2nd

17.9K 908 10
                                    

Elmira mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta, perasaan bosan semakin menular dalam dirinya ketika itu. Tanpa Elmira sedar, jari jemarinya mengetuk-ngetuk buku yang berada di atas ribanya membuatkan lelaki di sebelahnya bengang.

"Will you stop that? " Qalish menyoal bengang. 

Elmira mengangkat kening.  Keliru. Jari jemarinya kembali mengetuk perlahan buku diribanya.

"I said stop woman!" suara Qalish meninggi menunjukkan tahap bengangnya semakin menaik.  Elmira menyembunyikan senyuman kereknya.

"Saya pasang radio eh? " Elmira menyoal untuk yang ke berapa kali sepanjang perjalanan tadi.

"No! " Qalish bersuara tegas. Elmira mencebik.  Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni. Suasana kereta kembali sunyi. 

"Are you serious?! " Elmira tiba-tiba bersuara membuatkan Qalish mengerling sekilas kepadanya.  "Sekurang-kurangnya pasanglah radio, boleh jugak saya dengar lagu or dj bercakap, i feel out of my mind with this silence," luah Elmira menghamburkan segala perasaan tidak puas hati. Sudahlah terpaksa berhadapa dengan mamat dingin ni. Lepastu, kena jadi patung senyap pulak dalam kereta.  Dia pula, bukan jenis manusia yang boleh duduk diam.

"Kau nak aku tinggalkan kau kat tepi jalan ke? " Qalish menyoal.  Diselitkan intonasi berbaur amaran dalam suaranya.  Elmira sekadar mencebik sebelum memusingkan badan mengadap Qalish yang sedang tenang memandu. 

"Try it.  Nanti pandai-pandailah jawab dengan Auntie," Elmira menjawab. Bibirnya mengukir senyum bangga apabila melihat Qalish mengetap rahangnya.  Dia tahu Qalish tidak akan mampu berbuat begitu.

"Why must I stuck with a crazy witch? " Qalish memgumam geram.  Perlahan namun tetap dapat didengar oleh Elmira.

Elmira ternganga.  Crazy witch???!!

"Am i supposed to be offended?" Elmira menyoal. 

Qalish mengukir senyuman sinis.

"Did you? "

"Jerk! "

Qalish tidak membalas sebaliknya fokus pada pemanduannya.  Sepuluh minit kemudian mereka tiba di tempat yang dijanjikan. Sepatutnya, Auntie Qira yang datang untuk berjumpa dengan supplier mereka namun,  Auntie Qira meminta pertolongan dia dan Alya untuk menggantikan tempatnya memandangkan dia ada urusan penting. 

Masalahnya, Alya dan Elmira tak boleh tinggalkan butik sekali gus.  Maka datanglah idea bernas Auntie Qira yang meminta tolong anaknya yang berada di situ,  iaitu mamat dingin ni untuk bawa Elmira ataupun Alya. Tetapi belum sempat Elmira menarik diri,  Kak Emma terlebih dahulu menarik Alya untuk membantunya. Then, here they are.

Qalish memandang bangunan dua tingkat di hadapannya dengan wajah yang tenang.  Susah nak teka apa yang bermain di fikiran lelaki itu.

Elmira terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu dan dia terus di sapa oleh pekerja yang berada di lobi. Seperti biasa, pekerja itu bertanyakan soalan seperti apa yang boleh saya bantu and so on.

Elmira terus menyatakan appointmentnya dengan Puan Marlia yang sepatutnya dihadiri oleh Auntie Qira.  Melangkah masuk ke pejabat yang dimaksudkan, dia disapa oleh seorang wanita lingkungan 30-an.

"Elmira? " Elmira mengangguk sebaik wanita itu menyapanya.  Setelah dipelawa,  Elmira melabuhkan punggung di kerusi berdekatan.
Elmira terus mengeluarkan buku catatannya dan menyuarakan keperluan yang telah ditulis oleh kak Shilla.

"Awak nak ambil terus ataupun kami hantarkan? " Wanita yang bergelar Puan Marlia itu menyoal.  Elmira menyampaikan kembali apa yang dipesan oleh Kak Emma Stok perlu diperiksa dan dihantar ke butik sebelum minggu depan.  Setelah itu,  Puan Marlia membawa Elmira ke bahagian barangan untuk memeriksa segalanya. 

Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now