ᴜɴ

18 2 9
                                    

Im Seoyul mengemas bukunya dengan kadar perlahan apabila kelas nya telah tamat. kelas agak riuh kerana semua pelajar teruja untuk pulang. senyuman tidak lekang di bibir masing masing.

Ada yang sedang berbual sambil berjalan ke pintu kelas. Tetapi tidak oleh gadis yang bernama Im Seoyul itu.

"Babe , kau balik terus ke?" Bahunya dipeluk erat oleh seorang gadis yang berambut pendek itu. Sudut bibir Seoyul membentuk senyuman manis.

"Tak. Aku nak pergi library dulu." Balas Yerin sambil tangannya sibuk menyimpan buku didalam beg sandang nya.


"Alaaaa, asyik library je. Bosan lah. Jom la study kat taman ke tak pun kat rumah aku! Ha nak tak?" Seoyul menggeleng perlahan. Automatik gadis sebelahnya itu mengeluh manja.


"Alaaaaaa--"


"Kim Taerin, aku tak nak kau kena macam hari tu tau. Kau dah lupa atau kau tak serik serik lagi?"


Pantas Taerin menggeleng laju sambil tangan dia alihkan dari bahu Seoyul.


"Jadi aku nak pegi library. Nak ikut tak?"

Seoyul meninggalkan Taerin yang masih tercegat di mejanya. Selang seminit,


"SEOYUL TUNGGU AKU!"

•🅑︎🅛︎🅘︎🅝︎🅓︎🅜︎🅐︎🅣︎🅔︎•

"Memang best lepak sini sebab sejuk lepastu senyap je tapi kan...." kata kata Taerin yang tergantung membuatkan Seoyul menunggu walaupun kalau dilihat dia seolah olah tidak dengar.

setelah 5 minit berlalu, Seoyul menoleh kepalanya ke kanan. Kelihatan Taerin tersengih membuatkan Seoyul mahu tampar laju laju di wajah tak berapa nak cantik Taerin.

"Sambung lah, tapi apa?" Tanya Seoyul dengan riak wajah geram. Taerin tahu Seoyul tidak suka bila dia buat begitu tapi dia sengaja kerana mahu menarik perhatian Seoyul.

"Tapi kan kat sini tak ada komik! Kot la ada komik kartun ke takpun BL ke--"

Pukk!

"ADUH SAKITLAH! KAU APEHAL?"

Pelajar yang berada di situ semua memandang mereka, termasuk penjaga perpustakaan yang duduk di kaunter.

Seoyul pantas membuat tanda maaf kepada mereka semua yang berada disitu. Tangannya pantas menyiku pinggang Taerin yang sedang memegang kepala, dia memegang pinggang akibat disiku oleh Seoyul.

"Otak kau tu bagi aku ambik sebab aku nak cuci dengan clorox." Kata Seoyul sambil membetulkan kedudukan. Cermin mata yang hampir terlurut dia tolak sedikit ke atas.

"Jangan salahkan aku. Salahkan otak aku ni, warna warni sangat."

Seoyul kembali membaca buku. Malas melayan karenah Taerin yang kadang kadang buat dia rasa mahu tampar gadis itu laju laju.


Tapi tak apa. Ingat kan dia lepas jejak keluar library ni dia akan tunaikan apa yang dia niat tadi.

"Yul."

"Hm."

"kau percaya tak hantu tu wujud?"

"Tak."

Seoyul tetap menjawab soalan Taerin
walaupun baginya itu adalah soalan yang Taerin sengaja mahu mencari masalahnya dengannya.


"Kau tak percaya? Meh aku cerita. Semalam kan aku baru balik dari seven-eleben sebab lapar aku beli la ramen yang berperisa durian  yang trend sekarang ni kau tahu tak dia punya harga tu boleh buat aku pengsan macam jumpa V BTS skskskskssksks astu kan--"


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ʜ]ʙʟɪɴᴅᴍᴀᴛᴇ ᶠᵗ ʙᴛs.Where stories live. Discover now