Chapter 10 - Scarlet and Magic

Start bij het begin
                                    

"Kalau nak lebih tepat, saya sebenarnya anak angkat je."

"Ah." Scarlet sedar dia bertanya soalan yang patut ditanya. Dia meminta maaf pada Lillian.

"Scarlet pula? Berapa umur awak?" Tanya Lillian.

"Saya baru masuk 17 tahun."

"Ah- Jadi masih budak mentah." Kata-kata Trystan membuatkan Scarlet membungkam mulutnya kuat-kuat. Memandangkan Scarlet dah tau umur 'sebenar' Trystan, dia mula kekok.

"Jadi, anak muda. Kau kenalah hormat orang tua ni dan dengar cakap dia kan?" Kata Trystan.

"................." Scarlet mengelak untuk melihat tepat ke mata Trystan.

"Belajar je magik, Scarlet. Itu semua untuk kebaikan kau jugak." Kata Ashley sambil menggigit biskut diatas meja.

"..................... Ok.." Scarlet mengalah.

Trystan bangga dapat memenangi perbalahan mereka.

"Ok.. Ashley, pergi ajar dia." Trystan bangun dari duduknya.

"Ok." Jawab Ashley dengan yakin.

"....................."

"Eh jap?!! Eh?! Kenapa aku?!!" Ashley terus mendekati Trystan yang menjauhi diri.

"Dah tu sape lagi? Aku sibuk."

"Sibuk apanya. Kau cuma duduk dalam menara ni je."

"Itu apa yang kau nampak. Aku sibuk cari maklumat lama yang ada kaitan dengan situasi Scarlet."

"Lillian tak boleh ke?"

"Dia kena tolong aku."

"Tapi kau yang paling pandai dalam bab magik ni."

"$$++$;&!*#+%/_¢÷<|¶'=×£°|"

Scarlet dan Lillian hanya melihat perbalahan antara dua lelaki dewasa itu tanpa berkata apa-apa.

'Macam budak-budak' fikir Scarlet.
_______________

"AHHHHHH!!" Ashley masih merungut sambil mencangkung.

Sekarang mereka berdua berada dipadang rumput yang terletak dibelakang menara setelah dihalau secara paksa oleh Trystan.

Scarlet hanya melihat Ashley yang sedang merungut sambil menumbuk-numbuk tanah.

"Bukan ke kau sokong Trystan suruh aku belajar magik?"

"Memanglah! Tapi tanggungjawab untuk mengajar tu terlalu berat untuk aku." Katanya tanpa berhenti merungut.

Scarlet berdiam melihat perangai Ashley yang tak matang. Dengan wajah biasanya, dia membuka mulut...

"Lambat mula, lambat nak selesai."

Ashley terdiam. Dia terus berdiri tegak dan membetulkan postur badannya. Dia juga membetulkan posisi pedang yang disangkutkan ditali pinggangnya.

"Duduk." Arah Ashley kepada Scarlet. Scarlet hanya patuh.

"Pertama sekali kau kena tenangkan fikiran kau lepastu rasakan kehadiran magik disekitar kau." Ashley memberi arahan seperti orang yang mahir.

"Macam mana nak 'rasa' kehadiran magik tu?"

"Ah.... Yang tu.." Dia kembali bingung. Dia memegang dagunya dan mula berfikir panjang.

'Ahh~ aku tak pernah ajar orang pasal magik.'

"..................." Scarlet hanya menunggu dan menunggu. Dan menunggu...

"Ah! Dia macam rasakan kehadiran angin." Lampu diatas kepala Ashley menyala.

"Angin?"

"Ye. Macam angin lembut. Susah nak rasa kalau kita banyak bergerak. Tapi kalau kita tenang, angin tu dapat kita rasakan walaupun kecik.

Sebab kat dunia ni, udara pun ada magik walaupun sekecik benih, jadi mungkin kau dapat rasa kalau kau tenang."

Scarlet faham dan tidak faham dengan ajaran Ashley. Namun dia tetap harus mencuba. Sebab belum cuba belum tahu.

Scarlet menutup mata dan cuba untuk menenangkan fikirannya. Kepalanya cuba dikosongkan supaya dia tidak memikirkan hal-hal tak berguna.

Ashley yang melihat Scarlet mengundur kebelakang supaya sedikit jauh dari Scarlet untuk memberikan ruang untuk.

....

....

2 jam berlalu tapi tiada respon dari Scarlet. Sama ada dia berjaya atau tidak hanya Scarlet sendiri yang tahu.

Ashley dari jauh hanya melihat Scarlet yang tidak bergerak selama 2 jam.

'Tak sakit ke punggung dia?' Tanya si Ashley pada dirinya sendiri.

"Ashley!"

Mendengar namanya dipanggil, Ashley menoleh dan melihat Trystan yang memberi isyarat untuk mendekat.

Ashley pun berjalan kearah Trystan.

Scarlet yang terganggu dengan suara Trystan turut menoleh kearah mereka.

Dia melihat Ashley dan Trystan yang sambil berbual dengan sehelai kertas ditangan Trystan. Riak wajah mereka berdua berubah dan itu membuatkan Scarlet jadi ingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka berdua sehingga wajah mereka berubah suram.

Namun dia cuba untuk membuang rasa itu jauh-jauh dan mula untuk 'rasa'kan kehadiran magik seperti arahan Ashley.

METANOIA [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu