19th

16.3K 746 44
                                    

Sedang asyik membaca wattpad, notifikasi email muncul. Tidak membuang masa, Elmira terus membuka inbox email miliknya. Mata Elmira bersinar sebaik sahaja membaca isi kandungan. Dia diterima bekerja di salah satu company yang dimohon. Elmira bersorak riang. Sempat dia mengucap rasa syukur di dalam hati. Elmira membaca dengan teliti syarat dan tarikh yang penting.
Melihat tarikh pendaftaran, Elmira mula menghitung.

"Lusa,"

Elmira kembali menyambung pembacaannya yang terhenti tadi. Tepat jam 5.30 Qalish pulang dari kerja. Elmira segera menyapa Qalish dan menghidangkan secawan air kopi kegemarann Qalish.

"Lusa kita pergi Johor," kata Qalish sambil melonggarkan tie di leher. Elmira mengerutkan dahi.

"Pergi Johor? Buat apa?" Elmira menyoal.

"Aku kena outstation," balas Qalish. Elmira mengangguk faham sebelum dia teringatkan sesuatu.

"Alamak," Elmira hampir menepuk dahi sendiri. Qalish memandang Elmira, kening kanan diangkat.

"Saya tak boleh ikut,"usul Elmira.

"Kenapa takboleh?" Qalish menyoal acuh tak acuh. Dia membuang jam yang berada di pergelangan tangannya.

"Lusa saya dah start kerja,"

Pergerakan Qalish terhenti. Dia tidak membalas. Raut wajahnya juga kosong, susah nak teka apa yang  bermain difikiran lelaki itu ketika ini. Elmira menggigit bibir menunggu reaksi daripada Qalish.

"Kalau macam tu kau duduk rumah mama untuk sementara," Qalish memberi cadangan. Elmira mengerutkan dahi.

"Eh tak apalah. Lagipun tempat kerja saya dengan rumah mama jauh," balas Elmira. Kalau boleh dia tak nak lambat untuk hari pertamanya bekerja.

Qalish dilihat seperti sedang berfikir panjang.

"Okay," Qalish akhirnya bersetuju.

**NEXT NEXT DAY**

Elmira meneliti pakaiannya untuk kesekian kalinya di cermin. Hari ini dia berasa sedikit gemuruh, namun disebalik kegelisahannya dia tetap teruja untuk mula bekerja.

"Kau nak tilik cermin tu sampai pecah ke?" Qalish yang baru selesai mandi menyindir beberapa minit lalu.Elmira mencebik sebelum berpusing ke arah Qalish.

"Qalish, saya punya attire okay tak?" Elmira meminta pendapat Qalish. Qalish memandangnya dari atas ke bawah. Riak wajahnya seperti biasa, tidak mencerminkan apa yang berada dalam fikirannya ketika itu.

"Well?" Elmira memeluk tubuh. Qalish mengangkat bahu sebagai jawapan dan kembali bersiap. Elmira mendengus. Dasar Qalish Arshad. Tapi kalau Qalish tak kutuk tu maksudnya okay la kan?

Elmira kemudian kembali mengadap cermin untuk meletakkan sedikit makeup di wajahnya. Semua kosmetik yang dibelinya di mall sebelum ini dikeluarkan.

Setelah berpuas hati, Elmira mengukir senyuman lebar. Ketika itu juga, Qalish sudah selesai bersiap. Elmira mendekati Qalish untuk bersalam.

"Bagasi awak jangan lupa," pesan Elmira menghulurkan tangan. Qalish tidak menyambut tangannya sebaliknya diam memerhati. Dah kenapa pulak?

"Qalish?"

Qalish masih tidak bersuara, sebaliknya jarinya dengan selamba mengelap  bibir Elmira membuatkan Elmira terpegun.

"Okay, now good," ujar Qalish tanpa riak. Elmira mengerutkan dahi.

"Apa awak buat?" Elmira menyoal. Qalish sekadar mengangkat bahu tidak menjawab. Elmira berlalu ke cermin. Dia mengetap bibir sebaik perasan, apa yang Qalish telah lakukan. Lipstick yang dipakai tertanggal.

Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now