10th part 2

15.7K 920 49
                                    

"Woman! Are you out of your stupid mind. Slow down!" Qalish berkata untuk kesekian kali. Stress dan rasa menyesal sebab benarkan Elmira memandu. Tapi apakan daya, pergelangan tangan kanannya lansung tidak boleh digerakkan. Damn.

"Doktor panggil saya stupid?" Elmira mengerling ke arah Qalish yang tidak senang duduk di sebelahnya.

"Well, you act like one." Qalish membalas dengan jelingan yang sama. Elmira mendengus sebelum menekan minyak.

Qalish mengurut dahi. Silap dia kerana mencabar budak tak cukup umur. Elmira senyum puas hati. Kali ini je dia boleh dera perasaan Qalish.

"Berhenti dekat mart," ujar Qalish setelah diam beberapa minit. Elmira mengangguk tidak membantah. Dia sendiri perlu mengisi perut sepanjang perjalanan. Jadi dia perlu beli sesuatu.

Tiba di mart berdekatan, Elmira mencari parkir kosong. Sebaik kereta selamat diparking, kunci dibuka, Qalish terus berlalu keluar dari kereta tanpa sebarang kata.

Elmira yang sudah biasa dengan tindakan Qalish, turut melangkah keluar. Dia perlukan jajang untuk mengunyah dan juga air mineral.

"Elmira," panggilan seseorang menghentikan langkah Elmira yang ingin masuk ke mart. Elmira berpaling ke arah suara itu. Wajah Elmira terus berubah apabila melihat wanita yang berdiri di hadapannya.

"Boleh kita bercakap sekejap?" Wanita itu bertanya. Bertanya? Tidak itu bukan cara Datin Azrina. Intonasinya lebih kepada arahan. Tidak mahu dianggap kurang ajar, Elmira bersetuju.

"I nak bercakap pasal Taufiq," ujar Datin Azrina. Elmira yang sudah mengagak sekadar mengeluh dalam hati .

"Auntie, saya dengan Taufiq dah tak ada apa apa," balas Elmira menjaga nada agar bersopan walaupun hati sedang geram.

"I tahu korang dah tak ada apa-apa. I tak faham kenapa susah sangat you nak terima Taufik. What? You tunggu siapa? Orang yang lagi baik dari Taufik? " Elmira mengetap bibir menahan diri dari mengeluarkan kata kata yang tak sepatutnya.

"El, I nasihatkan you tak payah jual mahal sangat. Taufik boleh bagi you everything. You sepatutnya bersyukur   orang macam Taufik tu nak kat you. I rasa takkan ada lelaki yang baik lagi boleh terima you," Datin Azrina menghamburkan kata kata kepada Elmira. Riak wajah Elmira bertukar emotionless. Tiada lagi Elmira yang sopan.

"Autie cakaplah macam mana pun, saya tetap tak boleh terima Taufik, saya minta maaf," ujar Elmira dengan nada yang sopan. Kontras dengan raut wajahnya yang tiada riak ketika itu.

"You betul betul tak sedar diri El. You akan menyesal kalau tak terima dia, sebab takkan ada orang yang akan terima you seperti Taufik, you balik nanti you cermin diri. Hebat sangat ke you nak tolak anak I? " Elmira mengetap bibir. Dia berharap dia tak tumpah air mata dengan tomahan Datin Azrina kepadanya.

"You ingat you lawa ke El? Apa you baik sangat sampai -"

"Wei moyang!"
Kata-kata tomahan Datin Azrina tiba-tiba lesap dari telinganya digantikan dengan suara dingin seseorang. Qalish sedang berdiri dua meter dari belakangnya. Riak wajah lelaki itu sukar ditafsirkan namun ada sesuatu dalam mata Qalish yang membuatkan Elmira sendiri meremang bulu roma.

"Bawak masuk kereta," Qalish menghulurkan plastik berisi barangan yang dibeli tadi kepada Elmira. Matanya merenung tepat ke arah Elmira sebagai tanda tidak membantah. Walaupun begitu, Elmira tetap bersyukur, dia dapat melarikan diri daripada Datin Azrina. Tanpa  berlengah, Elmira terus berlalu sebelum dia buat drama di situ.

"El, I tak habis cakap lagi dengan You," Datin Azrina yang rasa tercabar kerana tidak dihiraukan mula marah.

"I think you have said enough," suara dingin Qalish menyapa Datin Azrina. Datin Azrina memandang lelaki di hadapannya. Sekali lihat macam pernah jumpa.

"You jangan masuk campur, ini urusan I dengan perempuan tak sedar diri tu," ujar Datin Azrina meninggikan suara.

"Her business is my business," ujar Qalish serius.

" and you fikir you siapa" Datin Azrina menyoal sinis.

