16th

16.7K 855 33
                                    

Sebaik melangkah masuk ke Absolute Thai, Elmira terus mencari kelibat Ika. Namun, ianya tidak sukar apabila orang yang dicari, dengan teruja melambai ke arahnya. Elmira turut melambai dan terus menuju ke meja Ika. Ika terus berdiri untuk menyapa kedatangannya.

"Ikaaa," Elmira dengan teruja memeluk sahabat baiknya itu.

"Lambat lah kau, aku dah kempunan tahu tak," ujar Ika merungut.

"Kau lah. Selalu plan last minute. Nasib aku dekat saja," balas Elmira turut melabuhkan punggung.

"Last minit plan selalunya jadi,"

"Itu, betul," Elmira bersetuju teringat kembali ketika belajar. Setiap kali plan nak pergi bercuti ataupun event apa-apa. Kalau tak jadi, mesti yang lain ada hal, ataupun diam begitu sahaja. Tapi setiap kali idea datang on the spot. Tiap kali tu lah menjadi. Itulah, sesungguhnya manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah yang menentukan. Dan Allah itu adalah sebaik baik perancang.

Usai memesan makanan, mereka mula bertukar topik dan bercerita.

"El, guess what?" Ika menyoal. Wajahnya penuh dengan keceriaan dan keterujaan.

"Lain macam saja kau punya excited. Apa? Bagitahu cepat,"

Ika menarik nafas acah acah suspens. Senyuman lebar menghiasi bibir.

"Aku nak bertunang!" dengan penuh teruja, Ika menyampaikan berita baik itu. Elmira membulatkan mata.

"Serious? Dengan siapa? Bila?" Elmira bertanya turut teruja. Siapa tak gembira tengok kawan sendiri bahagia kan.

"Ingat lagi tak senior kita, Akim ?" Elmira mengangguk. Dia ingat, Akim pernah cuba ngorat Ika dulu ketika belajar. Tetapi dengan reputasi Akim yang suka tackle ramai perempuan, tak sangka pulak Akim serius dengan ika.

"Alaa, kenapa dia?" Elmira mencebik. Bergurau. Ika menepuk lembut lengan Elmira

"Kau ni jahat tau. Akim dah berubah la. Lagipun aku happy sangat dengan dia," kata Ika dengan kegembiraan jelas terpancar di wajahnya. Elmira mengukir senyuman lembut.

"Aku doakan yang terbaik untuk kau. Kalau dia berani sakitkan hati kau. Aku tumbuk dia," ujar Elmira cuba bersenda. Namun disebalik sendaan Elmira dia serius. Kalau ada sesiapa sakitkan hati kawan baiknya, dia takkan duduk diam.

"Im counting on you for that,"

"Btw, kau pulak ? " Soalan Ika membuatkan Elmira rasa terjerat.

"Apa maksud kau?" Elmira buat buat tak paham. Ika buat muka seposen.

"Kau cakap lepas habis belajar nak tukar status,"

"Well, kita baru saja habis study, banyak masa lagi. Lagipun-" Elmira berhenti, fikir cara nak aturkan ayat.

"Apa?"

"Aku dah kawin," tepat tepat ketika itu, Ika sedang minum air. Nasib tak tersedak. Mata Ika membulat ke arahnya. Elmira tayang giginya yang putih bersih

"Aku tak salah dengar kan?" Ika menyoal. Mana tahu kot kot salah dengar. Elmira mengangkat bahu.

"El! Baik kau bagitahu aku betul betul. ," Melihat wajah Ika yang sudah frust, Elmira ketawa kecil.

"Ya aku dah kahwin, baru je lagi," ujar Elmira berterus terang. Ika diam memandang Elmira. Sesaat, dua saat, hampir sepuluh saat berlalu-

"Kau! Kau kahwin tak bagitahu aku pun. Sampai hati,." ika menjuihkan bibir. " Aku teringin tau nak jadi pengapit kau ke , duduk sama kau time akad nikah ke,"

Elmira tiba-tiba rasa bersalah. Bukan niatnya tidak ingin menjemput kawan baiknya sendiri ke majlis perkahwinnannya tetapi sebenarnya dia ada sebab tersendiri.

Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now