Lagu Zero O'clock  daripada kumpulan BTS itu menyendukan aku. Bertambah-tambah sedih aku dengar lagu ni. Tapi aku memang macam ni, kalau sedih aku suka dengar lagu yang boleh buat aku nangis.

Mesti kau orang tertanya-tanya kan, lagu ni kan happy, asal nak sedih. Tak sekarang ni aku dengar lagu boy with luv  pun boleh menangis. Apatah lagi lagu ni hm.

Sedar taksedar, dah sampai dah aku dibumi Korea. Aku tampar pipi aku beberapa kali untuk memastikan yang ni bukan mimpi.

"Finally! Aku dapat juga hirup udara yang sama dengan Idol aku!" Aku menjerit macam orang gila sejurus sahaja aku sampai dilapangan terbang Seoul.

Adalah juga aku nampak beberapa orang tengok-tengok aku buat muka pelik. Ala, taksalah dia orang lah, sebab aku yang menjerit macam orang gila tadi.

Dia orang taktau betapa gembiranya aku berpijak setanah dengan Idol-idol kesayangan aku.

"BTS, TXT, BLACKPINK, MAMAMOO, GOT7, STRAYKIDS, TWICE DAN YANG LAIN-LAIN WAIT FOR ME I'M COMING FOR YAA!" Aku menjerit sekali lagi. Ah lantaklah dia orang pandang pun, kisah apa aku.

Aku membuat panggilan telefon dengan sahabat pena aku yang duduk di Seoul ni. Nasib ada dia, dapat juga lah aku survive.

Setengah jam jugalah aku tunggu, baru dia sampai. Nasib baik dia cam aku. Ehe, kita orang pernah buat face reveal dan face time beberapa kali.

"Nari eonnie!" Aku panggil dia kakak sebab dia tua dua tahun dari aku.

Sengaja aku panggil, nama singkat dia Nari untuk menambah kemesraan orang kata ehe. Nama panjang dia Soo Hanari.

Hanari ni mix  korea dengan jepun. Entahlah, aku tak tahu sangat, ni pun aku tau sebab dia yang bagitahu haritu.

Sejurus selepas aku memanggilnya, terus dipeluknya aku. "Y/n-shi! Taksangka dapat juga kita jumpa kan?"

Aku mengangguk. "Cantiknya eonnie depan-depan macam ni." Puji aku janggal. Iya lah, ini pertama kali aku bertutur dalam bahasa korea depan orang korea.

Aku pandai ni pun sebab Nari Eonnie yang takjemu-jemu ajar aku. Aku adalah juga berlatih bercakap dengan dia. Tapi kau orang pun tau kan aura bertutur secara bersemuka dengan bertutur di alam maya jauh beza.

"Ada-ada sajalah Y/n ni. Maaf eonnie lambat. Ada hal sikit tadi." Jawab Hanari yang sudah tersipu malu. Eh, betul apa dia cantik siut.

Kulit putih melepak, bibir munggil dengan tahi lalat pemanis wajah bawah bibir, rambut perang yang panjang dan lurus, badan pun ramping je. Cantik betul lah!

"Woah Y/n! Muka awak sebiji macam orang korea lah! Taknampak macam orang asing langsung." Tangan nya memegang lengan aku buat muka terkejut.

Kali ini giliran aku pula yang tersipu-sipu. Sekali tengok serius macam bongok pun ada juga. Dah kenapa aku ni tertunduk-tunduk macam orang patah tulang leher.

"Tak adalah eonnie. Mana boleh samakan Y/n dengan orang korea asli." Aku menampar lembut bahunya.

"Betul apa!"

Aku hanya tersenyum manis. Tidak membalas apa-apa. "Okay, sekarang ni mesti Y/n lapar kan? Apakata kita makan dulu, biar eonnie tunjuk makanan yang sedap dekat sini."

Gulp!

Airliur aku terasa pahit, puih! Kaki aku usah di kata lagi.. Memang dah takdapat bergerak dah. Peluh yang menitis aku lap menggunakan lengan baju aku. Uish, drama betul eh aku?

"Aish, jangan risau lah. Kat sini banyak aja yang halal." Hanari yang seakan-akan dapat membaca isi hati aku, terus memujuk aku.

"Err.. Mana eonnie tahu yang Y/n ni.."

"Yaa.. Jinjja?! "

Lah? Kenapa? Apa yang Jinjja nya? Aku buat muka alien aku.

"K-kenapa eonnie?"

"Y/n sendiri yang bagitau eonnie yang Y/n ni muslim."

oh.........

bila do?

serius aku tak ingat.

Aku sekadar mengangguk dan mulutku dimuncungkan sedikit. Alah, nak acah-acah aegyo lah sikit. Walaupun aku tak ingat apa-apa tapi tak apa lah angguk sahaja.

𝗧𝗕𝗖

+ leave vote and comment ❤︎


𝑻𝒂𝒈𝒔 ;

neoluv_ blackrosekim mworagano tae_yza kimtaehra- chuvihalindinha RDHNOUR -TAENIGHT tae_yza taepple- taesticx-



𝒇𝒐𝒍𝒍𝒐𝒘 𝒎𝒚 𝒔𝒆𝒄 𝒂𝒄𝒄 ;

narcissyana

❪ な ❫⠀𝐀𝐁𝐘𝐒𝐒⠀❞ ᵏˢʲWhere stories live. Discover now