9th

14.8K 888 28
                                    

Qalish mengerling dari jauh telefonnya yang tidak henti berdering sejak tadi. Satu nafas lemah dilepaskan. It's true when people say Arshad man is not one to give up. Dari semalam dia menerima panggilan dan mesej tak putus putus dari Aryan. Qalish meraut kasar wajahnya sebelum melangkah mencapai telefonnya di atas meja. Dia berkira sebelum menjawab panggilan tersebut.

" QALISH ARSHADD! Where the hell are you?!!" suara lantang Aryan memecah telinganya. Qalish mendesis perlahan, menjauhkan telefon pintar itu dari telinganya.

"Morning, brother," Qalish menjawab dengan sindiran. Nasib tak pekak telinga.

"Tak payah nak morning morning dengan aku. Kau kat mana? Jangan cakap kau lari pergi Perth lagi semata mata nak lari dari sambut birthday esok," Aryan mula menebak. Kenal sangat dengan perangai Qalish. Kalau ada event yang dia tak suka, pasti sejauh beribu kilometer dia menjauhkan diri. So easy to say, kalau Qalish taksuka sesuatu atau seseorang dia akan menjauhkan diri ataupun bercakap terus terang. Dan setiap kali ada event birthday, Qalish akan membawa diri ke Perth tempat, abang sulungnya bekerja. Dramatik.

"Kau pikir salah siapa? Kau yang pergi jemput ulat bulu ramai sangat, aku tak suka," Qalish membalas dingin. Di hujung talian, Qalish dengar kembarnya itu menghela nafas berat.

Salah satu sebab dia tak suka majlis seperti itu adalah kerana terlalu ramai perempuan yang menggedik. Dari kenalan Aryan, anak kawan papa dan mamanya dan orang yang dia tak pernah kenal. Semua orang sibuk nak dekatkan diri dengan dia dan Aryan. Secara jujurnya dia tidak lembut hati dan baik seperti Aryan. Pernah sekali Qalish tertengking seorang gadis yang tidak segan memaut lengannya. Ditegur sekali tak dengar, maka keluarlah ayat dingin Qalish. Sejak itu, mamanya melabelkan Qalish sebagai 'like father like son'.

Sejak itu, ramai yang berhati-hati untuk mendekati Qalish. Namun ada juga yang masih tak putus asa mencuba kononnya berfikir mampu mencairkan hati beku Qalish Arshad. As if.

"Okay, salah aku. So where are you?" Aryan bertanya tenang. Tak pelik kalau tiba tiba Qalish ketika itu berada di hujung dunia.

"Rumah tokma," Qalish menjawab selamba.

"Huh?!" Ok. Itu mengejutkan. Namun belum sempat dia bertanya lanjut, Qalish terlebih dulu memotong.

"Cakap kat mama, i will call her later,"
Dengan itu panggilan terus ditamatkan. Qalish kembali meletakkan telefon ke atas meja sebelum berlalu ke ruang tamu. Di sana, dia disapa oleh puan Amirah, tokmanya.

"Jogging?''

Qalish mengangguk seraya menghulurkan senyuman lembut.

"Jangan balik lambat sangat. Tokma dah masakkan sarapan kegemaran kamu," pesan Puan Aminah.

"Okay Tokma," setelah itu, Qalish terus meminta diri.

***

Elmira mengukir senyuman lebar apabila keretanya tiba di hadapan butik A&S. Sudah lama rasanya dia tidak bertemu dengan Alya dan Kak Emma. Elmira menutup pintu kereta dan terus mengatur langkah ke butik itu.  Namun beberapa langkah, Taufik menghalang laluannya. Wajah Elmira terus bertukar kelat.

"Mira," 

Elmira mengetap gigi. Tak habis habis nak kacau orang.

"Mira, kenapa awak tolong pinangan saya?" Taufiq bertanya. Wajahnya seperti orang tak terurus.

"Taufik, stop this nonsense. Berjuta kali pun kau lamar aku. Aku tetap takkan terima," Elmira bersuara bengang. Tak cukup dengan itu, keluarga Taufik juga turut mendesak mak dan ayahnya. Kononnya, Elmira akan rugi besar kalau tak menerima satu satu anak kesayangannya. Hanya disebabkan, mereka keluarga yang senang.

Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now