Seketika dirinya tersenyum sendiri, perangai Aisyah sekarang agak manja dengan karenah yang pelik-pelik. Ada sahaja akal nak ajak gaduhla, apalah.

"Hanum, apa cerita?"

"Aku teringin juga nak ada anak baru Is, tapi rezeki takde lagi. Aku dengan Hanum pun sibuk, fahamkan kerja isteri kita macam mana?"

Rais hanya mengangguk, tanggungjawab seorang doktor bukan semudah pekerjaan lain, mereka bekerja demi nyawa manusia. Jadi mengerti sangatlah jika pekerjaannya terlalu sibuk.

Lima minit diam tanpa suara, hanya deruan angin yang menyapa. Masing-masing menikmati keindahan petang itu, rasa penat, lelah, buntu, terasa hilang dengan keadaan segar dan nyaman begitu.

"Kau tak rasa nak maafkan mereka lagi?" Wajah Khalif direnung.

"Maaf mulut boleh, tapi hati ni.." Kata-kata Khalif terhenti, mata dipejam seketika.

"Tak lagi."

Rais tahu memaafkan bukan perkara yang mudah, mengambil masa. Kemaafan itu tinggi nilainya, namun murah bagi manusia kerana selalu menutur bukan mengikhlaskan.

"Aku sokong apa sahaja keputusan kau, cuma jangan lama sangat, kesian arwah." Bahu Khalif ditepuk beberapa kali.

Khalif mula mengerut dahi.

***

Lagu Rizky Febian yang bermain di corong radio menarik perhatiannya.

"Nanana.."

"Ibu, bisinglah." Rungut si anak sambil menutup kedua telinganya.

"Okey." Balas Hanum.

Namun tak lama selepas itu,

"Nanana.." Nyanyinya sekali lagi.

Hadi hanya pasrah, lalu tangan disilang, mata memandang ke arah luar. Kesibukan jalan raya pada petang itu, ada pejalan kaki yang berjalan secara berkelompok, sendiri dan pelbagai lagi ragam manusia dilihat.

Tak lama selepas itu, terasa bumbung kereta berbunyi terkena hujan yang pada mulanya renyai dan menjadi lebat. Mata tak lepas memandang ragam manusia yang mula berlari mencari tempat teduhan, ada juga penunggang motor mula berhenti untuk memakai baju hujan khas.

Hadi memandang ibunya disebelah, harini terpaksa mengikut ibunya ke hospital kerana pembantu rumah terpaksa pulang ke kampung.

Cuba teka kenapa dia tak nak cakap dengan ibu?

Yes, dia masih merajuk.

"Babyboy ibu masam je?" Tegur Hanum.

Jalan yang jam membuatkan Hanum bosan menunggu, dah la hujan lebat, kalau kat rumah ni memang dia tidur.

"Hadi masih merajuk." Balas anaknya senada.

Hanum menyorokkan senyuman, bungkusan coklat di tempat duduk belakang dicapai.

"Tara! Ibu ada beli coklat, tapi ibu dah muak, ibu ingat nak kasi Hadi tapi tengok masam-masam macam ni.. tak jadilah!" Pancing Hanum untuk memujuk Hadi.

Hadi mula tidak senang duduk, makanan itu ada mainan terbaik sepanjang dirinya hidup, mana mungkin dia akan menolak.

"Nampak gaya kene bagi dekat auntie Dee la ni." Hanum mula mengacah untuk menyimpan kembali coklat.

Tiba-tiba tangannya dipegang.

"Hadi dah tak masam ibu, hihi.." Coklat ditangan ibunya dirampas bersama senyuman sampai ke telinga.

Hanum menggosok rambut Hadi, itu sahaja cara untuk memujuk Hadi. Hanya merasuah makanan ye.

"Hadi." Panggil Hanum.

"Aperg?" Coklat yang penuh dimulut membuatkan percakapannya terbatas.

"Okay tak kalau ada adik?" Tak sabar nak tunggu harijadi Khalif minggu depan.

Hihi..

"Tak nak ah, nanti ada adik perempuan gedik macam ibu."

Membulat mata Hanum, bar coklat yang masih tinggal separuh dirampas dari tangan Hadi.

"Hadi jangan kawan dengan ibu! Coklat ni ibu makan! Huh!"

Hadi menggaru kepala melihat perubahan ibunya, memang ibunya seorang yang tegas tapi tak cepat melenting, tapi dah kenapa harini baran tetiba?

Nak tak nak dia kene tanya ayah, kerana ayahnya pasti pakar lagi-lagi perihal ibunya.

Hadi menggeleng kepala, nasib dia takde awek.

***















Salam pkp dan dengar cite kene sekolah

HAHAHAHAHAAHAHAHAAHAPERITNYAH

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now