BaB 79

6.4K 151 8
                                    

4 hari sebelum majlis perkahwinan💎

Daniel memandang ke arah Adrian yang sedang tersengih ke arahnya

"Siapa yang kau bawa ni?" tanya Daniel lalu jarinya menunjukkan ke arah enam orang lelaki yang sedang duduk di sofa

"Kawan aku"

"Kawan kau? Boleh tahan handsome juga kawan kau ni" puji Daniel

"Tapi, kenapa kau bawa kawan kau ni dekat rumah aku? Nasib keluarga aku keluar kalau tak, memang ibu aku tanya banyak soalan sekarang ni"

"Aku tahu kau tiada pengapit jadi aku suruhlah kawan aku datang sini. Kau pilihlah mana yang kau suka dan berkenan. Semuanya handsome, cute, sexy and hot"

Daniel sekadar mengangguk sahaja. Memang dia akui yang kawan Adrian semuanya kacak dan mampu mencairkan hati perempuan

"Boleh tak korang perkenalkan diri sendiri?"

"Nama aku Adam Aqasah bin Hafriz Al-Firash"

"Aku pula Muhammad Ziqkri Ranish bin Dafriell"

"Aku Alden Danish bin Maleek"

"Nama aku pula Syed Aiden Hazfriq bin Syed Ghafar"

"Nama kanda pula Fakrul Farrier bin Aaden Darwin"

"Akhir sekali, Muhammad Zafriq Iskandar bin Taufik Hamid"

Adriana memandang ke arah Daniel

"Macam mana?" tanya Adrian serta menjongketkan keningnya

"Okaylah tapi aku ada satu masalah je"

"Apa?"

"Macam mana kalau Bella tergoda tengok muka korang? Lagi teruk, kalau dia berubah hati"

Adrian dan kawannya memandang wajah Daniel dengan perasaan menyampah

"Otak kau dekat lutut ke? Kami semua masih lagi waras dan tahu bezakan baik dan buruk" kata Adam seraya matanya mencerlung memandang wajah Daniel

"Betul tu. Aku yakin Bella takkan berubah hati semudah itu. Kau jangan risaulah"

Daniel mengangguk sahaja

"Jom"

"Pergi mana?"

"Serbu bilik Daniel!" jerit Adrian lalu terus berlari ke atas diikuti dengan kawannya

Terbuntang mata Daniel

"Woi! Jangan masuk ke dalam bilik akulah!"

××××××

Aku memandang Kevin yang hanya tersengih sejak tadi. Terus sahaja tangan aku menampar bahunya dengan kuat

"Aduh! Sakitlah baby pukul! Kenapa tiba-tiba pukul abang ni?" Kevin mengusap bahunya yang baru sahaja dirampar oleh Bella

"Memang patut pun abang kena pukul. Bella dengan terujanya bercerita tapi abang tersengih-sengih dan lamgsung tak dengar cerita Bella"

Kevin kembali tersengih. Jarinya mulai bermain di bahu Bella membuatkan dia mencerlung tajam ke arah Kevin

"Kenapa abang tersengih-sengih? Cuba beritahu Bella"

"Abang tersengih sebab abang tak boleh lupakan muka Daniel yang cuak. Baru serius sedikit, muka sudah pucat" kata Kevin lalu terhambur ketawanya

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now