Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab

Start from the beginning
                                    

''Cikgu nak bincang pasal apa?'' Tanya aku dengan nada yang mendatar.

''Kamu dah tahu apa aktiviti kita kat dalam kelab ni?'' Cikgu Sulaiman menyoal balik dengan nada serius. Aku tergamam seketika. Sebenarnya daripada awal tadi lagi memang aku nak tanyakan tentang perkara tu dekat Cikgu Sulaiman. Tapi belum sempat aku nak tanya dia, dia dah tanya dekat aku dulu. Hebat cikgu ni, macam ahli psikik.

''Belum cikgu, saya tak tahu lagi pasal tu.'' Balas aku dengan gelengan kepala. Aku mula rasa pelik. Kalau nak diikutkan, aku boleh je baca minda Cikgu Sulaiman ni supaya aku boleh tahu apakah aktiviti-aktiviti yang ada kat dalam kelab ni tapi setiap kali kalau aku masuk bilik kelab ni, deria Kasyaf aku ni seolah-olah... Tertutup. Adakah... Kat dalam bilik kelab ni ada azimat yang mampu menutup deria aku? Ataupun sebab perkara yang lain?

''Baiklah, kalau macam tu... Cikgu akan bagitahu dekat kamu tentang semua yang kamu perlu tahu pasal kelab ni.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil bangkit dari tempat duduknya lalu dia pergi ke arah satu rak almari dan kemudian dia mengambil satu buku tebal yang kulitnya berwarna hitam. Dia kembali semula ke tempat duduknya asal lalu menyerahkan buku tersebut kepada aku.

''Ini adalah buku journal saya, salah satu harta khazanah yang terpaling penting dekat dalam kelab ni. Dulu saya ada banyak belajar pasal bab-bab alam ghaib ni semasa saya belajar kat Mesir dulu dan segala catatan tentang alam ghaib yang saya dah kaji, semuanya dah tertulis kat dalam buku ni. Ambillah, anggaplah buku ni sebagai 'buku teks' untuk sumber ilmu kamu dekat dalam kelab ni.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Aku mengambil buku tersebut lalu menyelak sedikit halaman-halaman yang di dalamnya. Terdapt banyak catatan dan karangan panjang yang ditulis dalam tulisan rumi dan juga tulisan jawi dan ada juga beberapa lukisan misteri seperti bentuk rupa syaitan, lambang, logo, ataupun simbol yang berkaitan dengan syaitan.

''Saya boleh bawa balik ke buku ni?'' Tanya aku meminta kepastian.

''Mestilah... Lagipun cikgu serahkan buku ni dekat kamu untuk dijadikan bahan rujukan sekiranya kamu ada pertanyaan ataupun persoalan yang masih belum terjawab tentang ilmu alam ghaib, kamu boleh rujuk kat dalam buku tu. Dan lagi satu, kamu boleh ambil terus buku tu.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Eh... Kenapa pula?'' Tanya aku lagi dengan nada yang terkejut.

''Sebab kamu adalah pelajar dan ahli yang pertama kat dalam kelab ni, jadi cikgu nak jadikan kamu sebagai ketua kelab dan pewaris buku journal cikgu ni supaya kamu dapat teruskan kajian cikgu yang seterusnya...'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Kajian cikgu yang seterusnya? Ada lagi ke kajian cikgu yang tak lengkap dekat dalam buku ni?'' Tanya aku dengan rasa pelik.

''Ya, ada lagi satu kajian cikgu yang masih lagi belum lengkap sampailah sekarang sebab ianya adalah satu perkara yang susah untuk ditemui.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang lancar.

''Kajian tentang apa tu?'' Tanya aku dengan ringkas.

''Kajian tentang orang yang ada kelebihan Kasyaf.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada mendatar. Buat kali keduanya, aku tergamam seketika. Jawapan yang diberikan oleh Cikgu Sulaiman itu betul-betul membuatkan aku terkejut. Mengapa dia nak kaji tentang orang yang ada kelebihan macam aku ni?

''Orang yang ada kelebihan Kasyaf? Apa tu cikgu?'' Tanya aku dengan nada yang berpura-pura innocent.

''Itu lah yang cikgu tertanya-tanya sampai sekarang ni... Orang Kasyaf ni orang yang macam mana? Cikgu dari dulu lagi dah kaji benda ni sampailah cikgu dah habis belajar, tapi cikgu masih lagi tak jumpa sebarang petunjuk ataupun bukti yang kukuh. Bila cikgu balik je ke Malaysia, cikgu cuba nak teruskan kajian cikgu ni tapi nampaknya usaha cikgu gagal dan akhirnya cikgu terus mengalah dan berhenti untuk meneruskan kajian tentang orang yang ada kelebihan istimewa ni.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Aku mendiamkan diri seketika lalu menatap buku tebal yang berwarna hitam tersebut. Seandainya buku ini ada 'nama', sudah pasti ramai ahli teori konspirasi ataupun ahli nujum akan cuba untuk merampas buku ni dan menggunakannya untuk tujuan yang buruk.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now