Chapter 2: Pulang Bersama

Depuis le début
                                    

''Haah Pak Bilal, baru je balik ni. Ha Pak Bilal, kenalkan... Ni Isa, kawan baru Aizat. Dia ni baru je pindah masuk kat pekan ni, sekarang ni dia duduk kat Kampung Bukit Berduri. Rumah dia dekat je dengan rumah saya. Ha Isa... Yang ni pula Pak Umar, dia ni owner kat dalam warung ni dan dia ni jugalah pak bilal dekat masjid dalam kampung ni.'' Balas Aizat sambil memperkenalkan diri aku kepada pakcik yang bernama Pak Bilal ataupun Pak Umar itu.

''Ouh... Pak Bilal rupanya... Aku ingatkan bekas tentera tadi...'' Kata aku dalam hati. Tanpa sepatah kata, aku pun dengan hormatnya terus menyalam tangan Pak Umar sambil melemparkan senyuman mesra kepadanya.

''Ouh... Hensem budaknya. Kamu asal mana, Isa?'' Tanya Pak Umar kepada aku.

''Saya berasal daripada Kampung Sungai Keris Tajam. Saya pindah ke sini pun sebab saja nak hidup sendiri. Hehe...'' Balas aku sambil tersengih.

"Ha, ni kamu berdua nak order apa ni?" Balas Pak Umar sambil tersenyum lalu menyoal kepada kami berdua.

''Ha saya ni macam biasalah, Pak Bilal... Bagi saya teh o ais mangkuk ikat tepi dengan sepinggan roti canai. Ha kau pula Isa, nak order apa?'' Balas Aizat lalu menyoal kepada aku pula.

''Ah... Bagi saya air nescafe ais satu lah. Makanan saya tak nak sebab saya nak jimat duit. Hehe...'' Balas aku dengan nada yang sinis.

''Hmm bagus budak ni, berjimat-cermat. Tak macam budak ni, banyak makan. Sekali tak habis.'' Kata Pak Umar dengan nada yang menyindir sambil menjeling ke arah Aizat.

''Eleh... Sekurang-kurangnya kita tak pernah berhutang pun dengan dia, kita bayar kot makanan kita...'' Kata Aizat dengan nada yang perlahan sambil mencebik.

''Alahai, yelah-yelah... Suka hati kamu lah, Aizat... Ha tunggu kejap ya, nanti pakcik hantarkan makanan dengan minuman untuk kamu berdua ya...'' Kata Pak Umar dengan nada yang mesra lalu terus berlalu pergi menuju ke arah dapur warung tersebut.

''Isa...'' Aizat memanggil aku.

''Apa?'' Balas aku dengan soalan.

''Aku nak tanya satu soalan dekat kau boleh?'' Tanya Aizat dengan nada yang meminta izin.

''Tanyalah...'' Balas aku dengan nada selamba.

''Aku nak tanyalah... Kau dulu duduk dekat Kampung Sungai Keris Tajam, kan? Kenapa kau berpindah ke pekan ni eh? Apa sebabnya?'' Aizat menyoal bertubi-tubi kepada aku.

''Kau betul-betul nak tahu kenapa?'' Aku menyoal kepadanya semula. Aizat mengangguk sebagai tanda 'ya'.

''Okey... Aku akan ceritakan dekat kau...'' Aku menarik nafas seketika lalu menghembuskannya sebelum aku memulakan cerita.

''Kalau kau nak tahu... Sebenarnya dulu aku duduk dekat Kuala Lumpur. Tapi sejak mak dengan ayah aku meninggal dunia masa aku berusia 10 tahun, aku tinggal kat Kampung Sungai Keris Tajam dengan semua ahli keluarga ayah aku sampailah aku dah berumur 17 tahun. 2 bulan lepas, aku dah buat keputusan nak hidup berdikari dan kalau boleh aku tak nak tinggal dengan ahli keluarga ayah aku lagi sebab aku nak hidup bersendirian. Tapi aku tak tahu nak duduk dekat mana sampailah satu hari tu, paklong aku ada bagi cadangan dekat aku supaya tinggal dekat Pekan Bukit Berduri ni sebab pekan ni kan dekat dengan kampung tu. So kalau ada apa-apa hal, family aku yang ada kat kampung sana tu boleh datang tolong aku kat sini.'' Kata aku dengan panjang lebar.

''Ouh macam tu... Apa-apa pun, sorry lah. Aku tak tahu pula yang mak ayah kau dah-''

''Tak apa, aku okey je.'' Aku memotong kata-kata Aizat dengan senyuman kelat. Daripada deria minda aku, aku boleh rasa bahawa Aizat sedang berasa serba salah dan berasa simpati terhadap aku.

KASYAF (Hiatus)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant