βαβ 26

9.1K 250 1
                                    

Aku bangun dengan kadar segera apabila aku terlajak tidur. Nasiblah sempat tunaikan solat kalau tak dapat dosa free

Aku dan Daniel sebenarnya tidur berasingan. Hampir 1 jam kami bergaduh sebab ini tapi Daniel mengalah dan memberikan aku tidur di bilik yang berasingan

Aku segera turun bawah lalu ke dapur. Aku hanya memasak nasi goreng memandangkan aku lewat untuk bekerja. Hampir 1 bulan aku tak kerja sebab sibuk uruskan persiapan perkahwinan

"Sayang nak pergi mana?" kata Daniel apabila melihat aku yang ingin keluar dari rumah

"Saya nak pergi kerja dulu! Assalamualaikum"

Daniel tergeleng melihat gelagat Bella. Nasiblah dia tak merajuk pasal hal kelmarin. Kalau tak, penatlah nak memujuk isteri kesayangan

❤🌺❤🌺

"Kau biar betul?" tanyaku meminta kepastian kepada Fahran

"Betullah. PA aku lagi hantar surat peletakkan jawatan kau dan dia cakap  suami kau yang hantar" kata Farhan

Aku mengetap bibir menahan geram. Sah! Ini kerja Daniel. Apalah masalah mamat ni sampai rajin sangat buatkan surat tu?

"Bila dia hantar surat ni?"

"Semalam. Kalau tak silap aku, selepas habis akad dia terus bagi aku surat ni" kata Farhan lagi

Sekarang kesabaran aku semakin nipis. Kemarahan aku ni hampir meletup bila-bila masa sahaja

"Kau janganlah marah suami kau. Apa yang dia buat, aku rasa betullah. Suami kau CEO, jadi dia mampu sara kau dan mungkin dia tak mahu kau berasa penat" pujuk Farhan apabila melihat sepupunya yang menahan amarah

"Macam mana aku tak marah kalau dia suka hati bagi surat ni? Kau tahu aku benci sekarang ni. Panas pula hatiku" bentakku

"Bella, tolong control your temper. He is your husband and he deserve to do anything for you" Kata Farhan lagi

Aku mendengus kasar. Aku segera bangun dan keluar dari pejabat. Sekarang, aku nak jumpa Daniel!

❤🌺❤🌺


"Tengku Daniel Darwish! I need your explanation now" Kataku tegas

Daniel memandangku sambil mengangkat kening. Aku menjeling tajam ke arahnya. Sakit hati betul bila dia buat keputusan tanpa persetujuan aku

"Kenapa?"

"Kenapa awak sesedap hati awak berhentikan saya kerja? Otak awak hilang ke? Sudahlah buat keputusan tanpa persetujuan saya, lepas itu suka hati awak bagi surat peletakkan jawatan pada bos saya" bentakku dengan geram

Daniel terdiam

"Asal diam? mulut dah tiada ke?" sindirku

"Bella Ayana, jangan nak kurang ajar. Abang ni suami sayang" kata Daniel dengan tegas

"Suami? Layak ke jadi suami kalau tak pandai nak berbincang dengan isteri" perliku

Tangan Daniel hampir sahaja nak menampar aku tapi dia tahan. Aku menahan air mata yang mengalir. Aku segera naik ke atas. Sakit sungguh hati ini

Baru 2 hari berkahwin, sudah nak naik tangan. Berani sungguh Tengku Daniel Darwish

'How dare he want to slap me?!'

Daniel meraup kasar mukanya. Kenapalah tangannya gatal sangat nak tampar isterinya? Daniel beristighfar banyak kali sebelum menampar mukanya

'Maafkan abang, sayang. Abang tak sengaja'

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now