Jujur, penat. Berkejar dari hospital ke pejabat Khalif, lalu melihat kejadian tak sewajarnya seperti tadi, bahkan dirinya membuang spekulasi yang bermain diminda hanya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan mereka.

Tapi, Khalif?

Hanya bersahaja, hanya dingin, hanya mendatar, hanya memandangnya seperti dirinya sahaja yang bersalah. Tidak pernah Khalif mengajaknya untuk berbincang, bahkan senang sekali lelaki itu menuturkan kata bahawa perkahwinan ini takkan lama.

"Saya penat, sampai sekarang saya cari apa salah saya Khalif. Sampai sekarang saya masih menolak ego untuk memperbaiki hubungan kita." Tas tangan yang disangkut dibahu perlahan-lahan lurut menyentuh permaidani milik Khalif.

Begitu semangatnya, yang terus luruh kerana penat.

Khalif berdiri mendekati Hanum, lalu senyuman sinis terlakar.

"Awak fikir penat awak je Hanum, penat saya? Ada awak fikir ke?!" Entah kenapa dia menjadi begitu marah apabila Hanum cuba meletakkan kesalahan ini terhadapnya seorang.

"Mana janji awak? Bahagiakan saya, mana Khalif? Mana janji nak jaga saya? Mana?!" Matanya yang berair tajam menikam mata Khalif.

Khalif tanpa rasa bersalah menolak Hanum ke belakang dan membuatkan Hanum jatuh terduduk. Kemarahan menghasutnya, kemarahan mengawalnya.

"Khal..lif." Perut yang terasa memulas sebaik sahaja jatuh ditolak suaminya dipegang.

Terasa sesuatu mengalir keluar dari seluarnya, Hanum mengerutkan dahi sambil menahan kesakitan, jangan cakap dia..

Darah yang mengalir disebalik seluar disentuh, matanya sudah merembeskan air mata. Tak, tak..

Tolong, jangan cakap sesuatu telah terjadi pada kandungannya.

Khalif turut terkejut melihat wajah Hanum yang berkerut menahan sakit, sambil seluar wanita itu mula dibasahi dengan darah.

Tanpa membuang masa terus tubuhnya isterinya diangkat.

***

"Paklong."

"Ye?" Mata masih menghadap surat khabar ditangan.

"Apa maksud chupapi munyanyo?"

Seringkali dia melihat video di tiktok atau instagram, akan ada sahaja video yang berbunyi seperti itu.

"Apa? Munyanyok?" Surat khabar ditutup, kini anak sedaranya menjadi tumpuan.

"Chupapi munyanyo, bukan munyanyok. Nyanyok tu paklong." Balas Hasi bersahaja.

"Eh kau, paklong ni muda lagi." Walaupun sudah berumur 30an, tetap dirinya segak dan bergaya seperti abang sado diluar sana.

"Cepatlah paklong, apa maksudnya?"

"Kau google jela, paklong tak tahula menatang apa yang kau cakap."

"Ish, kata je umur 30. Semua benda tak tahu!" Rungut Hadi sambil berlalu ke dapur.

Tekaknya terasa haus, tab sentiasa di tangan dibawa kemana sahaja. Lagaknya seperti orang besar.

"Kau ingat paklong tak dengarlah?!" Laung Harris sebal.

***

"Angkat tak?" Soal isterinya yang sedang menggigit asam jeruk.

"Tak angkatla. Hanum tak beritahu awak ke?"

"Tak, haritu dia ajak. Katanya harini lah majlis sambut harijadi Khalif tu, tapi rumah sunyi, kereta pun takde. Hanum tak cakap pulak cancel ke apa." Wajah suaminya dilihat.

"Erm.. kita balik bersihkan diri dulu lah, nanti abang cuba tanya Kamal ke Zikir. Awak pun cubalah tanya Tiara dengan Misha eh?"

Kereta diundur semula, lalu pacuan empat roda itu mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan milik Khalif dan Hanum.

"Okey." Simbol jari okey ditunjuk kepada suaminya.

Rais hanya menggeleng kepala melihat telatah Aisyah, perut isterinya masih lagi tidak kelihatan tetapi jika disentuh akan terasa sedikit membukit.

***

"Macam mana?" Panik Khalif, tangan dan baju yang terkena darah Hanum masih tidak dicuci.

"Doktor Hanum baik-baik sahaja, cuma tolong pantau dan jaga dia. Saya tak boleh janji Doktor Hanum dan kandungannya akan selamat jika perkara begini berlaku lagi."

Khalif menunduk, rasa bersalah menggunung. Matanya mula berair, doktor didepannya hanya memberi senyuman sebelum beredar.

Air mata yang hampir mengalir disapu, tubuhnya disandarkan pada dinding.

"Saya tak sengaja Hanum." Ucapnya perlahan.

Wajah ditekup dengan tangannya,

"Saya tak sengaja buat awak dengan anak kita sakit Hanum."

Badannya melurut jatuh kebawah,

"Mana janji awak? Bahagiakan saya, mana Khalif? Mana janji nak jaga saya? Mana?!"

Tangisan Khalif semakin lebat apabila mengenangkan kata-kata Hanum, memang dia tak guna. Memang salahnya.

"Saya minta maaf Hanum."

***

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now