Qalish mengukir senyuman sinis sebelum menjawab. Mendengar jawapan Qalish, wajah Datin Azrina makin tegang. Makin membara marahnya.

Dengan senyuman sinis di bibir, Qalish terus berlalu ke kereta.

**

"Sampai bila kau nak tarik muka macam orang utan?" Qalish menyoal tanpa perasaan.

Elmira melemparkan jelingan kepada Qalish. Suka hati orang lah nak sedih ke, nak tarik muka ke, bukan dia yang kena bahan kat Datin Azrina tadi. Orang tengah sakit hati ni.

"Doktor tak ada kat tempat saya, doktor tak paham," Elmira membidas Qalish. Hatinya masih sebal. Salah dia ke  tolak Taufik? Dia pun ada hati dan perasaan.

"Well, aku tak nak pun faham. Tapi kau stress buatkan aku rasa lemas dalam kereta aku sendiri," balas Qalish lagi. Selamba saja dia berkata. Elmira mengetap bibir. Kenapalah saat ini dia berada dengan Qalish? Bukan dengan maknya ataupun ika or alya?

"Or, kau maybe fikir apa yang perempuan sihir tu bagitau tu semua betul. Betul ke?" Kali ini nada Qalish menyindir. Elmira menarik nafas kasar. Sudahlah tadi dia dimarahi oleh Datin Azrina. Sekarang, Qalish pula yang memerli merli nya. Dengan perasaan membuak, Elmira menberhentikan kereta dia tepi jalan.

"You know nothing!" Elmira melepaskan amarahnya.  Matanya berkaca. Elmira membuka pintu kereta dan keluar. Dia bersandar pada kereta. Dia perlu tenangkan diri. Air mata mula mengalir deras. Sumpah dia penat! Dulu, dia dan keluarga dimalukan semasa majlis pertunangan sendiri sampai malu untuk berhadapan dengan semua orang. Mujurlah ramai yang faham. Sekarang di disalahkan sebab tak boleh terima Taufik balik. Salah dia ke?

"You should not dwell on something that isnt worth it," suara dari sebelah, membuatkan Elmira pantas mengelap air matanya. Entah bila Qalish keluar dan berdiri disebelahnya dia sendiri tidak pasti. Elmira sekadar diam.

"One of my advice Elmira. Kat luar sana, masih ramai orang macam perempuan sihir tadi. If you let them get to you, you wont survive. Dont be too nice. " Elmira sekadar mendengar kata-kata Qalish. Esakan kecil terlepas dari bibirnya. Qalish mengetap gigi sebelum melepaskan keluhan berat.

"For god sake, if you are mad then just tell her. It's not your fault damn it!!" Suara Qalish meninggi membuatkan Elmira terperanjat kecil. Namun kata-kata Qalish juga ada benarnya, Elmira tak pernah salah dan dia berhak untuk marah. Dari dulu, dia tidak pernah salah. Kenapa dia perlu fikir apa yang Datin Azrina kata?

Elmira menarik nafas panjang. Dia tak patut pikir perkara yang tak patut difikirkan.

"Are you done?" Qalish bertanya dengan nada bosan.

Elmira mengerlipkan matanya beberapa kali untuk menghilangkan kesan air mata sebelum berpusing mengadap Qalish. Satu senyuman diukir di bibir.

"Thank you," ujarnya sebelum masuk ke kereta. Walaupun cara Qalish agak kasar namun sedikit sebanyak memberi kesedaran kepadanya. Dari situ, Elmira yakin, siapa yang dapat menawan hati Qalish adalah orang yang paling beruntung. Trust me, he has his own way to make people feel worth.

Qalish tidak berganjak dari tempatnya.

"Doctor nak masuk kereta or nak saya tinggalkan doctor?" Elmira panggil ikut cermin kereta. Moodnya  semakin baik.

"And she's back," Qalish mengomel perlahan. Annoyed,  tetapi tetap jelas didengar oleh Elmira. Elmira sekadar menyengih.

Qalish terus melangkah ke arah tempat duduk sebelah pemandu. Satu senyuman kecil dibibir.

**
"Doctor, saya lupa nak tanya. Kalau doctor hantar saya dulu, macam mana doctor nak drive balik," Elmira bertanya memecahkan kebisuan di dalam kereta sedari insiden tadi. Yes. Qalish still tak bagi bukak radio.

Baru sahaja Qalish membuka mulut untuk jawab. Telefonnya berdering. Melihat nama di skrin, Qalish gigih menggunakan tangan kirinya untuk menjawab panggilan.

"Hello pa?"



Dont forget to vote and comment.🥺

P/s: he might not be sweet and kind like other guys, and that's what makes him different. He might not knows how to be sweet but dont be surprised when he does *wink


Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now