βαβ 25

9.6K 257 4
                                    

"Aku terima nikahnya Bella Ayana binti Dato' Fakrul dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah!"

Dengan sekali lafaz aku telah menjadi isteri Daniel sekali lagi. Kami menadah tangan lalu mengaminkan doa yang dibacakan oleh tok kadi

Daniel menuju ke arah aku sambil tersenyum manis. Dia sekadar memakai baju melayu berwarna putih serta bersamping

"Assalamualaikum Mrs Daniel"

Ramai yang mula mengusik apabila Daniel bercakap sebegitu. Muka aku terasa panas dan perasaan malu semakin bertambah

"Waalaikumsalam"

Daniel mengambil tanganku lalu menyarungkan cincin dan aku pun melakulan perkara yang sama. Terasa hangat sahaja tangannya ketika aku memegangnya

Aku menyalam dia menakala dia mencium dahiku. Terasa berdebar dada ketika ini. Ryan menjadi jurugambar tak berbayar untuk menangkap gambar kami

Bahagia?? Aku tak jamin kebahagian akan datang secepat mungkin kerana dia pernah menceraikan aku dan mungkin mengambil masa untuk hadirkan perasaan cinta itu

Dalam diam aku mengeluh

❤🌺❤🌺


"Awak penat?" tanya Daniel

"Eh! saya tak penat pun. Saya rasa nak lompat bintang lagi" sindirku

Aku penatlah wahai suami! Penat layan tetamu, penat senyum, penat layan karenah orang nak bergambar dan banyaklah lagi!

"Tak bagus sindir suami, sayang"

"Kenapa pula tak bagus? best sangatlah sindir suami yang jilat ludahnya kembali" sindirku membuatkan Daniel terdiam

"Sayang, memang salah abang sebab ceraikan sayang tapi boleh tak kali ini berikan abang peluang untuk perbetulkan semua salah abang" rayu Daniel

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Boleh percaya ke cakapnya?

"Sayang...." meleret je panggilan Daniel. Terasa tegak pula bulu roma

"Apa sayang-sayang? Bagus awak pandu betul-betul kalau tak mahu rasa penumbuk saya" ugutku

"Sayang nak tumbuk abang? Sudahlah tangan kecil macam tupai ada hati nak tumbuk abang sado" perli Daniel lalu ketawa melihat muka cemberut aku

"Sayang, apa beza sayang dengan tukang masak?"

"Tak tahu"

"Tukang masak kerja di restoran tapi sayang pula kerja di hati abang" kata Daniel teruja

Aku pula ketawa apabila pickupline tak menjadi

"Lapuklah pickupline awak macam pak cik jual soto tepi jalan" sindirku bersama sisa ketawa masih berbaki

Padahal, hati ini sudah berbunga-bunga mendengarnya. Such a sweetalker!

Daniel sekadar menjeling tajam ke arah isterinya. Nasib sayang kalau tak dah lama aku sekeh kepalanya

"Cuba sayang bagi pickupline yang meletop" cabar Daniel

Aku sudah berfikiran sejenak. Terasa timbul satu pickupline yang aku yakin akan buat dia meletop

"Apa beza awak dengan binatang?"

"Tak tahulah, sayang. Apa bezanya?"

Aku menggulingkan mata apabila nada Daniel berubah manja. Gedik!!

"Tiada beza pun. Dua-dua hanya hidup sementara di dunia" kataku sambil tersenyum manis

"Fine, you win Miss Bella" Kata Daniel mengaku kalah. Ingat tak sentap ke?

Aku hanya ketawa melihat muka cemberut Daniel. Padan muka!

❤🌺❤🌺

"Ini rumah siapa?" tanyaku apabila melihat sebuah banglo tiga tingkat tersergam indah

"Rumah kitalah, sayang. Kita dapat banyak privasi untuk buat anak" kata Daniel selamba

Aku segera mecubit perutnya dengan kuat menyebabkan dia mengaduh sakit. Siapa suruh gatal sangat?

"Awak jangan macam-macam. Saya tak mahu buat anak dengan awak" kataku selamba

Riak Daniel jangan cakap. Macam nak telan orang adalah tapi ada aku kisah?

"Takkan awak benci sangat dekat saya? Kalau awak benci saya kenapa tak tolak sahaja supaya kita tak berkahwin" kata Daniel sambil menahan sebak

"Sebab saya tak mahu kecewakan mummy dan daddy saya" Kataku lalu segera masuk ke dalam rumah

Mengalir air mata Daniel apabila Bella bercakap sebegitu. Sungguh Bella betul-betul dah berubah. Baru sehari kahwin dah macam nak putus asa

'Kau jangan mudah putus asa Daniel,.. Kau mesti kuat dan cairkan hati Bella untuk terima kau'

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now