11th

14.6K 764 21
                                    

"Doctor, where are we going?" Elmira bertanya untuk kesekian kalinya. Namun Qalish masih diam tidak menjawab. Sedari tadi lelaki itu hanya mengetuk jari jemari kirinya di atas paha. Nak kata Qalish nervous, lain pula apa yang dipamerkan oleh riak wajah. Tak, bukan Qalish Arshad namanya kalau gemuruh dan gelisah. Qalish kelihatan sedikit... Teruja.

"You look excited," Elmira menebak. Jari Qalish berhenti mengetuk paha. Qalish tidak membalas apa-apa sebaliknya dia menyelesakan dirinya bersandar pada kerusi kereta. Elmira menarik wajah apabila tidak dapat mengorek apa-apa daripada Qalish. Akhirnya, Elmira mengalah dan terus memandu ikut lokasi yang telah disetkan di GPS.

Lokasi yang diset, membawa mereka ke sebuah bangunan tinggi yang dikawal rapi oleh sekuriti. Melihat kereta Qalish, automatik pagar diangkat. Elmira mengerutkan dahi. Masih keliru dan tidak tahu apa-apa. Kalau tanya si Qalish hanya dibalas sepi. Elmira cuba mencari tempat parking memandangkan dia pasti tempat ini adalah destinasi yang dimaksudkan oleh Qalish.

Setelah mendapat panggilan, yang mana Elmira assume daripada papanya, Qalish terus setkan GPS ke lokasi D.A holdings. Sebabka kesianka Qalish, Elmira akur. Lagipula, nada intonasi Qalish juga memainkan peranan. Huh! Dasar doctor gila kuasa.

Elmira menyumpah dalam hati apabila masih tak jumpa kawasan untuk parking walaupun sudah masuk ke kawasan parking kereta.

"Just go straight," ujar Qalish, yang sedang menaip sesuatu pada telefonnya. Elmira mengetap bibir. Tolonglah tengok parking kosong.

Elmira memandu seperti yang dikatakan Qalish, matanya bersinar apabila melihat ada dua tempat kosong. Namun, semakin mendekat barulah dia perasan signboard VIP yang terpampang di situ. Elmira hentikan kereta. Nasib tak ada kereta lain ketika itu.

Qalish yang sedang sibuk membalas whatsapp mendongak.

"Kenapa kau stop?" Qalish menyoal. Riak wajah kosong.

"Tak ada parking," keluh Elmira. Dia paling tak suka cari parking.

"Kat depan tu apa? Parking lah kat situ," ujar Qalish selamba, terus mendail nombor seseorang.

"Huh? Tapi-" belum sempat Elmira membantah, Qalish menghantarkan pandangan'just do it'. Elmira membalas dengan jelinga tajam. Elmira terus memarking kereta di salah satu parking kosong VIP. Ni kalau si VIP ni datang, tak ke naya nanti.

Usai parking, Qalish terus keluar daripada kereta dan membuka pintu kereta belakang. Gigih menggunakan tangan kirinya. Elmira turut keluar, hampir tersembur matanya apabila melihat perkataan Chief Executive yang tertulis di kawasan parking itu. Alamak!

"Wei moyang! I need help," Qalish memanggil kasar. Elmira yang gelisah kerana menceroboh kawasan parking VIP membiarkan sahaja panggilan rude Qalish.

Elmira mendekati Qalish yang sedang mengeluarkan fail dari keretanya ke atas rooftop kereta.

"Er- doctor, saya rasa kita tak boleh parking kat sini," ujar Elmira masih memandang kawasan Parking VIP itu. Sebelah masih kosong adalah general manager.

"Tak ada masa, tolong pakaikan aku tie," ujar Qalish mengeluarkan Tie dari begnya

"Huh?! " Elmira terkial kial.  Qalish tidak membalas sebaliknya mengeluarkan kot dan letakkan ke atas rooftop kereta.

Qalish kemudian, menghulurkan necktie bewarna grey kepada Elmira. Elmira memandang Qalish dengan pandangan pelik.

"Pakaikan," ujar Qalish. Riak wajahnya serius. Elmira menelan air liur. 

"Doctor serious?" Elmira menyoal untuk kepastian.

"Do I look like Im not," Qalish menyoal. Seperti biasa riak wajahnya sukar ditafsirkan. "Besides, are you really that fool, I cannot even used my right hand right now," ujar Qalish membuatkan Elmira mengecilkan mata memandangnya. Dengan geram, Elmira mengambil necktie itu daripada Qalish. Elmira menarik nafas berat apabila dia sedar ketinggiannya takkan membuatkan krjanya menjadi mudah.

Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now