βαβ 45

8.2K 177 29
                                    

Sayu sahaja semasa aku melihat keadaan Laura. Kepala berbalut dan badannya banyak luka. Ryan di sebelahku hanya mampu menepuk bahuku untuk bertenang.

"Bella mesti kuat dan jangan sedih memanjang. Bella banyakkan doa dan solat supaya Laura disembuhkan" nasihat Ryan

Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Rasa nak menangis tapi air mata langsung tak keluar pun

"Daniel terlibat dalam kemalangan juga, kan?" tanya Ryan

Aku hanya menganggukan kepala sahaja. Kalau tipu pun, tiada guna sebab Ryan memang selalu cari sesuat sampailah dia dapat. Kedengaran Ryan mengeluh

"Macam mana Bella boleh jumpa lelaki tu? Abang sudah cakap, jangan jumpa Daniel. Disebabkan dia, hidup Bella hancur"

"Sudah takdir Allah, kalau nak mengelak pun tiada guna. Bukan Bella nak tengok sangat mukanya. Bagus Bella tengok muka Laura berbanding Daniel" kataku dengan mendatar

Keadaan kembali senyap. Aku hanya mampu melihat Laura dari luar sahaja memandangkan keadaanya masih dalam keadaan kritkal

"Bella nak tengok Daniel"

Ryan segera memegang lenganku. Aku cuba merentap lenganku tapi Ryan makin menguatkan cengkamannya. Aku menjeling tajam Ryan

"Bella jangan pandai-pandai nak lawat dia! Baguslah dia kemalangan. Biar dia sedar yang karma mulai membalas dendam dengan Daniel"

"Tolonglah, abang! Kali ini, jangan nak halang Bella lawat Daniel. Bella lawat dia nak tengok Daniel bukan nak buat maksiat pun" aku cuba memujuk Ryan tapi hampa apabila dia menayangkan muka seriusnya

"Bella dan Daniel belum bercerai kan?"

Aku mengangguk lagi

"Kenapa tak bercerai lagi? Abang tak mahu Bella ada hubungan Daniel. Takkan Bella tak ingat apa yang Daniel buat pada Bella?"

"Bella ingat sangat apa yang Daniel buat pada Bella tapi Bella nak lupakan semua peristiwa hitam yang berlaku sepanjang Bella hidup ni. Kami tak bercerai sebab Daniel yang tak mahu kami bercerai. Lagipun, Bella tak boleh lupakan Daniel" kataku sambil memandang Ryan dengan sayu

Ryan terdiam apabila mendengar luahan Bella

"Walaupun Bella cuba benci Daniel tapi tak boleh. Walaupun Bella cuba buang segala memori Bella dengan Daniel tetap tak boleh juga, abang. Walaupun Daniel duakan Bella tapi Bella tetap setia dengan dia. Bella benci dengan diri Bella"

"Kenapa?"

"The fact that I still love him so damn much even he always hurts me, always make me cry and hurts my feelings. I'm such a dumb girl!"

Ryan betul-betul tergamam mendengar luahan hati Bella. Dia tak sangka adiknya masih lagi setia mencintai Daniel walaupun Daniel paling banyak sakitkan hatinya. Ryan segera memeluk Bella

Aku menyembamkan mukaku di dada Ryan. Aku menangis semahunya dan nasiblah tak ada yang nampak aku menangis. Kalau tak, memang aku sorak kepala aku dalam tempurung kelapa

"Bella memang perempuan yang lemah. Lemah disebabkan cinta seorang lelaki dan Bella tak tahu macam mana nak hapuskan perasaan cinta Bella terhadap Daniel. Daniel adalah cinta pertama Bella dan memang susah nak lupakan dan benci dengan cinta pertama"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now