Mereka tergamam.

Tiba-tiba terdengar bunyi esakan dari arah lain. Mereka menoleh.

Airina yang sedang menangis itu meluru memeluk mamanya.

"Mama... Rina nak Af... Rina takut..." rengek Airina dalam pelukan mama.

"Kenapa ni sayang?" tanya mama. 

"Rina mimpi, Af senyum kat Rina. Lepastu dia peluk Rina. Lepastu... Lepastu ada orang bunuh Af. Rina takut... Rina tak nak Af tinggalkan Rina macam Rin tinggalkan Rina," tangis Airina. 

"In shaa allah, Af baik-baik saje," ujar mama. Telefonnya bergetar menandakan satu mesej masuk. Mesej itu dibuka.

Gudang Lama. Polis.

Mama membalas mesej itu.

"Jom, Rina nak jumpa Af tak?" tanya mama, cuba memujuk.

"Nak!" 

"Iq pun!" 

"Okay jom! Awak jangan nak halang saya! Anak-anak dah menangis macam ni pun hati still nak beku!" mama terlebih dahulu memberi amaran kepada papa. Papa masih belum tersedar lamunannya.

Semalam, dia memimpikan arwah adik perempuannya, yang paling dijaganya. Mimpi tersebut membuatkan dirinya berasa serba salah dengan Afrina, anak kandungnya.

Papa terduduk, bersandar di dinding. Mukanya meraup wajahnya.

"Ya Allah, apa aku dah buat Ya Allah?" egonya mulai runtuh, yang kini tinggal hanyalah penyesalan.

"Papa," tegur Idham.

Papa mengangkat wajahnya yang basah kerana menangis.

"Jom, kita ikut mama. Papa nak jumpa Af kan?" tanya Idham. Tubuh papa dipapah ke dalam keretanya, cuba mengekori kereta mamanya yang memecut laju di atas jalan raya, sesuka hati menyelit di celah-celah kereta.

.

.

.

.

.

"Memang kau lahir untuk sakitkan hati orang je ke?!"

BANG!

BANG!

Tumbukan Elly terhenti. Adrian tergamam. Semua tersentak.

Perlahan-lahan Elly duduk. Tangannya menekup pinggang yang mengeluarkan darah. Bahunya juga turut mengeluarkan darah.

Afrina mengangkat wajahnya laju apabila bunyi tembakan bergema. Bergenang lagi air matanya melihat muka Elly yang berkerut menahan kesakitan.

Terus dia berlari menerpa ke arah Elly.

"Isha! Isha!" panggil Afrina sambil meriba kepala Elly.

"Kau okay tak? Sakit kat mana?" tanya Afrina kalut. Pinggang Elly disentuh perlahan.

Afrina mengetap bibirnya kuat. Tangisannya pecah.

"Isha... jangan tinggalkan aku Isha... Aku tak ada siapa lagi... Isha please bertahan, aa.. Aku call Taufiq ambil kau eh?" tanya Afrina sebak. Wajah Elly yang pucat ditatap. Dia tak sanggup kehilangan seorang lagi penguat semangatnya.

"Hey aku okay jelah," ujar Elly. Senyuman cuba diukir. 

"Aku tak nak hilang kau pulak," tangis Afrina. Entah kali ke berapa dia menangis buat tahun ini.

Afrina mengangkat wajahnya. Jelas Kasyila yang sedang tersenyum bangga melihat penderitaan Afrina.

"Kenapa? Sedih ke?" tanya Kasyila mengejek. Di tangan Kasyila ada sepucuk pistol.

Stay With MeWhere stories live. Discover now