satu penyelesaian matematik, lelaki itulah yang sering dicarinya.
"Masa tinggal lagi 5 minit!" Kedengaran guru yang menjaga dewan peperiksaan itu mengumumkan . Perasaan gementar makin menyelubungi pelajar tingkatan enam di dalam dewan itu.
"Mak ai ! Aku baru bukak kertas, dah nak habis masa ? Bapak cepat masa jalan." Nik Hafiz membebel-bebel kepada dirinya sendiri. Dikerahkan juga pandangannya ke kiri dan kanan melihat jawapan sekelasnya. Untung-untung dia dapat, yang tak dapat itulah pasrah sahaja mampu dilakukannya.
Kalut mereka menjawab kertas soalan itu . Mengejar masa! Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, mereka menconteng-conteng kertas tersebut dan langsung tidak mempedulikan sama ada ianya betul ataupun sebaliknya. Bagi mereka, asalkan kertas tidak ditinggalkan suci tanpa dinodai pensel. Salah betul,belakang cerita.
"Berhenti menulis! Letakkan kertas soalan di bucu meja kanan pelajar. Yang paling akhir, bangun dan kutip." Arah cikgu Mizan Fatma dengan tegas. Meskipun tegas, masih ada terselit kelembutannya. Kalau dah nama perempuan, sifat lembut tidak lari daripada mereka.
Seperti yang diarahkan, pelajar yang berada paling akhir bangun mengutip soalan yang telah diletakkan di bucu kanan meja. Namun ada juga pelajar yang degil mahu meneruskan contengan membuatkan pelajar yang memungut kertas peperiksaan terpaksa menunggu.
Selesai sahaja kertas diserahkan, mereka semua dibenarkan kembali ke kelas masing-masing memandangkan matematik adalah subjek terakhir mereka untuk peperiksaan permulaan tahun.
Lama Ace duduk di tempat duduknya sambil melayan fikiran. Setelah mengingati soalan dan jawapan yang dijawabnya tadi, dia segera menulis jawapan tersebut di atas salah satu keping kertas berukuran A4. Mulutnya terkumat-kamit mengira setiap nombor yang tertera biarpun tunggang-langgang.
"Ah! Aku salah jawab lagi!" Rungut Ace dengan muka ketatnya.
"Hoi! Kau kenapa pendek?" Muncul Muhkriz duduk di kerusi bertentangan dengannya.
"Matematik susah la ! Aku salah jawapan tadi!"
Kertas di hadapan, dia putarkan menghadap ke arahnya. Sekali pandang, dia sudah pun mengetahui soalan itu.
"Rileks lah! Satu subjek je tu! Yang lain kau boleh score punya !" Seakan-akan memujuk rakan baiknya itu. Mereka berdua memang rapat sejak kecil lagi oleh kerana Ace selalu mengunjungi rumah neneknya yang hanya berselang beberapa buah rumah sahaja dari rumah Muhkriz. Keakraban mereka yang sering disalah ertikan oleh rakan-rakan.
