8th

14.6K 1K 78
                                    

Habislah! Doctor Cold dah bertukar jadi hulk lagi. Elmira menghela nafas berat. Sebaik sahaja Qalish melangkah masuk ke kelas, aura dinginnya menyapa semua pelajar yang berada di dalam kelas itu. Lagi parah apabila Qalish mengeluarkan kertas test yang dua minggu lalu. Satu persatu nama pelajar dipanggil.

"Ahmad Amin," suara dingin Qalish memanggil.

Masing masing dalam kelas diam, curi curi pandang sekeliling kelas. Ika mencuit Elmira sebelum menggeleng. Elmira mendengus dalam diam. Tak habis-habis buat perangai. Minggu lepas sudah ditegur oleh madam Hanifah tapi masih tak serik.

Wajah Qalish masih tenang. Dia beralih kepada nama seterusnya. Elmira terus bangun apabila namanya dipanggil. Tiba di hadapan Qalish, dia menghulurkan tangan untuk mencapai kertas testnya. Namun Qalish tidak berganjak, merenung kertas test Elmira dengan tajam.

Elmira menelan air liur. Alamak. Rendah sangat ke markah aku?! Tapi aku dah study banyak... Hati Elmira merintih.

"Check balik," ujar Qalish mendatar sebelum menyerahkan kertas test kepada Elmira. Elmira sempat berterima kasih sebelum melangkah. Satu nafas lega dilepaskan. Elmira melihat markah yang terpampang di cover depan. 26/30.

Huh! Not bad. Aku ingatkan dah fail tadi. Keluh Elmira.

"Zulfadhli," nama terakhir di panggil namun tiada yang bangun. Elmira memejam mata sesaat. Of course. Amin dan fadhli.

"I assume they are absent. Why? Anyone knows?" Qalish menyoal tanpa mendongak. Dia kembali memasukkan kertas test yang masih berbaki ke dalam beg.

Masing-masing diam. Elmira yakin ramai diantara pelajar yang berada di dalam kelas itu tahu tentang perkara sebenar. Siapa saja tak kenal dengan perangai Fadhli dan Amin yang selalu cari masalah dengan pensyarah.

"No answers?!" Qalish mendongak. Wajah dinginnya menyapa semua pelajar di dalam kelas itu.

"Class rep?! " Kali ini pandangan dingin Qalish jatuh ke arah Elmira. Elmira kelu seketika.

"Saya minta maaf doktor. Tapi saya tak dapat apa-apa info tentang diorang," Elmira cuba membalas dengan tenang. Tak pasal pasal dia pulak yang kena.

"Tell them, if they have a solid reason for not coming to my class, bring whatever proof they had, on the next class. But," Qalish berhenti, wajahnya serius.

"Kalau diorang absence tanpa sebab. I want them at my office before 5 pm today or i will not be responsible for what will happen to them this semester," tegas Qalish. Masing masing pantas mengangguk. Thats Doctor Qalish to you. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya adalah law. Jangan sesekali dicabar.

"Kita discusss test dulu, then proceed to our next topic," dengan itu, Qalish terus memulakan sesi pembelajaran.

Elmira menggeliat kecil. Pelajar mula beransur keluar. Qalish masih lagi berada di meja pensyarah, menaip sesuatu pada laptopnya. Elmira dan Ika mula melangkah untuk keluar.

"Elmira!"

Zap! Automatik Elmira berhenti melangkah. Jantungnya juga memainkan degupan laju.

"Saya?" elmira berpaling ke arah Qalish.

"Ada orang lain selain awak nama Elmira?" Qalish soal menyindir. Elmira mengecilkan mata sebelum mendekati Qalish dimeja.

Qalish tidak berkata apa-apa sebaliknya menarik sekeping kad daripada beg dan diletak ke atas meja. Elmira mengerutkan dahi. Namun, disebabkan curious, dia mencapai kad tersebut.

"Doktor nak kahwin ke?" tanpa sedar soalan itu terpacul dari bibirnya.

Riak wajah Qalish berubah menyampah.

Dr. Cold Mr. Sweet (COMPLETED✅)Where stories live. Discover now