BAB 48

11.8K 1K 98
                                    






"No one is perfect - that's why pencils have erasers,"






*****

"Aku minta maaf. I'm sorry. Kalaulah aku percayakan kau, mesti kau takkan tinggalkan kitorang kan? Ni semua salah aku, aku minta maaf. I'm sorry Af, aku salah," Hana merayu menagih maaf dalam tangisan. Afrina membalas pelukan Hana dengan harapan dapat mengurangkan beban di hati Hana.

"Aku dah lama maafkan kau. Kau tak salah. Dia yang salah. So, jangan menangis, okay? Janji dengan aku, cepat," pujuk Afrina, menghulurkan jari kelingkingnya. Jari mereka bertaut.

"Sorry, aku tak ada waktu kau susah. Dahlah tu, aku marah kau pulak tu. Maafkan aku," kata Hana sambil mengesat air matanya.

"Tak apa, aku tak kisah pun. Lek ah, benda dah jadi," kata Afrina.

Hana kembali memeluk Afrina.

"Kau takkan tinggalkan kitorang lagi kan?" tanya Hana menahan tangis. Afrina mengusap kepala Hana yang berlapikkan tudung. 

"Tak, kita kan dah janji. We will stay together, and forever, no matter what happens? Dah lupa janji tu?"

"Tak!" 

"Dah jangan nangis. Kau nampak buruk bila menangis. Nanti Karl tinggalkan kau baru tau," usik Afrina. Hana menjeling tajam Afrina.

"Beranilah dia tinggalkan aku. Aku rosakkan gitar kesayangan dia tu. Dah lah selalu lebihkan gitar berbanding aku," kata Hana. Karl tersedak.

"Eh eh? Aku takkan tinggalkan kaulah. Jangan percaya si Afrina tu. Hana tetap cantik walaupun tengah nangis," pujuk Karl. Alahai, jangan gitar kesayangan aku jadi mangsa.

"Mana boleh tak percaya. Af kan kawan kita," kata Hana. Danisya menepuk dahi.

"Weh, Af cuma usik kau je. Tengok tu, dia tengah tahan gelak tau," kata Danisya lalu menuding ke arah Afrina yang menutup mulut menahan tawa.

"Af!" marah Hana. Bahu Afrina dipukul kuat.

"Lek ah. Aku yakin Karl takkan tinggalkan kau," kata Afrina yakin.

"Kenapa kau yakin sangat?" tanya Hana. 

"Well, sebab--"

"Af!" seorang perempuan bertudung dan bertopeng datang menghampiri mereka yang turut bertopeng menyembunyikan identiti kecuali si pengantin.

"Eh Isha? Kau datang? Perempuan tu tak tahan kau pulak?" tanya Lia.

"Macam mana dia nak tahan kalau dia yang arahkan?" balas Isha.

"Dia suruh kau buat apa pulak kali ni?" tanya Zuhayr sambil bermain dengan kaca mata hitam milik Adani.

"Dia suruh aku rosakkan majlis ni, tapi korang kenal kan aku? Mana aku ikut telunjuk orang," kata Isha.

Stay With MeKde žijí příběhy. Začni objevovat