Tapi Cik Aslan, dalam badan awak, saya tak dapat rasakan ada walau secubit pun."

Ashley mendekatkan wajahnya ke wajah Scarlet. Scarlet yang rasa terganggu terus menampar Ashley.

"Terlalu dekat!" marah Scarlet.

"Maaf." jawab Ashley sambil memegang pipi kirinya yang menyengat.

"Masuk akal juga." Lillian memegang dagunya mula percaya dengan Ashley.

"Persoalan baru, macam mana Cik Aslan dapat 'masuk' ke dunia ni?" Trystan mula membuka suara. Matanya diarahkan ke Scarlet.

"Saya tak tahu apa-apa. Memori terakhir saya cuma, saya jatuh dalam lubang gelap lepastu saya tak sedarkan diri."

"Lubang gelap? Hm.." Trystan bangun dari duduknya dan mula mencari-cari buku di rak bukunya. Manakala si Lillian hanya duduk dengan canggung.

"Cik Aslan.." belum sempat Ashley bertanya, Scarlet menyampuk.

"Panggil je Scarlet. Saya tak selesa dipanggil Aslan." kata Scarlet dengan wajah datar.

"Ehem.. Baiklah, Scarlet. Sekarang ni, awak ada idea 'macam mana' untuk hidup dalam dunia ni?"

"?"

Wajah Scarlet masih datar tapi Ashley dapat meneka bahawa dia sebenarnya sedang keliru.

"Awak beruntung sebab 'saya' yang jumpa awak. Kalau orang lain, mungkin awak akan dianggap satu makhluk asing dan diarahkan untuk dibunuh serta merta.

Jadi, mulai sekarang, macam mana awak nak hidup?"

"Saya.... tak tahu." Scarlet menundukkan kepalanya.

'Aku pun masih susah nak hadam situasi aku sekarang.'

"Kalau macam tu, duduk dengan kitorang." kata Trystan sambil mendekat. Lillian dan Ashley pula tidak berkata apa-apa.

Scarlet yang masih menghadam situasinya agak keliru.

"Dengan awak semua?"

"Ye. Scarlet, awak ni... saya boleh anggap istimewa. Jadi saya nak cari maklumat tentang kenapa dan bagaimana awak boleh ada kat sini.

Dan cara paling berkesan adalah dengan awak duduk dengan kitorang betul tak?

Awak pun tak ada pilihan lain, kan?" kata Trystan dengan senyuman yang ada makna tertentu.

Betul. Semua yang dikatakan Trystan betul. Scarlet yang bukan dari dunia ni boleh berada dalam keadaan bahaya, jadi dia tak ada pilihan lain selain dapatkan perlindungan daripada seseorang.

"Baiklah." Scarlet hanya mampu menundukkan kepalanya dan dijawab dengan senyuman oleh yang lain.

"Ok.. Kalau macam tu kita bincangkan harga." Ashley bersuara.

"Harga apa?" Scarlet melihat Ashley dengan tanda soalan dikepalanya.

"Ye lah.. Tak mungkin lah kau nak perlindungan PERCUMA dari aku, kan?"

"Ah..." Scarlet mula memikirkan cara untuk dia membayar Ashley.

"Aku rasa yang ni je dah cukup." kata Ashley sambil menunjukkan rantai emas dengan loket besar ditangan kirinya.

Melihat rantai ditangan Ashley, Scarlet terus meraba-raba leher dan dadanya. Tak ada.

"Ah, tu rantai saya!" Scarlet melompat untuk mencapai rantai ditangan Ashley. Namun Ashley lebih cepat daripada Scarlet terus memeluk pinggang Scarlet dengan tangan kanannya sambil mengangkat tangan kirinya tinggi-tinggi. Dan akhirnya, badan Scarlet berada diatas badan Ashley.

"Ni bayaran untuk aku yang dah selamatkan kau dan untuk perlindungan dari aku." Ashley memberikan senyuman kepada Scarlet. Mata biru gelapnya memandang tepat mata hitam Scarlet.

"Tapi.. Tu.." Scarlet tak mampu membalas pernyataan dari Ashley kerana dia merasa terhutang budi kepada Ashley.

"Sudah-sudah la tu Ashley. Ada mata lain kat sini." Suara Trystan mengejutkan dua manusia yang sedang berada dalam dunia mereka masing-masing.

Trystan hanya melihat mereka dengan senyuman yang tiada makna sedangkan Lillian disebelahnya menutup wajahnya yang merah. Dengan pantas Scarlet dan Ashley membetulkan posisi duduk mereka.

"Haha.. Um.. Maaf." Ashley tertawa kekok manakala Scarlet hanya berdiam.

"Scarlet, awak masih ada rasa sakit kat mana-mana ke?" Lillian menanyakan keadaan Scarlet dengan suara lembut.

"Tak. Badan saya rasa sihat. Tenaga saya pun dah pulih. Terima kasih" jawapan Scarlet membuatkan Lillian bernafas lega.

"Kalau macam tu, jom Scarlet." Ashley bangun dari duduknya dan mengambil pedang yang berada tidak jauh dari pintu. Pedang itu disarungkan dengan sarung berwarna hitam dihias beberapa permata berwarna biru dan merah.

"Kemana?" Scarlet turut bangun dari duduknya dan mengikuti Ashley dari belakang.

"Jalan-jalan" jawab Ashley.

"?" jawapan pendek dari Ashley membuat Scarlet bingung. Dia menoleh kebelakang dan hanya melihat Trystan yang melambai tangan kearah mereka.

Walaupun masih keliru, Scarlet mengikuti Ashley dari belakang.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now