"Sampai."

Scarlet terus menghentikan kakinya dari melangkah. Dia melihat sebuah bangunan tiga tingkat diperbuat dari kayu yang agak besar berbanding rumah-rumah lain. Diatas pintu, terdapat papan tanda bertuliskan 'Astra's Inn'

"Tempat apa ni?" Tanya Scarlet.

"Rumah baru kau." Jawab Ashley sambil membuka pintu kayu dihadapannya.

Bunyi loceng berbunyi apabila pintu yang dibuka melanggar loceng kecil. Seketika Scarlet mendengar riuh rendah orang-orang yang sedang berbual sambil makan dan minum.

'Restoran?'

Mereka berdua berjalan mendekati kaunter. Dibelakang kaunter itu terdapat pula seorang lelaki berambut coklat sedang melakukan kerja.

"Hey, Dave."

Lelaki yang dipanggil Dave oleh Ashley itu mendongakkan kepalanya.

"Hey Ash. Hm? Sape tu? Kekasih baru?" Usik si Dave dengan senyuman melihat Scarlet dibelakang Ashley.

"Mende kau ni. Aku tak pernah ada kekasih pun." Ashley duduk diatas kerusi dihadapan kaunter. Dia juga mengajak Scarlet untuk duduk.

"Sape tau. Kau kan terkenal kat kota ni." Ashley dan Dave saling ketawa.

"Ni kawan baru aku. Nama dia Scarlet Aslan. Scarlet, yang ni pemilik tempat ni." Ashley saling mengenalkan mereka berdua.

"Davean Astra. Panggil je aku Dave." Dave menghulurkan tangan untuk bersalaman dan dibalas oleh Scarlet

"Scarlet."

"Bilik sebelah bilik aku masih kosong kan? Sewakan untuk dia." Tanya Ashley kepada Dave.

"Kosong je. Bila nak pindah masuk?"

"Hari ni."

"Hari ni? Cepatnya. Barang-barang dia dah sediakan ke?"

"Dia takde barang apa-apa pun. Yang kau nampak dia sekarang ni je apa yang dia ada."

"Eh, seriuslah?!!"

Dave melihat Scarlet dari atas kebawah. Tatapan yang diberikan oleh Dave termasuklah rasa kasihan. Scarlet hanya diam dilihat sedemikian.

"Ok lah. Nah kuncinya. Bayarannya nanti-nanti lah." Dave memberikan sebuah kunci yang baru diambilnya kepada Ashley.

"Okkai~~" Ashley mengajak Scarlet setelah menerima kunci dari Dave.

Mereka berdua menaiki tangga untuk ketingkat dua. Disana Scarlet melihat 3 buah bilik.

"Ni bilik kau. Sebelah tu bilik aku." Ashley menunjuk bilik yang berada tidak jauh dari biliknya.

"Lagi satu bilik tu?" tanya Scarlet.

"Kosong"

"Oh."

Ashley menggunakan kunci dari Dave dan membuka pintu bilik yang akan didiami oleh Scarlet.

Didalamnya, hanya sebuah bilik kecil dengan sebuah katil dan almari kecil. Terdapat juga satu set meja dan kerusi kecil didalam.

"Maaflah, bilik ni tak seberapa. Tapi ni antara bilik paling murah yang ada kat kota ni." Ujar Ashley.

"Tak apa. Saya tak boleh nak memilih dalam situasi saya sekarang." Jawab Scarlet sambil mendekati katil.

Bersih. Katil itu tidak mempunyai sebutir habuk pun. Scarlet melihat sekitarnya. Bahkan tiada setitik debu pun yang dilihat

"Dave selalu bersihkan bilik-bilik kosong dia setiap minggu. Tapi lepasni, tanggungjawab kau sendiri untuk bersihkan."

Scarlet menjawab dengan anggukan.

"Kalau ada apa-apa masalah cari je aku kat sebelah."

"Okay." Jawab Scarlet perlahan. Ashley melihat wajah Scarlet yang tak berubah langsung ekspresinya.

Tiba-tiba tangan kanan Ashley memeluk pinggang Scarlet dan membuatkan Scarlet memandang wajah Ashley.

"Ke.... kau nak sebilik dengan aku?" Usik Ashley.

PANG

Tangan kanan Scarlet terus menampar pipi Ashley membuatkan Ashley terduduk sambil memegang pipi kirinya yang berbekas.

"Aku gurau je" ~T_T~

"Perlu ke gurauan kau tu termasuk pegang-pegang aku?" Scarlet membuang jauh-jauh formaliti dia.

"Muka kau serius sangat jadi aku ingatkan nak buat kau senyum sikit. Maaf sebab melebih."

"........" Scarlet tidak berkata apa-apa.

"Senyum aku dah lama hilang." Dia hanya berbisik kepada dirinya manakala Ashley hanya melihat Scarlet tanpa berkata apa-apa kerana tak mendengar apa yang dikatakan Scarlet.

Ashley bangun dari duduknya.

"Masalah bilik dah selesai. Sekarang tinggal beli pakaian untuk kau."

"Hm? Baju aku ni...?" Scarlet melihat pakaian dibadannya.

"Skirt yang kau pakai tu Lillian punya. Baju tu pulak aku punya."

"Baju kau?" Scarlet melihat-lihat baju dibadannya. Padanlah baju itu besar dibadan Scarlet.

"Lillian risau badan kau masih sakit jadi dia nak kau pakai yang selesa."

"Oh. Tapi, ada duit ke nak beli baju baru?" Tanya Scarlet.

"Ni ada." Ashley menunjukkan dua anting kecil yang dibuat dari emas. Seketika Scarlet memegang telinganya.

"Ah!! Tu aku punya." Sekali lagi Scarlet cuba mengambil antingnya tapi Ashley menaikkan tangannya tinggi-tinggi.

"Kau ni memang suka ambil barang orang tanpa izin ke?" Marah Scarlet. Tetapi dijawab senyuman oleh Ashley.

"Dengar Scarlet... Kau tak boleh tunjuk kemewahan kau kat sini. Banyak mata tamak yang memandang, jadi kau kena simpan elok-elok."

Ashley mengambil tangan Scarlet dan meletakkan anting kecil itu ditangannya.

"Dah jom. Kali ni je aku belanja." Katanya sambil menggenggam tangan Scarlet, membawanya keluar.

Hari Scarlet dipenuhi dengan berjalan-jalan disekitar kota sambil membeli beberapa keperluan untuk Scarlet. Pada waktu malamnya pula, Scarlet membeli makan malam di kedai Dave dan terus menuju katil barunya.

Hari Scarlet didunia baru akan bermula esok.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now