BAB 77

10.6K 837 106
                                    

  
    
      
     
    
      
   
    
   
   
"Hey, can you promise me to stay safe? Cause you'd bring my heart with you,"
 
 
 
  
    
    

   
  
  
   
*****
 

 
Iqram sedang mencuci wajah Afrina yang dilumuri darah.

"Hish kau ni, nasib baik kau tak apa-apa. Kalau tak, aku sendiri galikan kubur untuk kau," kata Iqram.

"Huh, puas hati aku. Berlagak siot jantan tu. Aku fikirkan hebat sangat, hebat lagi Darwin. Dahlah aku tengah geram dengan laki aku kat Malaysia tu, yang otak cetek sangat tu. Lepastu boleh pulak dia provok aku semata-mata aku tak lawan dia. Berlagak. Bodoh. Sombong. Over. Mulut puaka," kutuk Afrina.

Dia membuat muka mahu muntah.

"Dahlah tu, boleh pulak dia ludah darah dia kat muka aku ni? Ewww, jijik aku," Afrina menggeletis kegelian.

"Pft, kau ni kan. Aku hantar kau pergi hospital baru tau," ujar Iqram.

Pintu bilik dibuka dari luar. Darwin melangkah masuk ke dalam.

"Macam mana dengan dia? Okay tak?" tanya Afrina. Darwin memandang Afrina atas bawah, membezakan kecederaan yang dialami Hazwan dan Afrina yang masih teguh berdiri tanpa sebarang luka.

"Tulang rusuk dia patah. Tulang belakang dia retak. Muka dia penuh lebam. Hidung dia patah. Kaki dia kena simen. Tangan dia pun sama. Jantung dia lemah, banyak luka akibat tulang rusuk dia yang patah. Apa lagi eh? Oh ha, nasib baik je dia tak mandul," ujar Darwin, memberitahu setiap kecederaan yang dialami Hazwan seperti yang diberitahu doktor.

Bila diingatkan balik perlawanan sebentar tadi, langsung tak nampak macam perlawanan. Lebih kepada Afrina membelasah Hazwan.

Mana tidaknya, Afrina langsung tidak memberi peluang Hazwan menyerang balas. Terus diserang Hazwan tanpa belas kasihan, melampiaskan amarahnya yang terkumpul selama ini.

"Iqram, nanti uruskan bil hospital dia. Guna duit aku," ujar Afrina memberi arahan. Iqram mengangguk.

Afrina tidaklah terlalu kejam hingga hendak membiarkan punching bag hidupnya terbaring di hospital dengan kecederaan yang mungkin kekal itu.

Sekurang-kurangnya dia bayar pampasan okay?

.

.

.

.

.

Selepas seharian mereka meluangkan masa bersama, hari ini, tibalah masa untuk mereka pulang semula ke negara kelahiran mereka.

"Jom, flight kita," ajak Sumayyah. Mereka duduk di tempat masing-masing.

Iqram duduk di sebelah Afrina, Azri bersama Darwin, Raiya dan Sumayyah pula di belakang mereka.

Afrina melentokkan kepalanya di bahu Iqram. Iqram pula memeluk pinggang Afrina.

"Akak, aku nak dengar lagu terbaru kau," ujar Iqram.

"Eh? Sejak bila kau minat ni? Bukan kau ni spesies Farin ke?" tanya Afrina pelik. Jarang-jarang Iqram mendengar lagu.

"Alaaa bolehlah. Kita duet nak? Rakam sekali, buat kenangan. Jarang-jarang aku nak menyanyi ni," ujar Iqram. Iqram mempunyai suara yang sedap, namun sikapnya sama seperti Farin, bencikan muzik dan seni. Nasib baik tak benci kakaknya sendiri.

Stay With MeWhere stories live. Discover now