15th

16.4K 847 59
                                    

Elmira memeriksa email untuk  sebarang jawapan dari mana-mana company tentang permohonan kerjanya. Ada satu email dari Zarina's sdn.bhd. Elmira tersenyum lebar, dia mendapat tawaran untuk temuduga jawatan secretary. Satu permulaan yang baik. Dia sebenarnya lupa company mana dia pernah hantar permohonan.

Setelah menerima tawaran temu duga itu, Elmira menutup email. Elmira kembali melayan drama kegemarannya. Tak lama, Qalish turun ke ruang tamu mengambil salah satu tempat dan terus duduk. Elmira seolah tidak percaya bahawa dia sudah bergelar sebagai isteri kepada lelaki yang pernah menjadi pensyarahnya.

Telefon Qalish berdering menghentikan Elmira dari lamunannya. Dari hujung mata, Elmira melihat Qalish melihat skrin telefonnya sebelum menolak panggilan daripada sesiapa sahaja yang menelefon. Telefon diletakkan kembali ke tepi. Namun si pemanggil masih tidak putus asa, telefon Qalish berdering sekali lagi. Qalish mendengus perlahan membuatkan Elmira tertanya siapa yang menelefon.

Kali ketiga, Qalish terus mematikan telefon. Huh! Kejam. Tidak lama selepas itu, Qalish akhirnya tenang dan bersandar pada sofa. Mata dipejam. Namun baru beberapa saat, Qalish rilek, telefon Elmira pula berdering.

"Tell him im not home," ujar Qalish dengan mata yang masih tertutup rapat. Elmira mengerutkan dahi, mencapai telefon. Aryan. Panggilan dijawab.

"Hi, sister in law," Aryan sempat bercanda. Elmira mengukir senyum.

"Aryan. Ada apa?" Elmira menyoal walaupun dia sudah dapat mengagak sebab utama Aryan menelefonnya.

"Qalish ada?" Aryan menyoal.

"Qalish?" Elmira menyoal seraya mengerling Qalish yang berada di sofa sebelah. Qalish membuka mata memberi isyarat dengan gelengen kepala. Elmira mengukir senyuman jahat dalam minda.

"Tak ada," jawab Elmira sempat menangkap nafas lega yang diambil oleh Qalish sebelum dia menyambung. "Itu yang dia suruh saya cakap,"

Sekali, aura sekelilingnya bertukar dingin. Aryan di hujung talian ketawa.

"That's why you are my favourite," ujar Aryan.

"I know, I am the best," balas Elmira tersengih tidak perasaan ada pandangan maut ketika itu tepat menikam ke arahnya.

"Indeed, you are," Aryan bersetuju. Belum sempat, Elmira membalas telefon di tangannya dirampas dengan kasar. Elmira mula membantah.

"Kau nak apa?" Qalish menyoal dengan nada bengang. Mendengar jawapan Aryan membuatkan, Qalish menjeling ke arah Elmira. Elmira pantas mengalihkan pandangannya sebelum dia menjadi ais beku.

"Aku nak keluar kejap, apa-apa call," kata Qalish setelah menamatkan perbualan. Qalish menghulurkan kembali telefon Elmira, sebelum berlalu dan mengambil kunci kereta. Usai mendapatkan kunci kereta Qalisj terus melangkah ke pintu.

"Qalish! Wait," Qalish berhenti di muka pintu. Elmira bergegas ke arah Qalish.

"Nak mintak tolong boleh?" Qira menayang gigi ke arah Qalish.

"Apa?"

"Belikan mc d," Elmira mengerdipkan mata berkali kali. Sekali, Qalish menolak dahinya perlahan menggunakan jari telunjuk.

"Kau ingat comel?" Qalish mengangkat sebelah kening.

"Tengoklah," Qalish membalas acuh tak acuh. Berkira untuk berlalu.

"Wait!" Sekali lagi Elmira menghalang. Qalish menarik nafas panjang.

"What else?" Qalish bersuara dingin. Akan tetapi Elmira tetap menayang giginya.  Dengan selamba, Elmira menarik tangan kanan Qalish dan menghadiahkan satu ciuman yang pantas.

Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now