Bab 2

9.7K 207 6
                                    

Dari jauh lagi aku boleh perasan dua sahabat baik aku sedang menunggu dengan senyuman yang tak lekang di bibir mereka. Aku terfikir satu idea yang jahat dan bernas. Mwehehehehehe

Rambut yang terikat kemas segera aku lepaskan. Bencinya. Rimas. Lantaklah. Asalkan plan aku ni menjadi. Aku terus memakai kaca mata hitam. Sumpah aku nampak macam minah gedik. Terus aku mengatur langkah menuju ke arah Sarah dan Min dan berdiri di sebelah mereka. Astaghfirullahaladzim, nak sambut aku siap pakai gaun? Gila gempak.

"Mana si Mawar ni? Lambatnya. Aku dah excited nak jumpa dia." ujar Min dengan teruja.

"Sekejap lagi ada lah tu. Cuba bawa bersabar sikit? Tau lah nak jumpa si kekasih hati lepasni kan." kata Sarah sambil mengipas dirinya dengan tangan.

Diaorang memang tak perasan kewujudan aku ke? Khusyuk betul berbual. Aku terus mengipas-ngipas diriku lalu berkata dengan lagak yang gedik, "panasnya malaysia ni! Bila nak sejuk macam dekat luar negara ha? Boleh rentung kulit I yang kering ni, eeee tak sukanya."

"Kalau dah panas sangat, berambus jelah. Semak je bimbo macam kau ada dekat Malaysia ni." Min yang memang terkenal dengan mulut laser sejak azali terus membalas. Wah, gila ah. Masih tak berubah rupanya.

"Hm tak sangkakan? Dah lah panas, ada pula tu yang mulut macam loji. Euw, busuknya." Aku yakin dan pasti bahawa Min akan mengamuk dalam masa beberapa saat.

"Kau ni nak gaduh ke?"

Sarah yang nampak perubahan pada wajah Min, terus menenangkan keadaan. "Cik, kalau awak tak suka, boleh pergi dari sini. Kerajaan tak rugi satu sen pun kalau awak tak ada di Malaysia ni."

Aku hanya tertawa kecil. Entah kenapa aku masih lagi mahu meneruskan rancangan yang tidak okay ni. "Siapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedasnya, ops"

"Eh perempuan, kau memang sengaja cari pasal kan?" Bentak Min. Wajahnya yang ayu berubah menjadi seperti singa betina. Aku membuka kaca mata hitam aku dan memandang mereka. "Kenapa? Nak gaduh ke? Jomlah."

Min dan Sarah tergamam apabila melihat wajah aku. "Girls? Dah lupa kawan ke? Baru berapa tahun aku..." Sarah dan Min terus memeluk aku sambil menjerit tanpa membenarkan aku menghabiskan ayat. "Woi, pekak telinga aku weh" kata aku, lantas cuba melepaskan diri daripada pelukan mereka. Orang ramai hanya memerhatikan kami yang berkelakuan pelik. Biasalah wak, kaum hawa kan?

"Mawar! Sampai hati tipu kitaorang?! Nasib baik si Min ni tak belasah kau tau." ujar Sarah sebaik sahaja pelukan dilepaskan.

"Nasib baik sampai hati. Kalau sampai kaki macam mana? Naya korang berdua" Aku tertawa lalu mengikat kembali rambut aku.

"Ish dia ni. Kalau tak, dah lama aku tumbuk kau weh sebab geram sangat" kata Min pula.

"Aku fikir kauorang tak terpedaya hahaha, rupanya ya."

"Mana taknya! Sebelum pergi England, kau ni sebijik macam ugly betty versi cantik tapi macam lelaki. Sekarang? Siap pakej dengan rambut panjang pula tu." kata Sarah lalu mengelus rambut aku yang telah diikat dengan kemas.

"Oh korang berdua jelah yang boleh lawa? I tak boleh?" soal aku sambil bercekak pinggang.

"Mestilah tak! Kitaorang ni diva,ok?"

"Babe, ceritalah macam mana kau berjaya mengubah penampilan diri kau jadi cantik sangat ni? Dulu tak pun." soal Sarah sambil menolong aku menyusun segala pakaian aku ke dalam almari. Si Sarah ni pun, boleh tahan juga mulutnya. Nasib baik kawan.

"Macam gitulah. Hehe, sebenarnya, roommate aku ni gila fesyen macam kauorang. Suatu hari ni, dia kata dia rimas tengok penampilan diri aku. Since aku ni macam betty versi lelaki, dia ajar pakaian apa yang sesuai. Tada, the end."

"Dia ajar cara make-up juga ke?" soal Min lalu membelek wajah aku.

"Awak, dah berapa tahun berkawan dengan kita pun still tak tahu ke yang kita memang tak suka pakai make-up?" kata aku. Make-up? Euw, tak akan! Rasa macam ada benda yang melekat di wajah aku yang putih bersih ni. Plastik. Paling kurang pun, aku hanya pakai lip balm dan bedak johnson baby tu. Natural lagi lawa. Fake. Fake.

"Entah kau ni. Mawar ni kan natural beauty. Kita je yang suka make-up" kata Sarah. "Muka minachi ni selalu je nampak macam pakai make-up. Padahal tak. Haih, tak pakai pun lawa. Kitorang ni kena tepek make-up tebal-tebal baru lawa!" sambungnya. Aku hanya tersenyum. Lawa?

"Kau lawa ke,Sarah?"soal Min dalam nada yang bergurau.

"Lawalah! Kalau tak, semua jantan tu tak melekat dekat aku tau? Ni semua kuasa make-up" balas Sarah.

"Lah? Tak hilang lagi ke sifat playgirl kau?" soal aku. Wah, hebat betul si Sarah ni!

"Kau rasa? Sebenarnya bukan kuasa make-up, tapi kuasa ayat manis dia."kata Min. Sejak azali lagi Sarah memang terkenal dengan ayat-ayat manisnya. Lelaki mudah terpikat. Apa sahaja yang dikata oleh Sarah, pasti mereka semua cair! Tambahan pula, Sarah seorang yang manja. Sangat. Mana taknya. Min pula manja di tahap yang kedua. Aku? Hm. Bersyukur jelah kalau aku ada manja-manja sebab akulah yang paling susah hendak bermanja. Geli.

"Engkau pun sama taraf dengan aku ya Min. Jangan nak acah innocent pula." Kata Sarah, cuba membela dirinya.

"Dah, nanti bergaduh pula. Aku lapar ni. Taknak belanja makan ke?" soal aku sambil mengusap perut yang sedari tadi asyik memainkan pelbagai jenis muzik.

"Amboi, tahulah baru datang Malaysia selepas beberapa tahun. Nak interview pun tak sempat ish." Omel Min. "Dah lah, jom aku belanja."

Cinta MawarWhere stories live. Discover now