Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?

Start from the beginning
                                    

''Ouh macam tu ya... Tapi, macam mana kamu boleh tahu pasal semua ni?'' Tanya Pak Umar dengan nada yang pelik. Pertanyaan Pak Umar itu telah membuatkan aku terdiam seketika.

''Tadi Isa ada cuba nak berkomunikasi dengan jin Yahudi tu dan apa yang Isa bagitahu tadi tu memang betul, jin Yahudi tu tak ada kaitan dengan 8 ekor jin yang lain tu sebab jin Yahudi tu seorang je yang bercakap dalam bahasa Arab dan jin yang lain pula bercakap dalam bahasa Melayu.'' Nyampuk Aizat bagi membalas pertanyaan Pak Umar itu dengan panjang lebar. Pak Umar terus memandang ke arah aku dengan reaksi muka yang terkejut setelah dia mendengar penjelasan daripada Aizat itu.

''Kamu pandai bahasa Arab ke, aisa?'' Tanya Pak Umar dengan nada serius.

''Err... Pandai sikit-sikit je lah.'' Balas aku dengan sengihan di bibir. Pak Umar pun hanya sekadar menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham. Okey, maaf aku berbohong. Sebenarnya aku memang tak pandai bahasa Arab pun. Nama-nama nombor dalam bahasa arab pun aku tak tahu. Aku terpaksa berbohong macam tu sebab aku tak nak Pak Umar bertanyakan banyak soalan lagi dekat aku sebab aku dah terlalu kepenatan ni.

''Pak Bilal, ni kotak santau ni nak buat apa nanti? Nak terus bakar ke?'' Tanya salah seorang penduduk kampung yang hadir di situ kepada Pak Umar.

''Ya, tapi kita tak boleh bakar barang santau ni sembarangan. Kita kena 'bersihkan' dulu kotak santau ni dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan lepas tu barulah kita boleh bakar sebab kita nak elakkan daripada segala ilmu hitam dengan jin-jin yang ada kaitan dengan kotak santau ni datang balik ke rumah Makcik Siti tu.'' Balas Pak Umar dengan panjang lebar.

"Ouuuh macam tu..." Kata semua orang yang berada di situ dengan nada yang faham.

''Aduuh... Eh Isa, jomlah kita balik. Aku dah penat gila dah ni, nak berehatlah...'' Kata Aizat sambil bangkit berdiri lalu meregangkan sedikit badannya sambil menguap kepenatan. Tanpa sepatah kata, aku pun turut bangkit daripada kerusi lalu berdiri di sebelahnya.

''Kamu berdua esok sekolah tak?'' Tanya Pak Umar sambil turut bangkit berdiri.

''Sekolah lah. Esok kan hari khamis.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba.

''Alah... Esok tak payah sekolah lah. Kamu berdua rehat je dekat rumah sebab kamu berdua sekarang ni kan tengah cedera. Nanti esok nak pergi sekolah, macam-macam pula jadinya nanti.'' Kata Pak Umar dengan nasihat yang separa bimbang.

''Tak boleh, esok saya ada hal Pak Umar. Ada perjumpaan kelab, penting katanya.'' Balas aku dalam nada yang pantas.

''Lah... Aizat pula?'' Pak Umar menyoal kepada Aizat pula.

''Err... Saya pun ada hal juga sebenarnya dekat sekolah esok...'' Balas Aizat sambil menggarukan kepalanya dengan perlahan.

''Kalau boleh aku tak nak pergi sekolah pun tapi kalau aku tak pergi sekolah esok, macam mana dengan Isa? Dia dah lah belum dapat ramai kawan lagi kat sini. Kesian pula kalau aku tinggalkan dia seorang-seorang pergi sekolah esok...'' Kedengaran suara hati Aizat mengeluh perlahan. Wow! Sampai macam tu sekali eh dia ambil berat pasal aku? Aku sangat terharu...

''Hmm... Kalau macam tu, tak apalah... Nanti esok balik sekolah, datanglah ke warung ya. Nanti kalau nak order apa-apa, order je. Esok Pak Umar belanja kamu berdua makan free sebagai upah bayaran untuk kes malam ni. Tapi untuk hari esok je, untuk hari lain pula tak boleh.'' Kata Pak Umar dengan panjang lebar dalam nada yang tenang.

''Terima kasih, Pak Umar. Kalau macam tu, kami nak minta diri dulu lah eh.'' Balas aku dengan nada yang sopan sambil menyalam tangannya dengan penuh hormat lalu diikuti sekali dengan Aizat. Setelah menyalam tangannya, kami berdua pun mengucapkan terima kasih kepada semua orang kampung yang hadir di situ kerana telah membantu memberikan rawatan lalu terus bergegas pulang ke rumah dengan menaiki motor Aizat.
______________________________________

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now